Famili

Lahirnya Anak Kedua, Adilkah Mak Ayah Kepada Anak Pertama?

105
SHARES

Ibu bapa sering risau apabila lahirnya anak kedua, kasih sayang tak dapat dibahagikan dengan adil dengan yang sulungnya. Bagi seorang ibu, pastinya tiada istilah pilih kasih dan sayang anak-anak dengan adil dan saksama. Jadi, ibu ini telah kongsi langkah untuk berhadapan dengan anak jika anak rasakan layanan ibu bapa tidak adil.

ADILKAH KITA PADA ANAK-ANAK?

Saat saya mula mengandung anak kedua, antara perkara yang saya akan fikir: Mampu tak saya sayang kedua anak ini? mampukah saya berbagi kasih seadil-adilnya supaya tiada anak akan rasa neglected. Supaya tiada anak rasa tersisih. Supaya tiada anak akan rasa dia lebih, dia kurang. Bila anak kedua dah lahir, rupanya kasih sayang ni luas sangat. Ia tak bererti kasih sayang pada anak sulung harus berkurang untuk beri kasih sayang pada yang kedua. Bahkan sebenarnya ibu bapa boleh jadi adil seadilnya pada anak-anak.

SEBENARNYA ADIL INI APA PADA ANAK?

Adil pada mata anak adalah kesamarataan. Kalau abang dapat 2 bijik biskut, adik pun kena dapat 2 bijik biskut. kalau mak beli toys pada abang, adik pun kena dapat toys. Bila raikan abang secara istimewa, adik juga perlu diraikan secara istimewa.

APA ADIL YANG SEPATUTNYA?

Adil sepatutnya adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Memberi pada yang memerlukan. Contoh- kasut abang dah tak muat pakai. Adilnya adalah belikan abang kasut baru. Perlu tak adik kasut baru? TAK PERLU. Adil adalah adik diraikan istimewa pada hari lahirnya. Perlu tak pada hari lahir adik tapi abang pula yang diraikan? TAK PERLU. Adil adalah apabila abang bersedih dan kita beri tumpuan dan perhatian lebih pada abang. Adakah perlu lepas tu untuk beri tumpuan lebih pada adik? TAK PERLU.

RESPONSE KITA PALING UTAMA

Bila kita beri sesuatu pada salah seorang anak pada waktu yang betul, TIDAK PERLU untuk kita beri benda yang sama pada anak yang lain semata-mata sebab kita rasa perlu. Bila kita beri jugak, kita akan ajar anak untuk jadi samarata, untuk dapat sesuatu yang dia tidak perlu dan tidak usaha. Kita tak ajar anak erti hidup. Sebaliknya, explain pada anak : Ibu belikan abang kasut, sebab kasut abang sekarang tak muat dah. Kasut adik masih elok jadi ibu tak belikan baru – maka anak akan belajar EMPATHY dengan pandangan orang lain.

APA NAK BUAT BILA ANAK KATA KITA TIDAK ADIL?

Jelaskan setiap sesuatu yang kita buat. Kalau tak dijelaskan dia akan jadi dendam dan irihati sesama adik beradik. Kalau tak dijelaskan akan ada salah faham. Kalau tak dijelaskan adik beradik lain akan kecewa. Jelaskan – hari ini hari lahir adik, jadi ibu akan layan adik special sikit. Jom kita buat adik rasa istimewa. Jelaskan – abang tengah sedih sebab something bad happen. Jadi ibu kena beri tumpuan dan attention pada abang.

BERHENTI LABEL ANAK (BAIK ATAU BURUK)

Berhenti label anak secara tutur kata atau mental-labelling. Contoh: abang ni baik bertanggungjawab. buat kerja sempurna. Adik ni slacking off sikit. Bila kita label begitu, kita akan tend bagi dan letakkan semua responsibility pada abang. Kita takkan bagi kerja pada adik sebab kita rasa adik ni tak boleh buat. Apa abang rasa? Dia rasa tak adil. Apa adik rasa? Adik rasa dia dilebihkan dan istimewa. Sebaliknya, abang ni bertanggungjawab. Ibu kena jadikan adik bertanggungjawab seperti abang. Jadi kita akan lebih adil pada anak-anak.

Memang susah nak adil. Tapi lebih mudah kalau kita letakkan adil sebagai meletakkan sesuatu pada tempatnya. Beri ikut keadaan, situasi dan masa yang sesuai. Sentiasa jelaskan kenapa tindakan kita begitu. InsyaAllah jika betul tindakan kita- kita akan hasilkan anak yang resilience sebab dia tahu adil tidak bermaksud sama.

Ajarlah anak bahawa kalau nak sesuatu kena usaha. Ajarlah anak bahawa sesuatu akan datang pada masa dan keadaan yang sesuai. Ajarlah anak bahawa hidup memang tidak selalu adil. Maka kita kena usaha.

*Semoga bermanfaat!

Sumber: Amalina Mohd Daud

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×