Famili

[TERKINI] Keputusan Peperiksaan SPM Tahun 2022 Diumum Pada 8 Jun Ini!

10
SHARES
keputusan peperiksaan SPM Tahun 2022

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2022 akan dikeluarkan pada 8 Jun Khamis depan. Di mana, seramai 403,637 orang calon mendaftar sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM Tahun 2022 ini.

Calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan SPM Tahun 2022 daripada sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi pada tarikh tersebut.

Baca juga: [TERKINI] Notis Gangguan Bekalan Air Selangor Dijangka Berlaku Pada Isnin 22 Mei

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM TAHUN 2022

keputusan peperiksaan SPM Tahun 2022

Manakala, bagi calon persendirian keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar sewaktu menduduki peperiksaan.

Di samping itu, calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui kaedah-kaedah berikut:

1. SECARA DALAM TALIAN

  • Layari pautan myresultspm.moe.gov.my .
  • Bermula jam 10 pagi (8 Jun 2023) – 6 petang (14 Jun 2023).

2. SISTEM PESANAN RINGKAS (SMS)

  • Taip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888.
  • Sistem ini diaktifkan mulai jam 10 pagi (8 Jun 2023) – 6 petang (14 Jun 2023).

Tahniah dan selamat maju jaya kepada semua calon berdaftar SPM Tahun 2022!

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia / BERNAMA

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×