Asuh

5 Sebab Memarahi Anak Hanya Membuang Masa & Tenaga

104
reads
Memarahi anak

Pertama sekali, lepas marah anak, tentu sekali jantung berdegup tidak berhenti-henti. Rasa marah rasa naik sampai ke kepala. Tangan pula rasa ringan sahaja singgah ke badan anak.  Orang kata, si ibu sudah macam kena rasuk setan!.

Sekejap sayang anak, sekejap marah anak

Kebanyakan ibu-bapa menganggap untuk mengawal anak-anak, mereka perlu memarahi dengan menjerit pada mereka. Tetapi, perbuatan ini tidak dapat memberi apa-apa pengajaran pada anak anda. Sebagai ibu bapa, anda perlulah tenang dan mengingatkan diri anda bahawa menjerit pada anak-anak tidak membantu, malah menyebabkan situasi menjadi lebih parah. Makin kita marah, makin galak pula dia! Tambahan lagi, bila ada dua-beradik, mulalah bergaduh macam tak ingat dunia.

Ada anak-anak tidak merasa apa-apa pun apabila dimarahi sedemikian rupa. Malah mereka hanya mendengar suara kelantangan dan nada pitch tinggi yang digunakan. Jika kelantangan yang tinggi itu digunakan di rumah, anak-anak anda mungkin tidak belajar untuk mendengar kata. Ia berbeza dengan kata-kata orang yang bercakap dengan nada yang lembut. Kalau mak ayah suka jerit, tentu anak suka jerit juga kan?

Kenapa memarahi anak lebih banyak keburukan?

Kita semua tahu, memarahi anak-anak hanya akan memenatkan diri sendiri. Ini kerana perbuatan memarahi anak hanya mendatangkan keburukan berbanding kebaikan. Ketahui kenapa memarahi anak-anak hanya membuang masa dan tenaga anda. Paling teruk, ia sebenarnya bakal menghantui dan mencorakkan masa depannya ke arah yang sangat negatif!.

Apakah keburukan-keburukan itu?

1. Memarahi boleh merosakkan keyakinan diri anak

Foto Kredit: http://www.putmeinthestory.com/content/images/blog/building-reader-imagination-sm.jpg

Foto Kredit: putmeinthestory.com

Kanak-kanak yang selalu dimarahi akan menderita sifat loss confidence atau kekurangan keyakinan diri. Mereka merasakan diri mereka tidak berguna. Persepsi terhadap diri mereka adalah sebagai individu yang tidak penting dalam masyarakat, yang asyik kena marah setiap hari. Keyakinan diri dalam diri anak-anak membolehkan mereka berinteraksi dengan kanak-kanak lain tanpa mereka dibuli.

2. Memarahi membuatkan anak-anak menjadi lebih agresif

Kanak-kanak menghidap Autisme mengamuk tak tentu masa

Mendisiplinkan anak-anak dengan menggunakan perkataan yang kasar boleh meningkatkan risiko kemurungan dalam diri anak-anak dan menggalakkan mereka bersikap agresif. Mereka akan berdepan dengan masalah bergaul dalam masyarakat dan mereka akan mula menceroboh ruang peribadi orang lain, malah akan mula memukul dan menggigit.

Apabila ibu bapa menjerit-jerit pada anak, mereka sendiri telah menjadi model terhadap kelakuan agresif. Tidak hairanlah kanak-kanak yang sering dijerit dan dimarahi ibu bapa lebih cenderung berkelakuan agresif.

3. Merosakkan perkembangan emosi anak-anak

Memarahi anak

Foto Kredit: melissanorthway.com

Membesar dalam suasana yang penuh dengan jeritan dan kelantangan suara boleh mencacatkan emosi anak. Anak anda mungkin akan berasa takut-takut. Anak memerlukan kasih sayang, rasa selamat, disayangi, peluang untuk meneroka dan mencuba benda baru.

Apabila ibu bapa menyekat keperluan perkembangan di atas, emosi mereka akan terganggu. Apabila kanak-kanak mengalami penderaan emosi, dia terdedah mengalami kecederaan psikologi yang memudaratkan kesejahteraan kanak-kanak.

4. Masalah pada anak untuk fokus dan memberi tumpuan

Kena banyak bersabar dalam mendidik dan mengajar anak Autisme

Kanak-kanak yang selalu dimarahi akan menghadapi masalah dalam memberikan tumpuan. Mereka tidak dapat fokus pada apa-apa dan senang untuk diganggu. Apabila anda memarahi mereka apabila tidak menumpukan perhatian, mereka akan merasa tertekan dan ini akan menyukarkan lagi bantuan untuk mereka fokus pada sesuatu. Ini akan memberikan kesan yang lebih teruk bila anak sudah memulakan pelajaran di tadika dan sekolah.

5. Memarahi akan mengganggu kesihatan anda dan anak anda

Foto kredit: gettyimages.de

Foto kredit: gettyimages.de

Selalu menjerit dan memarahi anak-anak menyebabkan kesan negatif pada tahap kesihatan anda. Sistem imunisasi anda akan menjadi rendah. Menurut saintis, mereka yang memukul atau meninggikan suara pada anak-anak muda mendedahkan mereka kepada risiko mendapat kanser, penyakit jantung dan asma.

Akhir kata

Memarahi anak

Foto Kredit: popsugar.com

Oleh itu, untuk mengelakkan pembaziran masa dan tenaga anda akibat menjerit, anda perlu memberi tumpuan dengan memberitahu apa yang perlu dilakukan dan bukan apa yang tidak boleh lakukan. Beritahu siap-siap do’s & dont’s. Puji tingkah laku mereka yang baik dan ingatkan mereka akibat berkelakuan buruk. Berikan kanak-kanak lebih perhatian. Cuba disiplin anak bermula dari rumah dengan cara mengajarkan solat sejak kecil lagi.

Kanak-kanak belajar dengan lebih baik apabila anda menunjukkan kepada mereka cara yang betul untuk melakukan sesuatu dan memuji mereka apabila mereka mematuhinya. Kita perlu melihat anak-anak kita sebagai manusia yang memerlukan bantuan memahami diri dan tingkah laku mereka.

Inspirasi: indiaparenting.com

Yang Popular

To Top