Kaki kejang semasa tidur sering berlaku jika seseorang itu melakukukan aktiviti berat sepanjang hari. Selain itu, ada juga beberapa punca lain yang masih ramai lagi belum tahu.
Antaranya adalah pengambilan ubat-ubatan di mana ia meningkatkan risiko kekejangan kaki. Nak tahu lebih lanjut? Ikuti perkongsian lengkap di bawah.
Baca juga: 10 Tanda Kanser, Nampak Sihat Tak Mustahil Anda Penghidapnya, Jaga Kesihatan Sekarang!
KAKI KEJANG SEMASA TIDUR, INI PUNCA ANDA KENA TAHU
1. Gaya hidup tak aktif
Gaya hidup tidak aktif seperti kurang berjalan dan duduk dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan kekejangan.
2. Faktor usia
Faktor usia atau penuaan juga antara punca kaki kejang semasa tidur. Menurut Dr. Garrison, perkara ini biasa terjadi kepada mereka berusia 50 tahun ke atas kerana kekurangan neuron di dalam badan.
3. Masalah kesihatan
Masalah kesihatan seperti biabetes, hipertensi, arthritis, penyakit saraf, dan kemurungan boleh dikaitkan dengan kekejangan kaki juga.
4. Hamil
Selain itu, punca kaki kejang semasa tidur adalah disebabkan hamil. Perkara ini berlaku kerana penambahan berat badan dan peredaran yang terganggu.
Ia juga mungkin disebabkan tekanan janin yang sedang membesar sehingga menyebabkan saraf ibu kekejangan.
5. Pengambilan ubat-ubatan
Kajian mendapati ubat-ubatan juga boleh menjadi punca kejang kaki terutamanya pada waktu malam. Ada kemungkinan ubat-ubat ini mempunyai kesan “stimulasi” pada neuron motor dan reseptor, yang boleh menggalakkan kekejangan.
6. Berdiri terlalu lama
Seterusnya, berdiri dalam jangka masa yang lama juga berkemungkinan akan menyebabkan anda kekejangan ketika sedang tidur.
Apabila anda berdiri dan tidak bergerak, darah berkumpul di bahagian bawah badan dan mengakibatkan ketidakseimbangan.
7. Kekurangan nutrien
Kekurangan nutrien dalam badan juga boleh menyebabkan anda kejang kaki pada waktu malam. Kalsium, magnesium dan kalium memainkan peranan penting supaya badan dalam keadaan baik sahaja.
8. Senaman terlalu lasak
Senaman terlalu berat atau lasak boleh dikaitkan dengan kekejangan kaki. Walaupun sudah membuat regangan sebelum bersenam namun kejang kaki tetap boleh terjadi.
9. Tidur dalam posisi salah
Pemilihan posisi tidur sangat penting untuk mengelakkan kaki anda berada dalam keadaan sama. Tidur dalam keadaan yang salah boleh mengakibatkan otot-otot berada dalam keadaan tidak baik.
Sekiranya kejang kaki berterusan berlaku, dapatkan rawatan doktor dengan segera.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Petua Hilangkan Sakit Lutut Guna 3 Bahan Dapur, Cuba Buat Macam Ini
Sumber: Prevention