Famili

Lebih 300,000 Pengunjung Serbu Karnival Jom Heboh MITC Ayer Keroh, Mana lagi? Melaka Ler…

3
SHARES
Karnival Jom Heboh

Paling gempak dan luar biasa! Karnival Jom Heboh Mana Lagi? Melaka Ler… yang berlangsung di MITC Ayer Keroh, Melaka pada Jumaat hingga Ahad (28 -30 Jun) lalu telah dihujani lebih 300,000 pengunjung.

Karnival yang paling dinanti dan diraikan sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024) ini bukan sahaja dibanjiri oleh warga kota Melaka sahaja, malahan warga selatan yang lain!

Baca juga: “Projek Mangkuk Tingkat” Hias Bekal Dengan Kreatif & Menangi Set Istimewa Ini!

KARNIVAL JOM HEBOH MANA LAGI? MELAKA LER…

KJH Melaka 2024

3 HARI KJH MELAKA DIPENUHI PELBAGAI AKTIVITI MENARIK

Selama tiga hari, Karnival Jom Heboh (KJH) ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik yang memikat hati pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat.

Dari aktiviti direruai Studio Tonton Drama Sangat, gerai makanan yang menyajikan hidangan tempatan yang lazat hingga ke permainan dan hiburan yang menyeronokkan.

Setiap sudut MITC Ayer Keroh dipenuhi dengan kegembiraan dan keriangan.

Baca juga: 10 Pelakon Lelaki K-drama Paling ‘Famous’, Pengikut Instagram Pun Berjuta!

1. Perasmian dan kunjungan tetamu kehormat

Pada Sabtu (29 Jun) yang lepas, KJH dengan bangga dan berbesar hati mengumumkan perasmian oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf, Ketua Menteri Melaka. YAB turut mengendalikan sesi cabutan bertuah sempena TMM 2024 di Pentas Utama KJH.

Karnival Jom Heboh

Kemeriahan berterusan dengan kunjungan daripada Yang Berhormat Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya yang diiringi oleh Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad, Rafiq Razali dan Ketua Pegawai Operasi, Media Prima OMNIA, Datuk Efendi Omar.

2. Pertandingan Ratu Kebaya Drama Sangat 

Karnival Jom Heboh

Antara tarikan utama karnival kali ini termasuklah Reruai Studio Tonton Drama Sangat yang menjadi tempat tumpuan ramai menerusi Pertandingan Ratu Kebaya Drama Sangat yang terbuka kepada kanak-kanak berusia 7 tahun ke atas.

Penganjuran ini bertujuan untuk mengangkat seni kebaya yang sinonim dengan masyarakat peranakan iaitu Baba dan Nyonya, Chetti dan Portugis di negeri itu tanpa mengenal usia.

Senarai pemenang bagi Pertandingan Ratu Kebaya Drama Sangat:

  • Juara: Syazwina Mohd Talib dan sekaligus berjaya membawa pulang hadiah sebanyak RM300
  • Naib juara: Qalesya Qhumaira yang berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM200
  • Tempat ketiga: Puteri Daniella Diana Ayu yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM150

3. Kemunculan selebriti popular di Studio Tonton Drama Sangat 

KJH Melaka 2024

Kemunculan selebriti popular tanah air di Studio Tonton Drama Sangat selama tiga hari berturut-turut ini juga memberi peluang kepada pengunjung beramah mesra bersama mereka. Antara selebriti penghias slot drama di TV3, TV9 dan Tonton yang hadir:

  • Afieq Shazwan (Saka Perawan)
  • Dr Ahmad Idham (Saka Perawan)
  • Yassin Senario (Saka Perawan)
  • Bella Astillah (Tonton: Leha Leya Lawa)
  • Muaz Zabir (Tonton: Leha Leya Lawa)
  • Shaza Bae (Akasia: Aku Bukan Ustazah)
  • Husna Mustaffa (Akasia: Aku Bukan Ustazah)
  • Fasha Sandha (Samarinda: Khilaf Yang Tertulis)
  • Ashraf Muslim (Samarinda: Khilaf Yang Tertulis)

4. Konsert Jom Heboh

KJH Melaka 2024

Acara kemuncak Karnival Jom Heboh Mana Lagi? Melaka Ler… iaitu Konsert Jom Heboh pula berjaya mengumpulkan dan menghiburkan ribuan pengunjung dengan persembahan-persembahan yang memukau!

Dihoskan oleh Muaz Mohamed dan Aisha Mazlin pada malam pertama (Sabtu, 29 Jun). Amirulhakim Lokman dan Aisha Mazlin pada malam kedua (Ahad, 30 Jun).

Konsert Jom Heboh telah menampilkan persembahan mantap daripada penyanyi popular tanah air seperti:

  • Naqiu
  • Indah Ruhaila
  • Sufian Suhaimi
  • Puteri Khareeza
  • Zamani Slam
  • Drama Band
  • Rahmad Mega
  • Hael Husaini
  • Shiha Zikir
  • Ruffedge
  • Baby Shima
  • Ara Johari

Baca juga: 5 Filem Ini Bangkitkan Isu Pengabaian Kanak-Kanak, Sediakan Tisu Siap-Siap!

BANTUAN SUMBANGAN UNTUK KRISIS KEMANUSIAAN DI PALESTIN

Dalam usaha menghibur, kami turut sensitif dan mengambil berat susulan krisis kemanusiaan yang berlaku di dunia Palestin. Kami di TV3 sentiasa prihatin terhadap krisis kemanusiaan dan kekejaman yang berlaku ke atas rakyat Palestin.

Anda boleh menghulurkan sumbangan menerusi salah satu akaun di bawah:

  • Bank Muamalat 1401 0008 8447 15
  • Maybank 5642 7651 0331

Sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima akan digunakan untuk membiayai bantuan kemanusiaan bagi komuniti yang terjejas.

Kami berdiri bersama rakyat Palestin dalam perjuangan mereka dan akan terus menyokong usaha-usaha kemanusiaan dan keadilan.

Melalui pelbagai program dan inisiatif kami, TV3 dan Tonton bertekad untuk menyebarkan mesej keamanan dan solidariti, sambil menggalakkan rakyat Malaysia untuk turut serta dalam usaha murni ini.

Nantikan siri jelajah KJH 2024 seterusnya di Pantai Timur!

Dengan kejayaan yang dicapai, Karnival Jom Heboh di Melaka membuktikan bahawa ia bukan sekadar acara biasa tetapi satu perayaan yang menyatukan rakyat Malaysia.

Siri jelajah Karnival Jom Heboh 2024 akan mengembara ke seluruh negara, membawa kegembiraan dan hiburan kepada semua. Nantikan lokasi seterusnya, yang akan menggegarkan negeri di Pantai Timur!

Layari laman sesawang www.jomheboh.com.my dan ikuti laman sosial rasmi di Facebook dan Instagram di @jomhebohofficial untuk ketahui informasi terkini.

Sebarkan keseronokan anda sekeluarga dengan menggunakan tanda pagar #TV3SentiasaBersamamu #KarnivalJomHeboh #InspirasiGenerasi.

Baca juga: Karnival Jom Heboh 2024 Kini Merentas Ke Selatan, Jom Jumpa Di Melaka!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×