Dapur

Masak Sardin Sendiri Di Rumah ‘Persis’ Sardin Dalam Tin, Mudah Je!

238
SHARES

Siapa dekat sini suka makan sardin? Mesti ramai yang suka kan, tambah pula makan dengan nasi panas-panas, lagilah sedap! Bukan golongan shaja yang suka makan sardin dalam tin ni malah anak-anak kecil juga sukakannya. Mudah, cepat dan menyelerakan adalah antara daya penarik makanan dalam tin terutamanya sardin. Tetapi, kalau selalu makan makanan dalam tin ni sebenarnya tak bagus juga tau. Jadi, apa kata anda buat sardin sendiri di rumah supaya makanan yang dimasak untuk diri snediri dan anak-anak lebih sihat! Nak tahu resipi untuk buat sardin sendiri, jom kita ikut resipi dari Puan Tengku Khalidah Tengku Bidin ini.

arjapan.blogspot.my

Setiap kali buka tin sardin, hati berdebar-debar kan. Sebab kita tahu benda tu tak sihat, banyak benar bahan pengawet (sebab tu tahan bertahun dalam tin), tapi nak makan jugak sebab sedap dia ya rabbi, tak boleh ampun.

Makanya buat sendiri sajalah. Tak perlu tunggu kau ada periuk Noxxa bagai. Akak tak perlukan periuk tu kat rumah. Pakai periuk biasa pun boleh. Mudah, semudah sebut ABC jer buat sardin ni. Pastu masuk dalam freezer, boleh tahan sampai sebulan. Nak puasa ni elok kita buat banyak sekaligus. Mudah yang amat masa sahur nanti.

Okay ikut step di bawah ya.

BAHAN-BAHAN

1- Ikan Kembong/Selayang@Sardin
2- Bawang besar diracik halus
3- Cili Boh 2 sudu
4- TOMATO biji dan Tomato puri
5- Sos Ikan@sos sotong
6- Garam
7- Kicap barang sesudu

Cara cara dia sila ikuti gambar di bawah. Kalau ini tak boleh buat, sila ketuk ketampi 1000 kali. Pastu kurus. 

LANGKAH PERTAMA

www.facebook.com/tengkukhalidah.tengkubidin

Okay? Bersedia. Beli ikan. Apa-apa ikan yang kalian suka. Saya beli ikan kembong ni. Selayang ke, ikut sesuka hati dan deria rasa kalian. Kalau nak try makarel pun boleh, pergi cari kat bahagian frozen tu, mesti jumpa. Buang kepala dan ekor dia siap-siap. Kalau nak letak jugak kepala dia terserah. Tapi nak nampak real, aku buang terus. Beli ikan ni kat mana? Pejabat pos laju lah, mana lagi. Herghhhh…ni pun nak tanya.

LANGKAH KEDUA

www.facebook.com/tengkukhalidah.tengkubidin

Haa, molek kejadiannya. Gigih akak susun satu satu nak tunjuk kat korang. Tomato Puri akak pakai Ayam Brands juga sebab nak kasi aroma tu 2×5 macam dalam tin.  Bawang dan tomato potong siap siap. Comel-comel potong tu, kasi comel macam saya. Dan sos ikan 3 sudu (ikut selera kemasinan anda)

LANGKAH KETIGA

www.facebook.com/tengkukhalidah.tengkubidin

Tumis bawang dan cili boh barang seketika sampai layu dihujung rindu. Buat buatlah kacau sikit, jangan pemalas. Kang hangit, akak jugak korang salahkan. Reti ke idok nak menumis? 

LANGKAH KEEMPAT

www.facebook.com/tengkukhalidah.tengkubidin

Lepas tu masukkan tomato puri+tomato buah+sos ikan+garam sikit sesedap rasa korang. Masa ni masuklah sikit kicap, apa kicap pun boleh sebab nak kasi nampak gelap sikit. Taklah merah menyala. Baru ada ‘mariiii’nak menyantap . Kalau pekat sangat, sila masukkan secawan air. Jangan cair tau.

LANGKAH KELIMA

www.facebook.com/tengkukhalidah.tengkubidin

Nah, indah seni hiasan tangan akak. Ikan yang dah dibasuh bersih dan diselawat tadi, susun beratur dalam periuk. Akak pakai periuk renih sup biasa jer (pressure cooker/slow cooker). Ni periuk yang beli untuk buat bubur nasi anak anak. Tapi, pakai periuk mak korang yang biasa tu pun boleh, takda cacat cela nya masakan korang. Tapi api kena perlahan dan kena selalulah jengok. Tu je beza dia.

LANGKAH KEENAM

www.facebook.com/tengkukhalidah.tengkubidin

Okay apabila tomato sikit layu, nampak ala-ala nak merenih tu,masukkan kuah yang dibikin tadi dalam periuk ikan yang sedang menunggu. Set periuk pressure cooker tu kat ‘ high’. Biar dia merenih kat situ, korang pergi layan Facebook dulu. Kata ramai peminat. Ahaks! Dalam 3 jam dah masak dengan jayanya.

LANGKAH KETUJUH

Siap!

www.facebook.com/tengkukhalidah.tengkubidin

Kalau nak menjadi sardin, KPI nya adalah sampai tulang ikan tu boleh dimakan. Ranggup dan berperisa. Gitu! Sekian persembahan Sardin Melankolia D’Amor aku untuk hari ini.

Selamat Mencuba! Mesti sedap!

giphy.com

Sumber : Tengku Khalidah Tengku Bidin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×