Ahad lalu, TikTok Shop 11.11 Mega LIVE Showdown telah menarik lebih daripada 5 juta rakyat Malaysia yang menonton untuk berhubung dengan pencipta konten tempatan, PKS dan pelbagai jenama.
Sokongan luar biasa itu, telah menyumbang kepada kejayaan siaran langsung selama 4 jam dengan menghasilkan kira-kira 80,000 pesanan siaran langsung yang bermula dari jam 7 malam sehingga 11 malam.
Baca juga: Dapur Panas Kini Kembali, ‘Dihidangkan’ Kombinasi Rasa & Keindahan Alam Bersama Chef Naem!
TIKTOK SHOP 11.11 MEGA LIVE COUNTDOWN TARIK LEBIH 5 JUTA RAKYAT MALAYSIA
“Melalui segmen khas #JomLokal semasa siaran langsung, TikTok Shop mengukuhkan komitmen kami untuk memperkasakan PKS tempatan dengan memberi tumpuan kepada produk buatan Malaysia.
“Sangat mengujakan melihat jenama-jenama buatan Malaysia seperti Dapur Pak Amir, Shiffa Curry Powder dan Empat Beranak bersinar di pentas.
“Bukan sahaja di hadapan ribuan penonton yang hadir secara fizikal di stadium, tetapi juga ditemui oleh jutaan penonton menerusi siaran langsung TikTok Shop dan siaran TV3 malam ini (Ahad),” kata Nur Aisya Rosly, Ketua Komunikasi Pemasaran, TikTok Shop Malaysia.
Barisan pencipta terkemuka menyerikan lagi TikTok Shop 11.11 Mega LIVE Showdown
Pertunjukan ini disiarkan secara langsung di @tiktokshop_my dan di TV3.
Ia menampilkan barisan promosi, diskaun dan baucar yang menarik untuk pembeli dalam talian menikmati penjimatan eksklusif pada TikTok Shop 11.11 Mega Sale, yang berlangsung semalam, 11 November 2024.
Turut diserikan lagi dengan kehadiran pencipta terkemuka seperti @khairulaming, @yang, @neelofa, @sallywhoo, @dearcarynn, @tulippetals dan ramai lagi dalam siaran langsung itu.
Malah, penonton yang menonton dapat menikmati pengalaman Shoppertainment yang menarik dengan gabungan hiburan dan membeli-belah.
Beberapa rakyat Malaysia yang bertuah juga memenangi peluang untuk membawa pulang sebuah Myvi, Honda ADV 160, Honda Wave, dan banyak lagi*.
Baca juga: Google Lancar Advertising Revenue Lab Malaysia, Berita Digital Berkembang Pantas!
Banyak baucar menguntungkan pembeli diberikan TikTok pada 11.11
Siaran langsung ini mendapat sokongan padu daripada komuniti pembeli, pencipta, penjual dan rakan kongsi TikTok Shop. Mereka adalah Maybank, Bulan Bintang, Oatside, Hausboom, Maggi, Munchy’s, Elianto dan 888 Tea & Coffee, yang semuanya menyumbang kepada kejayaan acara ini.**
Dengan TikTok Shop 11.11 Mega Sale mencapai kemuncaknya semalam pada 11 November 2024 yang merupakan hari terakhir jualan dalam talian terbesar tahun ini, rakyat Malaysia boleh terus menikmati banyak baucar Penghantaran Percuma di seluruh platform. Ia juga boleh digabungkan dengan baucar Diskaun Platform dan Diskaun Penjual.
Dengan tawaran tersebut, pembeli boleh berjimat sehingga tiga kali ganda, terutamanya apabila membeli tawaran Harga Hangat yang menampilkan potongan harga sehingga 80% daripada jenama terkenal seperti Sony, Farm Fresh, Skintific, GB Gold dan banyak lagi.
Untuk maklumat lanjut, sila layari TikTok Shop di: https://snssdk1180.onelink.me/BAuo/7op54py4
Terma dan syarat dikenakan.*