Cantik

Ramai Tak Tahu, Buah Kelapa Boleh Sembuhkan 8 Penyakit Ini

229
reads

Bukan sahaja minuman penyegar badan di kala cuaca panas, kelapa juga dikenali sebagai air pembekal tenaga semula jadi kerana ia kaya dengan potassium, pelbagai vitamin dan antioksida.

Selain itu, kelapa juga mengandungi bahan antiradang yang baik untuk kesihatan.

Kelebihan buah kelapa daripada tempurung, buah, minyak sehingga airnya telah dibuktikan melalui beberapa penyelidikan saintifik.

kelebihan buah kelapa

8 Penyakit Yang Boleh Diubati Dengan Buah Kelapa. Diakui Saintis!

1. Darah tinggi

Kajian dari Brazil mendapati menyapu minyak kelapa pada badan sebelum bersenam boleh meredakan tekanan oksidatif sekaligus mengurangkan hypertension.

2. Penuaan Otak

Kajian oleh Institut Kebangsaan Kesihatan Amerika Syarikat melaporkan bahawa asid lemak dalam minyak kelapa melambatkan kesan penuaan pada otak.

kelebihan buah kelapa

3. Masalah Dalam Mulut

Saintis India merumuskan bahawa kelapa mengandungi antimicrobial yang mampu mengatasi masalah dalam mulut seperti mengurangkan pembentukan plak dan gingitivis.

4. Jerawat

Kajian daripada Universiti California, San Diego menemui asid lauric iaitu satu bahan semula jadi dalam kelapa yang berpotensi dalam merawat jerawat.

rawatan bisul

Foto Kredit: ohtuleth.ee

5. Alzheimer

Kajian terpencil oleh penyelidik Sepanyol mendapati minyak kelapa memberi perubahan positif pada pesakit Alzheimer.

Saintis dari New Zealand dan Australia juga mendapati minyak kelapa sangat berguna bagi mereka yang menghadapi masalah ingatan.

Orang tua selalu menunggu panggilan anak-anak

6. Kulit Kering

Penyelidik dari Jabatan Dermatologi, Pusat Perubatan Makati Filipina mendapati minyak kelapa boleh merawati masalah kulit kering yang serius.

Kulit kering

Foto Kredit: wisegeek.com

7. Arthritis

Saintis India menemui bukti bahawa bahawa bahan polyphenolics yang terkandung dalam minyak kelapa dara boleh merawat penyakit Arthritis.

Cara menghilangkan gout

Foto Kredit: itriagehealth.com

8. Masalah Tulang

Penyelidik di Jepun mendapati air kelapa boleh melambatkan masalah bone loss yang biasa dihadapi oleh mereka yang sudah menopause.

Bone loss yang dibiarkan tanpa rawatan boleh bertambah teruk sehingga menyebabkan osteoporosis.

cara kurangkan sakit lutut

Foto Kredit: verywell.com

Banyak Kelebihan Buah Kelapa Yang Telah Terbukti

Kelebihan buah kelapa sangat istimewa dan telah diperakui oleh pakar-pakar antarabangsa melalui kajian dan laporan jurnal.

Jadi, manfaatkanlah kelebihannya kerana buah kelapa amat mudah didapati di negara kita.

Walaubagaimanapun, dapatkan nasihat doktor jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan yang serius.

Yang Popular

To Top