Kini Trending

Persatuan Seni Silat Panji Laksamana Bakal Gegarkan Karnival Jom Heboh Terengganu!

24
SHARES

Berita baik untuk orang Terengganu, kemeriahan Karnival Jom Heboh bakal diteruskan di tempat anda!

Karnival Jom Heboh bakal berlangsung pada 7 dan 8 Oktober 2022 ini, bertempat di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu dengan banyak aktiviti menarik menanti anda!

Baca juga: Karnival Jom Heboh Kini Kembali Di Terengganu, Siraplimau Bawa Abang Bomba & Budak Silat!

SIRAPLIMAU BAWA GENG SILAT ‘MAT KILAU’ KE KARNIVAL JOM HEBOH!

Mesti anda dah lama tak menyaksikan persembahan silat Melayu bukan? Maklumlah, acara persembahan sebegini hanya boleh disaksikan dalam acara-acara rasmi dan majlis perkahwinan sahaja. Oleh itu, buat anda yang nak isi masa lapang ketika hari cuti boleh datang ke Karnival Jom Heboh!

Pada hari Jumaat (7 Oktober), Siraplimau akan membawakan sesi bual bicara seawal 10 pagi bersama Persatuan Seni Silat Panji Laksamana Terengganu untuk berkongsi serba sedikit tentang acara silat Melayu yang kini semakin mendapat perhatian. Bakal membariskan 11 orang pesilat yang turut terdiri dari kanak-kanak dan orang dewasa, pengunjung juga berpeluang menyaksikan dan menyertai sesi demonstrasi silat bersama mereka. Menarik!

BOLEH MENANG BANYAK HADIAH!

Nak menang hadiah menarik daripada Siraplimau? Jangan lupa sertai kedua-dua sesi dan anda berpeluang bawa pulang hadiah istimewa barangan eksklusif Siraplimau & Media Prima. Tak dapat dekat tempat lain tau!

Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk bawa seisi keluarga datang ke Karnival Jom Heboh Terengganu! Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web www.jomheboh.com.my atau layari laman media sosial Facebook dan Instagram @JOMHEBOHOFFICIAL . Jangan lupa juga untuk like dan follow Instagram @mysiraplimau dan Facebook Siraplimau okay! #karnivaljomheboh #KJH

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×