Karnival Jom Heboh Sabah 2024 kini kembali menyapa rakyat selepas hampir lima tahun tidak mengunjungi Negeri Di Bawah Bayu, Sabah.
Acara padang ikonik ini akan menggegarkan tapak KJH Kota Kinabalu, Sabah dari 27 hingga 29 Disember 2024, menjadikan lokasi terakhir siri jelajah KJH pada tahun ini sebagai penutup yang gemilang.
Baca juga: Sirap Limau Lancar Kempen ‘Masam Masam Manis’ & Menangi Hadiah Mingguan Melalui Cabaran Foto!
KARNIVAL JOM HEBOH SABAH JADI LOKASI TERAKHIR TAHUN 2024
KJH disenaraikan sebagai ‘Acara Padang Paling Lama’ oleh The Malaysia Book of Records, sudah pastinya menjadi kegemaran rakyat Malaysia.
Antara tarikan dan aktiviti menarik di Karnival Jom Heboh Sabah 2024 adalah pengunjung boleh beramah mesra dengan selebriti kegemaran mereka di Studio Tonton Drama Sangat. Sertai juga aktiviti menyeronokkan seperti Buletin Challenge, pertandingan mewarna, dan sesi bersama maskot yang comel pastinya mencuit hati.
Selain itu, terdapat juga reruai jualan oleh jenama popular seperti F&N, Marigold, dan 4Fingers menjanjikan tawaran menarik. Tidak ketinggalan, perkhidmatan seperti KWSP, Affin Bank, dan U-Mobile turut hadir dengan promosi eksklusif buat pengunjung yang hadir.
Karnival Jom Heboh tidak lengkap tanpa konsert hiburan iaitu pada malam Pertama (27 Disember): Jom Lokal Jam menampilkan bakat-bakat tempatan yang memukau.
Malam Kedua & Ketiga pula (28 & 29 Disember), konsert Jom Heboh menyajikan hiburan dari artis tanah air, termasuk persembahan istimewa oleh alumni One In A Million pada malam kedua. Persembahan ini meraikan kebangkitan program ikonik ini selepas 15 tahun menyepi.
“Sabah sentiasa menjadi destinasi istimewa buat kami. Kembalinya KJH ke sini adalah penghargaan kepada rakyat Sabah dan Sarawak yang sentiasa memberi sokongan padu. Kami berharap karnival ini menjadi platform yang mengukuhkan lagi semangat kebersamaan dan ukhuwah,” ujar Ms Eileen, Pengarah Projek Karnival Jom Heboh.
Karnival Jom Heboh Sabah 2024 akan berlangsung dari 9.00 pagi hingga 11.00 malam setiap tiga hari. Tandakan kalendar anda, dan pastikan untuk membawa seisi keluarga bagi menikmati keseronokan dan pengalaman luar biasa ini.
Sebarkan kegembiraan dan keterujaan anda di media sosial dengan menggunakan tanda pagar #TV3SentiasaBersamamu, #KarnivalJomHeboh, #CalpisSodaOneInAMillion dan #InspirasiGenerasi. Untuk maklumat lanjut, layari www.jomheboh.com.my atau ikuti media sosial rasmi di @jomhebohofficial di Facebook dan Instagram.