Famili

Tonton GEN+ Suai Kenal Sekolah Bersama SAFI Shayla & Selebriti, Lebih 1,000 Murid Terinspirasi!

Tonton Gen+

Tonton Gen+ Suai Kenal Sekolah bersama SAFI Shayla yang telah berlangsung pada 18 dan 27 Februari, terus menghidupkan semangat murid dengan kehadiran selebriti dan pelbagai aktiviti interaktif menarik di SMK Convent (M) Kajang dan Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya!

Program penuh manfaat ini bukan sekadar menggegarkan dua sekolah hebat ini, malah menggabungkan hiburan dan keseronokan, ilmu dan pembelajaran, inspirasi serta keyakinan diri. Sekali gus, mencipta detik manis dan memberikan pengalaman bermakna buat lebih daripada 1,000 murid yang menyertainya.

Baca juga: 3 Jemaah Cilik Laksanakan Solat Subuh Selama 40 Hari Berturut-Turut, Terima Ganjaran Basikal!

TONTON GEN+ SUAI KENAL SEKOLAH GEMPAK!

Tonton Gen+

Lebih 1,000 Murid Terinspirasi, Lebih Yakin Diri Dengan Kehadiran Selebriti Popular Dan SAFI Shayla!

Dengan sokongan TV3, Tonton, DIDIKTV KPM, serta rakan kongsi SAFI Shayla, program ini membuktikan impaknya! Murid-murid bukan sahaja berpeluang mendekati selebriti kegemaran mereka, tetapi juga mendapat inspirasi dan motivasi untuk menonjolkan potensi sebenar mereka.

Barisan selebriti popular yang terdiri daripada pelakon, penyanyi, pempengaruh, dan pengacara televisyen seperti Malia Baby, Imran Aqil, Nabil Aqil, Aizat Saha, Muaz Zabir, Syahir Shafein, Anim Ezati, Zarif Ghazzi, Sharul Kamal, Fitri Farok, Hakimi Noordin, Shah Sulaiman (Tapau), dan Nisa Kay tampil memeriahkan acara dengan sesi perkongsian kisah kejayaan mereka.

Murid-murid teruja mendengar pengalaman sebenar mereka dalam industri hiburan dan bagaimana pendidikan serta media sosial membantu membina karier mereka. Pengalaman yang dikongsi selebriti ini benar-benar memberi motivasi yang membakar semangat mereka.

Baca juga: Gara-Gara Terima Surat Cinta, Noah Anak Bujang Angkasawan Negara Tak Nak Pergi Sekolah!

Selain itu, murid-murid juga berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti Cergas+, LED Q&A, serta permainan interaktif seperti Uji Bakat Drama, Uji Bakat Berita, Mix & Match, dan Tic Tac Toe. Setiap cabaran bukan sahaja menyeronokan, tetapi juga mengasah kemahiran komunikasi, keberanian dan kreativiti mereka.

Lebih menyeronokkan apabila penglibatan mereka diiktiraf! Peserta yang paling menyerlah dalam setiap aktiviti dinobatkan anugerah seperti “Terpaling Sporting”, “Terpaling Heboh”, “Terpaling Drama”, “Terpaling Girl Power”, serta “Rambut Hijab Terpaling Slay”.

Semua murid turut menerima sijil penghargaan, manakala sekolah pula menerima plak penghargaan sebagai tanda apresiasi daripada pihak TV3, Tonton dan DIDIKTV KPM.

Baca juga: Ibu Kongsi Tips Dapat Pilihan Pertama Mohon MRSM & SBP Tingkatan 1, Susun Strategi Dari Darjah 5

SAFI Shayla berkongsi tips penjagaan rambut untuk hijabi

Tonton Gen+

Sebagai rakan kongsi utama, SAFI Shayla turut berkongsi tips penjagaan rambut melalui inisiatif “Sis Shay, Inspirasi Hijabi”! Murid-murid hijabi mendapat pendedahan tentang kepentingan menjaga rambut di sebalik hijab, sekali gus meningkatkan keyakinan diri mereka.

Perkara ini seiring dengan usaha meningkatkan kesedaran mengenai penjagaan diri dalam kalangan remaja perempuan, bertepatan dengan objektif SAFI Shayla, Keyakinan Bermula dari Penjagaan Diri!

Menurut Puan Farah Shamsudin, Pengarah Pemasaran Kreatif dan Komunikasi, Rangkaian Televisyen Media Prima,

“Kami amat teruja dengan kejayaan program ini dan melihat sendiri impak luar biasa yang diperolehi oleh murid-murid ini, bagaimana setiap murid tampil lebih berani dan penuh keyakinan! Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada mereka untuk mengekspresikan kreativiti, tetapi juga membantu mereka menonjolkan potensi sebenar mereka.

“Melalui perkongsian daripada selebriti, mereka juga mendapat panduan berharga dalam merancang kerjaya masa depan. Kami berhasrat untuk memberi impak positif yang berterusan dalam hidup mereka dan mendorong mereka untuk terus percaya diri serta berusaha mencapai impian mereka.

“Terima kasih kepada pihak sekolah atas sokongan dan kerjasama yang luar biasa, serta kepada SAFI Shayla atas sokongan berterusan mereka dalam menjayakan program ini!”

Baca juga: Ibu Kongsi Panduan ‘Join’ Sukan Elit Yang Tiada Di Sekolah, Markah PAJSK Anak Tambah Cemerlang!

Program Tonton Gen+ Suai Kenal Sekolah bersama SAFI Shayla

Program Tonton Gen+ Suai Kenal Sekolah bersama SAFI Shayla ini bukan sekadar program pendekatan sekolah yang biasa, ia merupakan  pencetus semangat untuk memperkasakan generasi muda masa kini!

Dengan sokongan padu dari pelbagai pihak, termasuk rakan kongsi hebat seperti SAFI Shayla dan kehadiran selebriti popular, pelbagai aktiviti interaktif dan perkongsian ilmu yang bernilai dapat diterapkan.

Program ini pastinya berpotensi untuk memberi impak yang luar biasa dan mencetuskan perubahan positif dalam kehidupan murid-murid, seterusnya menjadi platform terbaik untuk memperkasakan bakat dan impian mereka!

Nantikan lokasi seterusnya dan sertai keseronokan bersama Tonton Gen+!

Baca juga: 70% Murid Tabika Pra-Tahfiz Seluruh Negara Kuasai Lebih 10 Surah, Pencapaian Memberangsangkan!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×