Famili

[TERKINI] Notis Gangguan Bekalan Air Selangor Dijangka Berlaku Pada Isnin 22 Mei

26
SHARES
gangguan bekalan air

Berita terkini dan penting buat penduduk yang menetap di Negeri Selangor. Semalam, Air Selangor telah memaklumkan satu notis berkaitan gangguan bekalan air yang akan berlaku pada isnin depan (22 Mei 2023).

Hal ini berikutan, pelaksanaan kerja-kerja kecemasan pembaikan paip pecah di Jalan Bukit Cerakah, Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor. Ikuti butirannya di bawah.

Baca juga: Nak Borang Kahwin Cepat Diproses? Ini Tips Isi Borang SPPIM, Semoga Lancar Urusan Nikah!

GANGGUAN BEKALAN AIR SELANGOR

gangguan bekalan air

Air Selangor ingin memaklumkan mengenai pelaksanaan kerja-kerja kecemasan pembaikan paip pecah di Jalan Bukit Cerakah, Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor.

Pelaksanaan kerja-kerja ini bakal menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 99 kawasan di Wilayah Klang/Shah Alam dan Wilayah Kuala Selangor.

  • Pelaksanaan kerja dan gangguan bekalan air bermula jam 9:00 pagi, 22 Mei 2023 (Isnin).
  • Kerja-kerja pembaikan ini dijangka akan siap pada jam 3:00 pagi, 23 Mei 2023 (Selasa).
  • Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 9:00 malam, 24 Mei 2023 (Rabu).

Bekalan air akan mula disalurkan kepada para pengguna secara berperingkat-peringkat apabila kerja pembaikan telah siap dan sistem agihan utama bekalan air telah distabilkan.

SENARAI KAWASAN YANG BAKAL TERJEJAS

Senarai kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual adalah seperti di lampiran berikut.

gangguan bekalan air

gangguan bekalan air

gangguan bekalan air

TEMPOH PEMBAIKAN & PEMULIHAN MENGAMBIL MASA AGAK LAMA

Kerja-kerja pembaikan kecemasan ini melibatkan paip saluran utama berukuran 2,200mm diameter dan melibatkan kawasan agihan berskala besar. Oleh yang demikian, tempoh pembaikan dan pemulihan mengambil masa yang agak lama.

Namun begitu, sekiranya kebocoran menjadi kritikal, kerja-kerja kecemasan pembaikan paip pecah tersebut akan dimulakan lebih awal daripada tarikh yang telah dimaklumkan. Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air.

Air Selangor ingin menasihatkan para pelanggan yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300.  Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

Sumber: Facebook Air Selangor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×