Famili

Episod Terbaharu Drama ‘Khilaf Yang Tertulis’, Puteri Balqis Nak Kena Jual?

12
SHARES
khilaf yang tertulis

Slot Samarinda, drama bersiri 15 episod ‘Khilaf Yang Tertulis’ arahan Jamal Khan dan Riza Baharudin bermula 27 Mei lalu mendapat tontonan yang memberangsangkan!

Drama yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis pada jam 10.00 malam di TV3 ini dilihat mempunyai plot yang semakin rancak dan berikut merupakan sinopsis untuk episod terbaharu malam ini.

Baca juga: Kanak-Kanak Usia 4 Tahun Maut Akibat Si Bapa Sumbat & Paksa Makan Cili

EPISOD BAHARU KHILAF YANG TERTULIS, PUTERI BALQIS KENA JUAL?

khilaf yang tertulis

Dalam episod terbaharu iaitu episod 5 dan 6 drama Khilaf Yang Tertulis, Misha (Fasha Sandha) sangat bahagia setelah berkahwin dengan Nordin (Fadlan Hazim) tetapi dalam bahagia tersimpan kesedihan dimana dia harus berperang dengan perasaan sendiri kerana anak-anaknya yang tidak merestui hubungan Misha dan Nordin. Nordin terpaksa berhadapan dengan Yana (Puteri Balqis) dan Rizal (Danish Hazriq) yang sering memberontak dan membencinya kerana tidak merestui perkahwinan ibunya.

Melihat Nordin yang tertekan membuatkan Misha rasa bersalah dengan Nordin sehingga Misha merancang untuk pergi berbulan madu berdua dan meninggalkan anak-anaknya di Kuala Lumpur buat seketika untuk menenangkan diri mereka.

Yana yang baru sahaja dalam perjalanan pulang ke rumah dari kolejnya diculik oleh beberapa lelaki yang tidak dikenali dan diheret ke dalam kereta sebelum dilarikan ke kawasan yang tidak diketahui. Yana dibius sehingga tidak sedarkan diri. Apabila tersedar dia sudah berada di dalam bilik yang kelihatan seperti lokap. Dia cuba menjerit dan berbuat bising, sudahnya dia dipukul dengan teruk oleh lelaki bertopeng.

Misha dan Nordin mendapat berita bahawa Yana hilang. Walaupun panik, Misha dan Nordin merasakan yang Yana lari dari rumah kerana hendak memberontak mengenai pernikahan mereka. Mereka yakin Yana akan balik juga ke rumah. Ini membuatkan Amir merasakan Misha sudah tidak peduli dengan anak-anaknya. Jadi adakah Misha dan Amir membuat laporan polis tentang kehilangan Yana atau mereka hanya menanti kepulangan Yana? Adakah Misha menyesal dengan perbuatannya yang berkahwin dengan Nordin tanpa persetujuan anak-anaknya?

khilaf yang tertulis

Jangan ketinggalan untuk menonton Khilaf Yang Tertulis menerusi slot Samarinda malam ini, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di TV3 atau anda juga boleh strim melalui Tonton di www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store. Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

Baca juga: Ubat Kuat Untuk Suami, Guna Bawang Putih Bakar & Madu Asli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×