Kini Trending

Karnival Jom Heboh Kini Kembali Di Terengganu, Siraplimau Bawa Abang Bomba & Budak Silat!

27
SHARES

Berita baik untuk orang Terengganu, kemeriahan Karnival Jom Heboh bakal diteruskan di tempat anda!

Karnival Jom Heboh bakal berlangsung pada 7 dan 8 Oktober 2022, bertempat di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu.

KARNIVAL JOM HEBOH JELAJAH NEGERI TERENGGANU 7 & 8 OKTOBER INI!

Seperti edisi terdahulu, Karnival Jom Heboh akan membariskan ramai selebriti popular tempatan, personaliti TV, penyampai radio dan influencer yang bakal turut serta memeriahkan karnival kali ini. Penganjuran karnival selama dua hari ini bakal menyaksikan penglibatan rangkaian jenama media terkenal di bawah Media Prima meliputi televisyen, radio, media cetak dan digital antaranya TV3 MALAYSIA, DIDIKTV, TV9,WOWSHOP, Hot.fm, Molek.fm, Harian Metro, Berita Harian dan New Straits Times.

Lebih menarik, Karnival Jom Heboh pada kali ini turut disertai oleh beberapa jenama media di bawah platform digital REV Media iaitu Siraplimau, Ohbulan, Seismik TV dan Vocket. Pada hari Jumaat (7 Oktober), Siraplimau akan membawakan sesi bual bicara seawal 10 pagi bersama Persatuan Seni Silat Panji Laksamana Terengganu untuk berkongsi serba sedikit tentang acara silat Melayu yang kini semakin mendapat perhatian. Bukan itu sahaja, pengunjung juga berpeluang menyaksikan dan menyertai sesi demonstrasi silat bersama mereka.

Pada hari Sabtu (8 Oktober), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bakal mengisi slot Siraplimau pada pukul 10 pagi bagi membincangkan topik keselamatan dan melakukan demonstrasi memadam api. Bukan itu sahaja, bintang Youtube berasal dari Terengganu, ‘Awang’ juga bakal membuat kemunculan istimewa pada hari Sabtu.

SIRAPLIMAU AKAN BAGI BANYAK HADIAH!

Nak menang hadiah menarik daripada Siraplimau? Jangan lupa sertai kedua-dua sesi dan anda berpeluang bawa pulang hadiah istimewa barangan eksklusif Siraplimau & Media Prima. Tak dapat dekat tempat lain tau!

Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk bawa seisi keluarga datang ke Karnival Jom Heboh Terengganu! Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web www.jomheboh.com.my atau layari laman media sosial Facebook dan Instagram @JOMHEBOHOFFICIAL . Jangan lupa juga untuk like dan follow Instagram @mysiraplimau dan Facebook Siraplimau okay! #karnivaljomheboh #KJH

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×