Sihat

Jangan Biarkan Telur Mata Lebih 4 Jam Lepas Masak, Elak Jadi ‘Tempat’ Bakteria!

6
SHARES
keracunan makanan

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita mengenai 2 kematian yang disebabkan oleh keracunan makanan selepas dikatakan makan mihun goreng dan kuning telur mata yang sudah kehitaman. Antara gejala yang ditunjukkan adalah mengalami cirit-birit dan muntah sehingga tiada tenaga.

Jadi, bagi mengelakkan perkara ini berlaku berulang kali, anda dinasihatkan untuk mengambil berat tentang kebersihan dan cara masak telur mata dengan betul.

Baca juga: Ini Cara Kira BMI Badan, Jangan Biarkan Sampai Terlajak Obesiti!

KERACUNAN MAKANAN BERLAKU JIKA MASAK TELUR MATA SALAH CARA

KERACUNAN MAKANAN

Menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi milik Public Health Malaysia, telur ayam, terutamanya telur separuh masak atau telur mata sangat bahaya jika tidak dimasak dengan betul kerana risiko bakteria Salmonella yang boleh membawa maut.

Sekiranya anda ingin menyediakan telur mata, kulit telur perlu dibasuh terlebih dahulu dibawah air mengalir untuk memastikan ia bebas daripada najis sebelum dimasak.

Pastikan capai suhu memasak yang betul dan masa memasak yang cukup untuk memastikan semua bahagian makanan masak serata (tidak ada bahagian yang mentah atau separuh masak).

Jika menyediakan dalam kuantiti yang banyak dan akan dihidangkan lewat, elakkan menyediakan menu telur mata separa masak kerana bakteria dalam telur tersebut ada tempoh masa yang banyak untuk membiak!

Bakteria salmonella boleh menyebabkan keracunan makanan serius dan juga mengakibatkan kematian.

Jadi, kesimpulannya adalah anda perlu:

  • Makan dalam tempoh 4 jam disediakan
  • Pastikan telur masak sempurna jika kuantiti banyak
  • Basuh telur sebelum dimasak

Semoga artikel ini memberi manfaat buat anda.

Baca juga: Kaki Kerap Kejang Semasa Tidur, Rupanya Ini Punca Yang Ramai Tak Tahu

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×