Suami Isteri

Sesibuk Mana Pun, Ini 5 Sebab Isteri Kena Beri Layanan ‘Tiptop’ Pada Suami

713
SHARES

“Sayang, tolong buatkan Abang air kopi. Petang-petang dengan hujan begini sedap betul kalau ada kopi panas.”

Anda yang baru lepas mengemas dapur sebentar tadi kini sedang menyusukan anak. Sekali, suami pula minta kopi. Apa tindakan anda? Nak layan suami atau anak?

A. Adik, kejap ya sayang. Mama nak ambilkan Papa air.
B. Sekejap ya Abang. Adik macam nak dekat terlena ni. Terjaga pulak dia nanti.
C. Abang, saya kan tengah susukan anak. Abang tak boleh buat sendiri ke?

Seeloknya, pilihlah jawapan A kerana seboleh-bolehnya seorang isteri perlu mendahulukan suami dalam rumahtangga. Walaupun anak menangis, lama-kelamaan dia akan belajar mana yang lebih utama. Pilihan B juga tidaklah salah jika suami anda seorang yang bertimbang rasa. Tetapi jika tidak, hal yang sedemikian kecil pun boleh mewujudkan pergaduhan. Pilihan C perlu dielak seboleh mungkin kerana sebagai isteri, jika tak larat sekalipun berkatalah dengan lembut terhadap suami. Ia juga memberi kesan negatif kepada anak yang sering memerhatikan anda berdua.

Foto Kredit: egaga.pl

Foto Kredit: egaga.pl

Kenapa Mesti Dahulukan Suami?

Tiada siapa boleh menafikan perhubungan istimewa antara ibu dan anak yang telah terjalin sejak di alam rahim. Malah, boleh dikatakan kebanyakan wanita akan berasa lebih ‘attached’ terhadap anak mereka hingga ada masanya mereka kurang memberi perhatian terhadap suami dan berasa rimas apabila diajak bermesra.

Secara tidak sedar, semakin anak-anak membesar, perhubungan dalam rumah tangga menjadi semakin dingin dan kurang bibit-bibit romantis. Di mana silapnya apabila kita asyik mendahulukan anak-anak dalam setiap hal?

pengalaman menjaga bayi

Foto Kredit: 114118hr.com

5 Sebab Isteri Mesti Cuba Dahulukan Suami Sebelum Anak

Kehadiran anak dalam rumah tangga memang menjadi penyeri, namun ia juga menjadi titik tolak terhadap kehidupan suami isteri yang dahulu. Mungkin kurang adegan kemesraan, gaya romantik, terutamanya masa berkualiti bersama pasangan.

Namun, kesibukan mengurus anak tidak seharusnya menjadi alasan untuk kita kurang perhatian terhadap suami. Berikut adalah sebab mengapa anda perlu utamakan suami sebelum anak-anak.

1. Anak Perlu Nampak Kerjasama Dalam Rumah Tangga

Sebenarnya, meletakkan keutamaan kepada suami tidak sedikit pun mengurangkan kasih sayang anda kepada anak-anak. Bahkan, tindakan ini memberikan contoh terbaik kepada anak untuk memahami konsep kekeluargaan.

Anak anda perlu tahu bagaimana sebuah rumah tangga itu berfungsi dengan seorang ayah sebagai ketua keluarga. Dengan ini, mereka akan berasa lebih selamat dan turut belajar mengutamakan bapa mereka dalam setiap tindak-tanduk.

Family-Silhouette

2. Mengukuhkan Cinta Anda Pada Suami

Masa mula-mula berkahwin, kasih pada suami nombor 1. Tapi bila ada anak-anak, suami pula jatuh ke tangga ke 2. Wajarkah begitu?

Apabila hadirnya orang baru dalam keluarga, mahu atau tidak keluarga anda akan mengalami perubahan dari segi jadual, keutamaan, aktiviti harian, dan sebagainya. Maka, anda perlu bermuafakat dan cuba memahami keperluan masing-masing yang mungkin terganggu disebabkan perubahan tersebut. Suami inginkan layanan anda, manakala anda pula perlukan bantuan fizikal suami.

Menurut Psychology Today, rumah tangga yang bahagia adalah yang meletakkan perkahwinan sebagai keutamaan berbanding apa jua perkara lain yang mendatang.

peranan suami ketika isteri menyusu

Foto Kredit: parenting.com

3. Elak Anak Jadi Manja ‘Tak Bertempat’

Sejak kecil, anak-anak bergantung harap dan kasih sayang daripada ibu bapa. Tapi, kasih sayang ini tidak boleh dinilai dengan kuantiti masa mahupun kerja yang anda lakukan untuk mereka.

Ada masanya ibu perlu ‘menahan diri’ daripada memberikan semua yang diinginkan supaya anak tidak menjadi terlalu manja atau ‘selfish’. Memang susah kerana ibu mempunyai kecenderungan untuk melihat anak-anak mereka ini sebagai ‘anak kecil’ walaupun dah besar panjang!

suami atau anak

Foto Kredit: sundaykiss.com

4. Anak Mudah Meniru

Hubungan ibu bapa akan menjadi asas yang kukuh dalam pembentukan akhlak anak-anak. Mereka akan mudah meniru bagaimana anda mengherdik dan mengeluh tentang suami. Sedangkan, kita sebagai isteri wajib menjaga kehormatan suami. Secara tak langsung, anak-anak mungkin akan membuat implikasi yang salah terhadap suami anda.

Maka, ibu bapa perlu berusaha mengekalkan keharmonian dengan mengambil jalan perdamaian dan berusaha menyelesaikan masalah dengan penuh diplomasi.

Foto Kredit: textodegaragem.com

Foto Kredit: textodegaragem.com

5. Impak Masa Depan Anak

Memang biasa kita lihat anak-anak yang fobia untuk berkahwin atau mengalami keretakan rumah tangga kerana sering ‘dihantui’ oleh hubungan ibu bapa mereka yang tidak sehaluan. Jika kita bijak membezakan keutamaan kepada suami atau anak, sebuah institusi kekeluargaan akan menjadi lebih kukuh kerana tidak dikemudikan oleh 2 ketua.

Dalam pandangan anak kecil, mereka juga perlu nampak keutamaannya agar lebih yakin dalam menempuh alam dewasa. Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga negeri, Datuk Fatimah Abdullah juga berkata, “Ini memberi kesan kepada pelajaran, pembangunan sosial, pertumbuhan mental dan memberi impak terus bagaimana hubungan mereka dengan masyarakat nanti.”

Suami Atau Anak, Kedua-duanya Penting Bagi Wanita

Sebenarnya bagi wanita memang tak mustahil kasih pada anak jadi nombor manakala suami jadi nombor 2. Sungguhpun begitu, dari segi layanan suamilah yang wajib diutamakan dahulu sebelum anak. Demikianlah juga yang dititikberatkan dalam Islam.

Kalau boleh, memang kita tak mahu memilih suami atau anak. Tapi jika ada rasa sangsi atau ‘tersepit’ antara kedua-dua insan istimewa ini, berilah keutamaan kepada perkahwinan anda. Sekiranya suami memaksa anda bertindak di luar kemampuan, berbincanglah dengan baik dan sentiasalah berdoa untuknya agar dilembutkan hati. Secara tidak langsung, ia juga akan memberi kesan baik kepada anak anda.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×