Asuh

Kuantiti Minum Air Masak Yang Sesuai Dengan Umur Anak, Jangan Terlebih!

41
SHARES
MINUM AIR KOSONG

Umum mengetahui, minum air kosong sudah tentunya mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan diri. Bukan hanya orang dewasa sahaja malah kanak-kanak juga disyorkan.

Walau bagaimanapun, pengambilan kuantiti air masak perlulah bersesuaian dengan umur si kecil agar tidak mendatangkan bahaya.

Baca juga: Bayi Usia 10 Hari Diberi Makan Bubur Nasi, Ibu Ini Dikecam Dalam Tiktok!

MINUM AIR KOSONG MENGIKUT UMUR ANAK SETIAP HARI

MINUM AIR KOSONG

1. Usia 1-2 tahun

Kanak-kanak berusia 1 hingga 2 tahun biasanya memerlukan 32oz air kosong setiap hari. Sekiranya anak berumur 3-4 tahun, si kecil memerlukan sebanyak 45-50oz sehari termasuk susu dan air kosong.

2. 5 hingga 8 tahun

Bagi kanak-kanak berusia 5 hingga 8 tahun, ibu ayah disyorkan untuk memberi mereka sebanyak 57oz air sehari.

3. 9-11 tahun

Kanak-kanak berusia 9 hingga 11 tahun pula berbeza mengikut jantina iaitu lelaki adalah sebanyak 80oz sehari. Manakala perempuan pula kira-kira 70oz air kosong setiap hari.

Selain itu, kuantiti minum air kosong juga adalah berdasarkan berat seseorang itu. Sebagai contoh, jika berat anda adalah 58kg maka air kosong hendaklah diminum sebanyak 65oz setiap hari.

Bagi kanak-kanak yang aktif bersukan, pengambilan air kosong secara berlebihan amat disyorkan supaya kekal bertenaga. Semasa bersukan, untuk umur 9 hingga 12 tahun, boleh minum sebanyak 3 hingga 8oz setiap 20 minit.

Ini bermakna lebih kurang 6 cawan diperlukan sekiranya anda bersuka selama satu jam.

Jadi, bagi memastikan si kecil kekal bertenaga dan suka minum air kosong, ini cara yang anda boleh cuba lakukan:

Cuba petua ini untuk menggalakkan mereka minum lebih banyak:

– Pastikan mereka minum sebelum ke sekolah, sebelum dan semasa bermain.

– Selalu beri air kosong, terutamanya apabila cuaca panas.

–  Apabila keluar letak air di dalam bekas supaya tidak membeli air manis yang lain.

– Sentiasa pujuk dan beri air kosong agar anak menyukainya.

– Lebih menarik sekiranya ibu menambah hirisan buah-buahan segar seperti lemon, strawberry dan lain-lain.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: 25 Idea Nama Untuk Bayi Kembar Lelaki, Bunyi Moden Tapi Maksudnya Baik

Sumber: Healthy Children, Romper & BBC Good Food

Kredit imej: Parents

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×