Asuh

Anak Obses Dengan Kereta Mainan Sampai Berbakul Koleksinya. Jangan Marah, Ini 7 Kelebihannya

11.5K
SHARES
mainan untuk anak lelaki

“Macam-macam jenis kenderaan dalam kotak mainan ni sampai ada yang Mama pun tak tahu nak menyebutnya. Budak lelaki memang macam ni ye?”

Mungkin agak cliche untuk kita menyangka setiap anak lelaki akan suka pada mainan kereta, lori, kereta api, trak, motor dan sebagainya. Tapi begitulah kebiasaannya yang akan berlaku apabila anak lelaki anda mula menginjak usia 2-3 tahun.

Pada ‘zaman’ ini, mereka akan rasa permainan inilah yang paling best dalam dunia. Kartun Cars, Blaze and The Monster Machine, Thomas Train, lagu Wheels On The Bus adalah antara favourite mereka. Bukan setakat itu, ada yang sampai baju, seluar, beg, dan segala jenis barang mereka pun nak yang ada gambar kereta dan kartun begini!

Kenapa Anak Lelaki Selalunya Obses Dengan Kereta & Permainan Beroda?

Agaknya pernah tak kita terfikir kenapa anak lelaki suka sangat dengan kereta, kenderaan dan apa-apa saja jenis mainan yang berpusing?

Hal ini pernah dikaji oleh para saintis pada tahun 2014 dan mereka mendapati kecenderungan anak lelaki terhadap permainan ini adalah disebabkan hormon testosteron. Lebih tinggi hormon testosteron dalam seseorang anak, lebih banyak masa diluangkan untuk merenung dan bermain dengan mainan yang berpusing; seperti kereta dan bola yang digunakan dalam eksperimen tersebut.

Ada juga anak perempuan yang suka pada kereta dan permainan seperti ini dan kemungkinan anak ini memiliki hormon testosteron yang lebih sedikit berbanding biasa. Lagipun, tak salah anak perempuan bermain dengan permainan seperti bola dan kereta sebab ada banyak kelebihannya tau!

Patutlah Anak Obses Dengan Kereta, Lori, Tren & Mainan Beroda. Ini 7 Kelebihannya

1. Menggalakkan Perkembangan Kognitif & Fizikal

Dengan bermain kereta mainan atau apa-apa permainan beroda, anak-anak dapat melatih kebolehan motor kasar dan halus mereka. Secara ringkasnya, mereka belajar untuk menggerakkan objek. Mereka juga belajar membandingkan kelajuan serta arah objek bergerak bergantung kepada daya yang dikenakan terhadapnya.

Latihan begini sangat penting dan bermanfaat bagi perkembangan kognitif dan fizikal di samping menggalakkan kecerdasan minda mereka.

fakta anak tunggal

2. Memahami Konsep Ruang

Anak-anak juga dapat memahami konsep ruang 3 dimensi apabila mereka mula belajar meletakkan barang ke dalam trak / lori, menerbangkan jet pejuang atau pesawat ke udara, atau meletakkan kereta api pada landasannya.

Sekalipun anak-anak tidak menyedarinya, namun minda sedang mereka menghadam banyak maklumat ketika tangan mereka bergerak dan bermain dengan permainan seperti ini.

memilih mainan bayi mengikut usia

Anak kecil memang teruja menunggang pada usia begini! / Foto Kredit: newmytoys.tk

3. Meneroka Teori Fizik & Kreativiti

Anak yang obses pada kereta biasanya juga akan sukakan pada kepantasan. Mereka akan mencari cara agar kereta mereka boleh bergerak lebih laju. Mereka akan membina landasan, mencari tempat sesuai untuk menolak kereta, dan mungkin mengubahsuai kereta mereka untuk mendapatkan kelajuan yang diidamkan.

Ini semua berkait rapat dengan teori fizik asas yang diaplikasikan dalam kehidupan harian, kan?

aktiviti bermain sambil belajar

Foto Kredit: iantackettbucketlist.blogspot.my

4. Menjana Rasa Ingin Tahu

Memang normal bagi anak kecil untuk memiliki satu permainan atau minat yang mendalam. Bukan hanya pada kereta, tapi juga pada benda lain contohnya dinosaur, anak patung, kucing dan macam-macam lagi. Ini adalah perkara yang patut digalakkan kerana ia sedikit sebanyak akan melahirkan rasa ingin tahu.

Rasa ingin tahu akan membuatkan anak kecil meneroka sesuatu dengan lebih fokus di samping menggalakkan mereka untuk bertanya. Mereka akan belajar memerhati dengan lebih dekat, membanding, menganalisis dan membuat rumusan melalui koleksi kereta mainan mereka.

Ibu ayah boleh tanamkan lagi minat mereka dengan membacakan buku yang berkaitan minat mereka atau menonton video pendidikan tentangnya.

5. Membina Lebih Banyak Kosa Kata

Apabila anak mula bertanya, ibu ayah pun akan lebih proaktif untuk membuat research terhadap minat anak-anak. Kadang-kadang kita pun tak tahu tentang enjin, nama kenderaan dalam bahasa Inggeris, alat jentera, dan sebagainya. Kita pula yang belajar dan menghafalnya melalui buku atau video mereka kan?

Ibu ayah secara tak langsung turut menyumbang kepada pembinaan vocabulary atau kosa kata dalam otak anak-anak. Ingat, otak anak-anak ni ibarat span. Kejap je mereka serap semuanya. Jadi ambillah peluang untuk memberi maklumat yang bermanfaat kepada mereka melalui apa yang mereka minat!

Foto Kredit: Stock Illustration

6. Membantu Kemahiran Sosial

Melalui minat seperti ini juga, anak-anak dapat belajar membuat bunyi, bercakap, berkawan dan sekaligus mengasah kemahiran bersosial.

Anak yang terlalu malu contohnya boleh diajak untuk memulakan perbualan tentang permainan yang mereka minat contohnya tentang kereta. Mereka juga boleh belajar berkongsi kereta mainan yang dimiliki untuk dimainkan bersama jiran.

Nampak simple kan? Tapi ini semua adalah kemahiran yang penting dalam milestone mereka.

mainan untuk anak lelaki

7. Ia Menyeronokkan!

Dah memang fitrah anak-anak itu suka bermain.

Permainan kereta, trak, lori dan yang seangkatan dengannya ini bukan hanya menggembirakan, malah memberi ruang untuk anak-anak belajar banyak benda di sekeliling mereka!

mainan untuk anak lelaki

Foto Kredit: Telegraph.co.uk

Bagi Sokongan Pada Minat Anak-anak

Tahniahlah pada mak-mak yang selalu bawa satu dua buah kereta atau lori kegemaran anak dalam beg tangan masing-masing. Dah tak adalah istilah ‘melaram’ dengan handbag bila makin lama makin penuh dengan barang anak je.

Tapi, anda dah buat keputusan yang bijak sebab banyak perkara yang anak anda belajar melalui kereta mainan mereka tu!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×