Famili

7 Cara & Kebaikan Meluangkan Masa Bersama Keluarga & Anak-anak!

6.5K
reads
7 Cara & Kebaikan Meluangkan Masa Bersama Keluarga & Anak-anak!

Kebaikan Meluangkan Masa Bersama Keluarga

Kehidupan yang sangat sibuk pada masakini terlalu menuntut masa yang terpaksa dikorbankan atas alasan kerja. Tambahan lagi, tiada seorang pun ahli keluarga yang mempunyai jadual yang sama .Apabila anda pulang ke rumah daripada bekerja, mereka selalu dengan hal masing-masing. Gangguan di merata-rata tempat. Masa yang berkualiti bersama keluarga tidak seharusnya diabaikan. Ibu-bapa perlu kreatif dalam hal ini. Lebih-lebih lagi pada hujung minggu, kadang-kadang ibu-bapa buntuk mahu buat apa.

Adakah anda tahu bahawa purata ibu bapa meluangkan masa hanya 3 minit setiap minggu untuk berbual dengan anak-anak mereka? Dan adakah anda tahu purata kanak-kanak menonton televisyen selama 1,680 minit (28 jam) dalam minggu yang sama? Sudah pasti tiada masa yang berkualiti bersama keluarga!

Banyak faedah dan kelebihan jika kita luangkan sedikit masa berkualiti ini dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan. Anak-anak tidak akan rasa dipinggirkan. Di sini terdapat 7 cara untuk anda meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga:

 

1. Makan bersama-sama

Makan bersama keluarga dan anak-anak

Anak lebih berselera apabila makan bersama orang tersayang

Bunyinya sangat ‘simple’, tetapi majoriti keluarga tidak lagi makan bersama-sama. Seorang makan didapur, seorang lagi penuhkan pinggan dan duduk di depan TV. Walaupun kebanyakkan orang mengatakan makan bersama-sama adalah penting, hakikatnya masih ramai yang tidak mengamalkannya.

Apa kata kita buat perubahan dengan mewajibkan semua orang makan bersama pada waktu malam. Nampak janggal pada awalnya, namun lama-kelamaan akan jadi biasa juga.

Usah biar anak main berseorangan

Usah biar anak main berseorangan

2. Bermain bersama-sama

Permainan adalah sangat menyeronokkan, betul tak.? Bermain bersama-sama dengan keluarga walaupun sekejap.Contohnya permainan congkak, dam aji, dam ular, catur, main olok-olok, atau apa-apa sahaja yang boleh di lakukan bersama. Kalau sebagai seorang ayah, anak perempuan ajak main masak-masak, layankan sahaja. Kalau dia mahu ‘make-up’ kan kita, biarkan muka kita comot. Apabila anak tertawan, terubat duka lar.

3. Meraikan majlis atau ‘event’ bersama-sama

Raikanlah apa sahaja bersama keluarga ,contohnya ulang tahun kelahiran, kenaikan pangkat, lulus akedemik, dan sebagainya.Tiada apa yang dapat menyatukan keluarga selain daripada meraikan bersama-sama.Tidak kira sama ada meraikan secara bersederhana hanya di rumah ataupun secara besar-besaran di luar

4. Lawatan atau ‘shopping’ bersama-sama

Tidak kira sama ada masa dengan keluarga pada hanya hari biasa ataupun hujung minggu, lawatan bersama keluarga sangat penting.Ini kerana,di waktu ini lah segala perkara dapat di lakukan bersama-sama.Tidak salah sekali sekala melaburkan duit untuk membeli tiket zoo, tiket wayang atau apa sahaja,kerana ianya sangat berbaloi untuk anda sekeluarga dan dapat merakamkan memori yang indah bersama. Boleh baca aktiviti hujung minggu bersama anak dan keluarga.

5. Ulangkaji atau buat ‘homework’ bersama-sama

Tiada kanak-kanak yang menyukai “homework”, malah kebanyakkan ibu bapa pasti teringat ketika zaman kecil dulu.Tapi ianya perlu di laksanakan juga.Menolong anak anda untuk mengulangkaji pelajaran adalah sangat penting.Ianya membolehkan anda tahu tahap pembelajaran mereka.Disini lah anda memainkan peranan sebagai cikgu untuk anak anda.Jangan biarkan mereka ulangkaji berseorangan supaya mereka tidak bosan.

6. Bersenam atau ‘exercise’ bersama-sama

Senaman ada banyak kelebihan.Bayangkan meluangkan masa bersama keluarga dapat memperbaiki kesihatan diri dari segi fizikal, rohani dan mental.Sama ada berjalan kaki, berbasikal, bersenam ianya dapat menggembirakan kanak-kanak dan ini yang paling ibu bapa perlukan.

Tanamkan sifat suka membaca pada anak-anak. Melentur buluh, biar dari rebungnya.

Tanamkan sifat suka membaca pada anak-anak. Melentur buluh, biar dari rebungnya.

7. Membaca buku bersama-sama

Kanak-kanak sangat suka buku cerita, bacalah buku cerita kegemaran mereka bila-bila sahaja.Ini dapat menarik minat mereka untuk membaca walaupun masih belum pandai mengeja.Luangkan sedikit masa untuk membawa mereka ke perpustakaan, tentu mereka sangat teruja.

Boleh cuba tips ajar anak membaca dengan cara yang mudah!

Semoga berjaya!

Yang Popular

To Top