Famili

Karnival Jom Heboh 2024 Kini Merentas Ke Selatan, Jom Jumpa Di Melaka!

10
SHARES
karnival jom heboh 2024

Karnival Jom Heboh 2024 kini merentas ke Selatan untuk meluangkan masa bersama warga Melaka bertempat di Dataran MITC, Ayer Keroh selama tiga hari berturut-turut dari 28 hingga 30 Jun ini (Jumaat, Sabtu & Ahad).

Melaka atau sinonim dengan panggilan negeri Hang Tuah ini merupakan lokasi ketiga dalam penjelajahan KJH 2024. Bersempena dengan ulang tahun TV3 yang ke-40 ini, pelbagai aktiviti, tawaran hebat dan hadiah menarik telah disediakan untuk orang ramai menerusi reruai Studio Tonton Drama Sangat (TV3, TV9, Tonton), Studio Jom Heboh, New Straits Times Press (New Straits Times, Berita Harian, Harian Metro), Vocket, Hot FM dan Kool 101.

Baca juga: Malaysia Negara Ke-2 Paling TERUK Dalam ‘Work Life Balance’ Menurut Kajian Global

KARNIVAL JOM HEBOH 2024 KINI DI MELAKA!

karnival jom heboh 2024

Reruai-reruai yang disediakan menerusi KJH 2024 ini berjaya menghimpunkan lebih daripada 200,000 pengunjung di setiap lokasi. Justeru, warga Selatan tidak perlu risau kerana KJH Mana Lagi? Melaka Ler… turut menyediakan pelbagai jenis reruai dan aktiviti- aktiviti menarik khas buat para pengunjung seperti:

1.Studio Tonton Drama Sangat

Studio Tonton Drama Sangat menganjurkan Pertandingan Ratu Kebaya Drama Sangat yang terbuka kepada kanak-kanak berumur 7 tahun ke atas. Jangan lepaskan peluang anda untuk saksikan bakat-bakat muda ini mempersembahkan busana kebaya mereka bagi merebut hadiah terkumpul bernilai sehingga RM700 pada 29 Jun (Sabtu) bermula 10.00 pagi nanti.

2.Jumpa selebriti!

Pengunjung turut berpeluang untuk bertemu dan berinteraksi dengan barisan selebriti popular yang menghiasi slot drama dan program televisyen di TV3, TV9 dan Tonton. Antara selebriti yang hadir adalah Afieq Shazwan (Saka Perawan), Dr Ahmad Idham (Saka Perawan), Yassin Senario (Saka Perawan), Bella Astillah (Tonton: Leha Leya Lawa), Muaz Zabir (Tonton: Leha Leya Lawa), Shaza Bae (Akasia: Aku Bukan Ustazah), Husna Mustaffa (Akasia: Aku Bukan Ustazah), Fasha Sandha (Samarinda: Khilaf Yang Tertulis), Ashraf Muslim (Samarinda: Khilaf Yang Tertulis), dan ramai lagi!

3.Dinoland

Terokai alam cicak gergasi dan saksikan pelbagai jenis dinasour ‘hidup’ kembali di reruai Dinoland @NSTP. Alami suasana di zaman purba sambil bergambar dengan pelbagai jenis dinasour yang bergerak. Jom hangatkan lagi perbualan di media sosial dengan menggunakan hashtag #NSTP #KARNIVALJOMHEBOH dan #DinoLand@KJH untuk meriahkan lagi perbualan di laman media sosial.

4.Kejohanan Bola Jalanan Vocket ‘3v3’

Anda aktif bersukan? Ini merupakan peluang anda untuk merebut hadiah utama wang tunai sehingga RM1,800 beserta trofi dan medal menerusi Kejohanan Bola Jalanan Vocket ‘3v3’! Juara juga bakal membawa jersi edisi khas VOCKET! Layari laman https://bolajalanan.thevocket.com/ atau imbas kod QR untuk mendaftar. Adakah anda juara yang kami cari? Jom ler masuk! #Vocket #VocketFC #REVMediaGroup #KarnivalJomHeboh #KJH #InspirasiGenerasi

5.Jom Lokal Jam

Warga-warga kota Melaka yang mempunyai bakat dalam menyanyi, ini merupakan peluang anda untuk menunjukkan bakat menerusi Jom Lokal Jam. Platform ini memberikan peluang kepada mereka yang ingin serlahkan bakat di pentas yang lebih besar dan mencari peluang untuk berkecimpung dalam industri.

6.Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima

Dalam usaha menghibur, kami turut sensitif dan mengambil berat susulan krisis kemanusiaan yang berlaku di dunia Palestin. Kami di TV3 sentiasa prihatin terhadap krisis kemanusiaan dan kekejaman yang berlaku ke atas rakyat Palestin. Anda boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun Bank Muamalat 1401 0008 8447 15 atau Maybank 5642 7651 0331. Sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima akan digunakan untuk membiayai bantuan kemanusiaan bagi komuniti yang terjejas.

KONSERT JOM HEBOH!

karnival jom heboh 2024

Hiburkan hujung minggu anda bersama barisan penyanyi popular tanah air di Konsert Jom Heboh pada 29 & 30 Jun 2024 (Sabtu & Ahad) bermula pada pukul 9.00 malam. Pada malam pertama Konsert KJH, anda akan dihiburkan dengan persembahan menarik daripada Naqiu, Indah Ruhaila, Sufian Suhaimi, Puteri Khareeza, Zamani Slam dan Drama Band.

Kemeriahan Konsert Jom Heboh diteruskan dengan persembahan mantap daripada Rahmad Mega, Hael Husaini, Shiha Zikir, Ruffedge, Baby Shima dan Ara Johari pada malam kedua.

Pengunjung Karnival Jom Heboh Mana Lagi? Melaka Ler… pastinya tidak akan pulang dengan tangan kosong kerana pelbagai hadiah menarik menanti anda! Rebut peluang ini untuk membawa pulang hadiah lumayan seperti iPad, Tiket Taman Tema Legoland, penginapan 3 hari 2 malam di Hotel Legoland dan pelbagai lagi.

Tunggu apa lagi warga Kota Melaka? Ayuh kita serbu Karnival Jom Heboh Mana Lagi? Melaka Ler… yang berlangsung pada 28 hingga 30 Jun 2024 (Jumaat, Sabtu & Ahad) di Dataran MITC Ayer Keroh bermula seawal pukul 9.00 pagi!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×