Asuh

Kantin Sekolah Ini Sediakan Makanan Versi Sihat, Dipuji Ramai Dan Harus Jadi Contoh!

35
SHARES
menu kantin sekolah

Ketika mengimbau kembali kenangan zaman persekolahan, menu kantin sekolah adalah momen yang tidak dapat dilupakan. Walaupun ringkas dan tiada makanan merepek, harga makanan yang murah dan rasanya tetap diingati sehingga sekarang.

Terbaharu, sebuah sekolah di Pasir Mas, Kelantan ini mendapat pujian ramai kerana menyediakan makanan yang lengkap nutrisi, mengenyangkan serta bebas dari jajan yang tidak sesuai untuk murid sekolah. Tenang ibu bapa kerana tidak perlu risau dengan makanan yang diambil ketika di sekolah.

Baca juga: Baju Yang Dibasuh Jadi Tak Wangi Selepas Kering, Cuba Tips Ini Terutama Sekali Nombor 5!

MENU KANTIN SEKOLAH ‘ZERO JAJAN’ INI DAPAT PUJIAN

Tahniah diucapkan kepada pihak sekolah dan pengusaha kantin (Encik Zamani) Sekolah Kebangsaan Tok Sangkut Pasir Mas Kelantan kerana berjaya menjual makanan dan minuman yang sihat, mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Ada buah, ada air jus (tembikai), ada makanan bersup, ada protein dan sayur berasingan dan air kosong. Terbaik! Tiada jajan, tiada makanan berproses seperti fries/hotdog/nugget, tiada kerepek/ keropok, tiada air kordial seperti sirap/anggur, tiada air teh atau kopi. Semoga usaha ini diredhai Allah dan menjadi motivasi kepada pengusaha lain.

Berikut merupakan menu yang disediakan:

1.Bihun sup + isi ayam + sayur kubis + carrot = RM 2

menu kantin sekolah

2.Nasi ayam pedas = RM 2

menu kantin sekolah

3.Buah jambu batu = RM 1

4.Buah tembikai = RM 1

5.Ayam celup tepung home made

6.Menu RMT (Mee goreng + buah pisang + air kosong)

7.Air milo + Air tembikai

8.Air kosong

9.Kuih muih

*Tahniah diucapkan kepada pengusahan kantin dan pihak sekolah. Tiada lagi bebelan dari seorang ibu apabila anak selalu balik sekolah beli nugget!

Baca juga: Resepi Sambal Sotong Kembang, Lembut & Tak Liat Macam Getah

Sumber: Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Kelantan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×