Cantik

6 Cara Menghilangkan Bekas Jerawat Dengan Cepat Dan Mudah

6
SHARES

Cara Menghilangkan Bekas Jerawat

Bagi sesetengah orang yang mempunyai masalah jerawat, anda mungkin telah berjaya mengatasinya. Tahniah kepada anda!.

Tunggu dulu, jangan terlalu gembira.  Anda mungkin berdepan lagi satu masalah yang besar, iaitu bagaimana untuk menghilangkan bekas jerawat tersebut. Ada yang berparut dan ada juga yang berlubang pada bekas jerawat tersebut. Bahasa jahatnya, “Muka macam permukaan bulan”. Jika mahukan maklumat terperinci tentang jerawat, layari portal Kementerian Kesihatan Malaysia.

Berikut terdapat beberapa cara menghilangkan bekas jerawat bagi mengembalikan seri pada wajah anda.

1. Guna krim rawatan

Pertama sekali, dengan menggunakan krim rawatan yang kebiasaannya mengandungi gabungan glikolik dan asid salisilik. Anda hanya perlu meratakan krim di bahagian bekas jerawat tersebut dan biarkannya. Ia adalah cara yang amat popular dan anda boleh dapatkan krim tersebut di mana-mana farmasi yang berdekatan pada harga yang amat berpatutan.

Kami tidak dapat cadangkan jenama yang sesuai, kerana tidak semua orang mempunyai kulit yang sama. Cara menghilangkan bekas jerawat menggunakan krim adalah yang paling mudah. Boleh cari di mana-mana farmasi yang berdekatan. Jika berjumpa doktor pakar kulit, itu lebih baik kerana beliau akan memberikan krim yang sesuai untuk kulit kita.

2. Gunakan serum

Anda juga boleh menggunakan serum yang dapat menghilangkan bekas jerawat dengan lebih pantas dan lebih berkesan, tetapi ianya lebih mahal berbanding menggunakan krim. Anda hanya menyapu serum tersebit ke seluruh muka dan bukan hanya di tempat yang bermasalah sebanyak dua kali sehari.

Dalam masa empat minggu, kulit muka anda akan kembali ke tona asal dan bekas jerawat tersebut tidak lagi kelihatan.

Harus diingatkan sekali lagi, cara menghilangkan bekas jerawat menggunakan serum bakal menelan belanja yang banyak. Ia boleh digunakan sebagai pilihan jika ada duit simpanan lebih. Tambahan lagi, serum juga dikatakan boleh digunakan sebagai agen anti-penuaan. Berani ambil suntikan serum?

3. Guna topeng muka

Cara ketiga untuk menghilangkan bekas jerawat adalah dengan menggunakan topeng muka yang biasanya telah direndam dengan cecair yang dapat membantu menghilangkan bekas jerawat di muka. Cuma perlu memakai topeng tersebut selama sepuluh minit, tanggalkannya dan urut muka anda dengan lebihan cecair tersebut. Kulit muka akan terus kelihatan berseri selepas melakukannya. Jika diamalkan setiap hari, perbezaan ketara dapat dilihat dalam beberapa minggu. Walaupun nampak mudah, cara menghilangkan bekas jerawat menggunakan topeng muka sangat leceh. Kalau rajin, apa salahnya!

4. Guna toner

Toner kulit juga sedikit sebanyak dapat membantu mempercepatkan kadar pertumbuhan sel-sel kulit yang rosak terutamanya bekas jerawat. Jika digunakan setiap hari, bekas-bekas jerawat bakal hilang dalam masa 1 atau 2 minggu sahaja.

Malah, ia juga boleh berfungsi sebagai rawatan jerawat-jerawat sedia ada di muka anda. Oleh itu anda dapat menjimatkan duit serta hanya menggunakan satu cara untuk atasi kedua-dua masalah jerawat dan bekas jerawat di muka.

Jerawat hilang, bekas jerawat pun hilang. Menarik bukan?

5. Guna rawatan tiga-langkah (krim pembersih, gel pemutih, krim pelembap)

Seterusnya anda boleh amalkan rawatan tiga-langkah terutamanya untuk bekas jerawat yang amat degil dan susah untuk hilang. Langkah pertama adalah dengan menggunakan krim pembersih diikuti dengan gel pemutih dan diakhiri dengan krim pelembap.

Secara bersendirian ketiga-tiganya tidak berkesan tetapi jika digunakan bersama-sama, akan membantu satu sama lain dengan menghilangkan bekas jerawat di samping mengandungi asid yang boleh mengelupas lapisan bermasalah dan akhir sekali memutihkan kulit.

6. Langkah terakhir – cuba rawatan laser dan filling

Jika anda telah amalkan pelbagai cara seperti di atas dan masih berdepan dengan bekas jerawat yang amat susah untuk ditanggalkan, sudah tiba masanya anda melakukan rawatan laser dan pengisian (filling).

Laser ablatif akan menjadikan bekas jerawat anda menjadi wap, dan membenarkan kulit baru yang lebih licin mengambil alih tempatnya. Laser tanpa ablatif dapat membantu untuk mengaktifkan pengeluaran kolagen tanpa merosakkan permukaan kulit muka anda.

Manakala suntikan pengisian (filling) akan bantu mengisi bahagian yang ditinggalkan oleh parut-parut bekas jerawat yang dalam. Rawatan ini akan menelan belanja yang tinggi berbanding rawatan yang lain. Ini cara menghilangkan bekas jerawat yang paling efektif.

Harus diingat

Bergantung kepada tahap keseriusan bekas jerawat dan juga kemampuan kewangan anda, terdapat pelbagai cara untuk menghilangkan bekas jerawat seperti di atas dan tidak terdapat sesuatu rawatan yang berkesan untuk semua orang. Lain orang, lain cara menghilangkan bekas jerawat yang diamalkan.

Jika tidak selesa dengan cara diatas yang mungkin agak ekstrem, boleh cuba hilangkan parut jerawat cara tradisional. Semuanya menggunakan bahan semulajadi dengan nasihat dan petua orang lama.

Selamat mencuba!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×