Suami Isteri

Suami Isteri Selalu Bergaduh Rupanya Sebab Rumah Kotor, Tak Sangka!

4
SHARES
kemas rumah

Kunci kebahagiaan rumah tangga bukan hanya terletak kepada memahami antara satu sama lain tetapi kemas rumah bersama juga merupakan perkara penting.

Rumah yang kotor dan tidak terurus sebenarnya boleh menyebabkan suami isteri kerap bergaduh dan dalam masa yang sama ia akan mengganggu mental anak.

Baca juga: Isteri Boros Habiskan Gaji Sendiri, Suami Serabut Kena Beli Barang Rumah

KEMAS RUMAH KUNCI RUMAH TANGGA BAHAGIA & TAK GADUH

kemas rumah

Jadi, sebagai suami isteri ada baiknya jika setiap 2 minggu anda cuci peti ais agar sentiasa bersih dan tidak kotor.

Kalau rumah rasa malap, kita rasa panas atau ada rasa nak gaduh suami isteri, sila buat perkara-perkara ini selain pasang ruqyah.

– Bersihkan dapur dan singki. Jangan bagi berlendir, berlumut atau berair.

– Pastikan lipat kain dan jangan biar menggunung. Kalau tak lipat pun, letak setempat biar nampak kemas sementara.

– Kemas peti ais dan pastikan barang lama yang sudah busuk, dibuang. Jangan simpan di dalam peti ais lama-lama.

– Sentiasa cuci tandas dan jangan bagi kotor.

– Untuk diri bila berada di dalam rumah, bersihkan hati. Jangan simpan marah atau dengki dengan orang sebab kaitan perkara dalam rumah juga berkait dengan tuan rumah iaitu kita sendiri.

– Jangan kerap tayang ruang rumah kita dekat media sosial. Biar org tak tahu rumah kita keadaan dia macam mana.  Kalau kita kerap tayang rumah, jangan pelik kalau anak kerap sakit atau kita sendiri selalu bergaduh suami isteri.

– Jangan biar rumah malap dan tertutup. Sesekali bagi cahaya masuk, bila rumah bersih, hati kita pun tenang sahaja.

Ingat, jangan duduk melepet di rumah dalam keadaan bersepah dan tak kemas. Itu salah 1 aura yang tak baik untuk kita dan boleh menyebabkan anak-anak sering dimarahi.

Jadi, ubahlah kerana masih belum terlambat. Semoga artikel ini memberi manfaat buat semua pasangan suami isteri.

Baca juga: Suami Tengah ‘Turn On’ Mesti Tunjuk 8 Tanda Ini, Isteri Jangan Buat-Buat Tak Faham!

Sumber: Facebook Aida Abdulullah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×