Famili

Naskhah ‘Lara Kasih’ Bawa Penonton Selami Percintaan Dihalang Ibu Sendiri, Dek Percaya Tilik Nasib!

5
SHARES
lara kasih

Lara Kasih merupakan sebuah naskhah yang penuh dengan pergolakan emosi dan konflik keluarga yang menggugah hati.

Drama ini bakal membawa penonton di slot Samarinda untuk menyelami dunia percintaan yang tidak direstui, tekanan ibu yang mengongkong, kesempitan hidup dan kerakusan manusia yang tiada batasnya.

Baca juga: Jaga-Jaga Wahai Isteri, 14 Perkara Ini Mampu Melukakan Hati Suami, Mereka Juga Punya Perasaan Ini

LARA KASIH

lara kasih

Diarahkan oleh Shuhaimi Lua terbitan Tanah Beris Film Production, Lara Kasih menampilkan lakonan mantap oleh Fikry Ibrahim, Chacha Maembong, Jay Iswazir, Laila Nasir, Norreen Iman, Iman Suhana, Raja Azmi dan ramai lagi.

Setiap daripadanya memainkan peranan penting, menghidupkan watak mereka dalam tragedi dan perbalahan kehidupan yang sarat dengan rasa cinta dan derita menerusi 15 episod penuh emosi.

Baca juga: ‘TikTok Shop 11.11 Mega Live Countdown’ Tarik Lebih 5 Juta Penonton & Jana 80,000 Pesanan!

Drama konflik keluarga penuh ketegangan, membuatkan penonton menilai semula erti cinta dan keluarga

Berkisarkan hubungan antara dua individu, Syuhadah (Chacha Maembong) dan Khairil (Fikry Ibrahim), yang mula terancam ibarat kapal terumbang-ambing apabila ibu Syuhadah, Puan Hasnah (Laila Nasir), menentang hebat hubungan mereka hanya kerana pekerjaan Khairil sebagai seorang penoreh getah.

Hal ini berlaku berikutan Puan Hasnah yang naif termakan dengan hasutan Che Yah, tukang tilik nasib yang mengatakan bahawa kehidupan Syuhadah akan lebih terjamin dan berharta jika disatukan dengan Borhan, seorang duda anak dua.

Bagaimanakah Syuhadah mampu mempertahankan cintanya kepada Khairil meskipun berdepan tentangan hebat daripada ibunya sendiri? Adakah cinta mereka cukup kuat untuk menyanggah semua tohmahan yang terpalit?

Apakah yang akan terjadi seterusnya dalam drama konflik keluarga Syuhadah? Akan adakah hati atau hubungan yang mati akibat kerakusan orang lain?

Baca juga: 7 Ciri Lelaki Mandul Fizikal Yang Boleh Dikesan, Jangan Salahkan Wanita Sahaja!

Saksikan Lara Kasih bermula 25 November, setiap Isnin hingga Khamis pada jam 10 malam di TV3

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Lara Kasih menerusi slot Samarinda, bermula 25 November 2024 ini, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di TV3.

Anda juga boleh strim 24 jam lebih awal melalui Tonton di www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play atau App Store.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia. Manakala, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

Baca juga: Dapur Panas Kini Kembali, ‘Dihidangkan’ Kombinasi Rasa & Keindahan Alam Bersama Chef Naem!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×