Advertorial

Ini Game Interaktif Yang Anda & Anak-Anak Boleh Lakukan Di Rumah, Confirm Seronok Tau!

482
SHARES

Nak berseronok dengan anak-anak tapi dalam masa yang sama nak save duit jugak? Paling best kalau kita tak perlu bersusah payah keluar makan angin setiap minggu.

Jadi, sebagai ibu bapa kita kenalah fikirkan aktiviti menarik yang boleh dibuat di rumah. Paling penting, pastikan aktiviti tu boleh merangsang otak anak-anak kita!

Jangan risau, kami sebenarnya ada cadangan terbaik untuk anda. Duduk dekat rumah dan luangkan masa bersama anak-anak pun boleh dapat RM10,000 tau! Nak tahu macam mana? Haa.. baca sampai habis artikel ni dulu.

HP Little Makers Family Edition Challenges
Bermula sekarang sehingga 23 November 2019

Ada 8 pilihan cabaran yang kreatif

Kalau anda nak tahu, HP Malaysia kini menganjurkan peraduan HP Little Makers Family Edition Challenges. Melalui peraduan ini, anda sekeluarga perlu bekerjasama untuk menyelesaikan cabaran yang diberikan. Paling penting, ia boleh dilakukan di rumah saja.

Ada 8 pilihan cabaran yang super seronok tau. Dan kesemua cabaran tersebut berkonsepkan #ReinventLearning yang menggabungkan kemahiran teknologi dalam pembelajaran di rumah untuk anak-anak anda melalui ilmu asas percetakan.

Budaya pembelajaran sebegini sedikit sebanyak membantu anak anda untuk belajar lebih banyak perkara baharu, menjadikan mereka lebih kreatif, berdaya saing dan ia sekaligus mampu menyerlahkan bakat mereka.

Dan sebenarnya kami yakin melalui cabaran HP Little Makers Family Edition Challenges ini, hubungan anda dengan anak-anak pasti lebih erat dan mereka akan menghargai masa bersama tersebut.

Cara untuk sertai peraduan mudah saja!

Nak join cabaran ini sebenarnya mudah saja. Tapi sebelum tu, bincanglah dengan anak dan pilih satu cabaran yang paling best. Ingat, komitmen daripada ibu bapa amat penting untuk memastikan cabaran ini dapat diselesaikan dengan sempurna.

Langkah 1: Cetak mana-mana satu pilihan cabaran HP Little Makers & ikut arahan yang disediakan

Langkah 2: Ambil gambar anda sekeluarga secara kreatif bersama hasil akhir HP Little Makers tersebut

Langkah 3: Muat naik gambar di akaun media sosial atau hantar penyertaan keluarga anda di sini

Langkah 4: Jangan lupa sertakan hashtag #HPMY #HPLittleMakers #HPDeskJet #ReinventLearning untuk penyertaan di media sosial

Hadiah bernilai RM10,000 untuk dimenangi

Ya, ini bukan cabaran biasa-biasa tau! HP Malaysia tawarkan hadiah barangan HP bernilai sehingga RM10,000. Jadi, adakah anda sekeluarga bersedia untuk bergelar juara?

Eh sebelum tu, kalau anda nak tahu, Printer HP ada teknologi percetakan tanpa wayar tau. Jadi anda boleh guna HP Smart App je untuk mencetak bahan-bahan yang diperlukan kerana ia lebih mudah dan cepat.

Pendek kata, tak perlu pening kepala nak sambung wayar sana sini lagi. Dan apa yang paling penting, Printer HP menjanjikan hasil cetakan dengan kualiti terbaik untuk anda sekeluarga!

Muat turun dan sertai HP Little Makers Family Edition Challenges sekarang! Sebarang maklumat lanjut tentang terma dan syarat peraduan atau printer terbaik yang ditawarkan oleh HP Malaysia, anda boleh layari laman Facebook HP Malaysia hari ini juga.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×