Famili

Boleh Masuk Raudhah Berulang Kali Sepanjang Tahun, Ini Cara Dapatkan Slot Guna Aplikasi Nusuk

2
SHARES
raudhah madinah

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi sebelum ini melancarkan aplikasi Nusuk untuk kegunaan jemaah terutamanya yang ingin memasuki Raudhah Madinah.

Terbaharu, menerusi satu hantaran di laman Facebook milik Inside The Haramain, Kerajaan Arab Saudi telah membenarkan jemaah untuk melawat Raudhah secara berkali-kali.

Baca juga: Rupanya Ini ‘Rahsia’ Lantai Di Masjidil Haram Sentiasa Sejuk, Nyaman Dipijak Walau Cuaca Panas Terik

RAUDHAH MADINAH DAH BOLEH MASUK BERULANG KALI

RAUDHAH MADINAH

Buat anda yang tidak tahu, beberapa tahun kebelakangan ini, sekiranya ingin memasuki Raudhah Madinah, anda perlu mendaftar slot terlebih dahulu.

Pendaftaran tersebut hanya dibenarkan sekali sahaja dan slot seterusnya adalah selepas 365 hari. Berita mengenai ini sudah pastinya membuatkan jemaah gembira kerana boleh mencuba memasuki Raudhah ketika berada di Madinah.

Berikut penulis kongsi cara masuk Raudhah secara berkali-kali:

1. Kemas kini/update aplikasi Nusuk.

2.Kemudian,  ⁠aktifkan lokasi GPS dan anda perlu berada di kawasan Masjid Nabawi untuk mendapatkan slot.

3. Tempah slot melalui instant track.

4. Aplikasi Nusuk akan kemas kini sesi baharu setiap 20 minit.

Jadi, pastikan anda lebih rajin membuka aplikasi Nusuk untuk mendapatkan slot.

Cara lain sekiranya anda ingin memasuki Raudhah adalah dengan berkhidmat tolak jemaah kerusi roda menggunakan Nusuk jemaah. Bagi jemaah visa umrah pula, boleh menempah slot menggunakan aplikasi Tasreh.

Semoga diberi rezeki untuk masuk ke Raudhah Madinah.

Baca juga: Cara Mohon Rayuan Haji 2025 Secara ‘Online’, Dibuka Hingga 31 Januari Tahun Hadapan

Sumber & kredit imej: Facebook Inside The Haramain

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×