40 Minggu

Saintis Dedah 5 Rahsia Merangsang IQ Bayi Dalam Kandungan. Lagi Awal, Lagi Genius!

169
reads
Merangsang IQ bayi dalam kandungan

“Ingatkan bila dah lahir baru boleh mula mengajar bayi.. Rupanya sejak dalam perut pun dah ada potensi untuk jadi genius ya?”

Ini betul-betul bukan cubaan tau! Haa… Inilah penemuan saintifik dibuktikan oleh pengkaji-pengkaji antarabangsa yang dilaporkan melalui artikel “Make Baby Smarter In The Womb.

Kenyataan ini disandarkan pada fakta bahawa sistem saraf bayi didapati mula terbentuk sejak dalam kandungan, di mana mereka amat sensitif dengan pelbagai jenis rangsangan.

Apa Kelebihan Merangsang IQ Bayi Dalam Kandungan?

Menurut artikel ini lagi, jika ibu bapa memainkan peranan merangsang IQ bayi dalam kandungan, bayi-bayi ini akan memiliki kelebihan berbanding bayi lain. Mereka lebih mudah mempelajari sesuatu perkara apabila lahir, sekaligus menjadikan mereka bersifat yakin diri.

Anak Genius!

Foto Kredit: ingilizcesinifi.org

Rahsia Merangsang IQ Bayi Dalam Kandungan

1. Selalu Bercakap Dengan Kandungan

Bercakap dengan bayi bukan sahaja mendekatkan hubungan antara ibu bapa dan anak yang bakal dilahirkan, malah ia memberi keperluan emosi serta kelebihan bahasa kepada bayi.

Kajian menunjukkan bahawa bayi baru lahir dapat mengenal dan berinteraksi dengan bunyi huruf vokal kerana mereka pernah mendengarkannya sewaktu dalam kandungan!

Memang terasa agak janggal untuk anda mula bercakap pada mulanya. Sebagai permulaan, anda boleh membacakan buku cerita atau ayat-ayat suci al-Quran kepada bayi. Atau, mungkin anda boleh mendoakan sesuatu untuk bayi dengan suara yang boleh didengarinya. Lama-kelamaan, anda akan berasa lebih bersahaja untuk berinteraksi dengan bayi.

2. Membelai Perut

Urutan dan belaian mesra ini sebenarnya merupakan tindakan spontan para ibu, terutamanya apabila kandungan semakin membesar, dan dapat merasakan bayi menendang!

Selain rangsangan bunyi, bayi juga amat sensitif terhadap sentuhan. Mereka sebenarnya dapat bergerak dan mula menyentuh sejak minggu ke-8 kehamilan. Stimulasi sentuhan dapat menenangkan bayi dan memberi maklumat kepadanya bahawa semuanya baik-baik saja.

3. Lihat Yang Indah-indah Saja!

Merangsang IQ bayi dalam kandungan

Foto Kredit: thetimes.co.uk

Eh, penglihatan kita pun ada kesan terhadap bayi? Sebenarnya, apabila kita melihat gambar atau pemandangan yang indah, kita akan lebih tenang. Bukan itu saja, minda akan menjadi lebih fokus dan hal inilah yang dapat merangsang IQ bayi dalam kandungan.

Jadi jangan lupa menikmati panorama alam semulajadi dan menghirup udara segar di taman apabila berkesempatan.

4. Elakkan Stress!

Selalu kita dengarkan ungkapan ‘jangan stress’ , ‘relaks’, ‘stay cool’. Tapi kenapa ya? Apa kaitannya dengan merangsang IQ bayi?

Gangguan emosi atau stress sebenarnya memainkan peranan yang besar secara fizikal dan mental. Kehamilan boleh terjejas secara fizikal seandainya ibu dilanda kemurungan kerana ia boleh membawa kepada tekanan darah tinggi dan kelahiran pramatang.

Dipercayai rembesan hormon tertentu juga akan menjejaskan pemkembangan otak bayi semasa dalam kandungan. Oleh itu, elakkan terlalu banyak berfikir dan cuba dapatkan rehat sebanyak mungkin kerana anda memang memerlukannya!

5. Makan Makanan Yang Sihat

Untuk merangsang IQ bayi dalam kandungan, nutrisi utama yang dapat dibekalkan oleh ibu ialah omega 3 dan juga DHA. Antara makanan yang mengandung kedua-dua nutrisi tersebut ialah ikan tuna dan ikan salmon. DHA juga diperolehi daripada kuning telur.

Orang kita selalu cakap: Makanlah kismis, kacang cerdik, kurma, dan macam-macam lagi makanan sunnah untuk dapat anak yang bijak. Berkesankah begitu?

Ya, makanan ini mempunyai nilai mineral, vitamin, serat, antioksida, dan seribu satu nutrien yang amat tinggi! Dengan pengambilan makanan ini juga, dapat mengelakkan anda daripada memakan snek atau makanan rapu yang tidak berkhasiat.

Semuanya Dengan Izin Tuhan…

Foto Kredit: Buzzfeed.com

Foto Kredit: Buzzfeed.com

Jika diteliti kesemua rahsia di atas, kita dapat membuat kesimpulan bahawa bayi ini perlu disayangi sejak dari dalam kandungan lagi. Wanita pula dijadikan mempunyai sifat semulajadi untuk mempunyai perasaan yang peka walaupun masih belum dapat memegang dan melihat bayi secara lahiriah.

Malah, pengalaman kehamilan sahaja sudah cukup bermakna dan memberi wanita satu perspektif berbeza berbanding ketika zaman bujang mereka.Subhanallah, begitulah uniknya ciptaan Tuhan!

Oleh itu kita mestilah menghargai kehamilan sebagai adalah salah satu nikmat terbesar yang dikurniakan kepada kita.

Apabila dijaga dengan rapi dari pelbagai aspek, mudah-mudahan bayi akan membesar sebagai anak yang soleh dan genius!

 

Yang Popular

To Top