“Alahai, semalam tak tidur, malam ni pun anak susah tidur. Hmm…”
Antara masalah sering dialami oleh ibu bapa di luar sana ialah masalah anak kecil sukar tidur malam. Ini kerana mereka merasakan tidur itu satu aktiviti yang merugikan dan membosankan. Pasti pelbagai cara dan petua sudah dicuba untuk memastikan anak-anak tidur pada waktu malam supaya ibu dan ayah mendapat rehat yang cukup.
Apa kata cuba satu ‘rahsia’ baharu untuk membantu anak tidur malam. Nak tahu apa? Jom baca…
Baca juga: “Ibu Hilang Sekejap Pun Anak Takut”- Pakar Kongsi Idea Permainan Yang Boleh Dicuba
KALAU ANAK SUSAH TIDUR, CUBA ‘RAHSIA’ INI. MENJADI!
Boleh cuba rendam anak dengan magnesium flakes dalam bath tub, kalau anak susah nak tidur malam. Magnesium, bantu untuk mudahkan tidur anak. Saya mula guna magnesium flakes untuk anak sejak dalam pantang.
Mandikan anak waktu petang, suka betul saya letak sikit magnesium flakes. Supaya malam nanti takde drama waktu nak tidur. Magnesium bantu untuk relax kan otot anak, bantu untuk tenangkan sistem saraf anak. Guna waktu malam sebelum tidur, sangat beri kesan baik untuk tidur anak lebih berkualiti.
Magnesium antara suplement transdermal yang paling selamat untuk anak-anak kecil. Lebih 100 proses biologi dalam tubuh badan anak perlukan magnesium. Kalau tak cukup magnesium, maknanya akan ada fungsi sistem badan yang akan terganggu.
Ramai sebenarnya anak-anak yang tak cukup kandungan magnesium dalam badan mereka. Dalam makanan, magnesium ada pada bayam, kacang, dark chocolate, pisang, tofu, dan sebagainya. Tapi anak kecil makan bukannya dalam kuantiti yang banyak kan.
Magnesium penting untuk:
- Tidur anak yang baik
- Perbaiki mood anak
- Lebih fokus
- Kuatkan tulang dan gigi
- Berikan energy secukupnya untuk anak
- Sihatkan otot dan saraf
- Membantu penyerapan vitamin dan mineral lain
- Tingkatkan imuniti badan anak
Korang boleh cuba untuk guna suplement magnesium untuk anak. Dalam bentuk kepingan, minyak atau lotion. Mana-mana yang mudahkan korang.
– Untuk kepingan, boleh masukkan sikit dalam bath tub, campur dengan air suam. Rendam setengah jam dalam tu. Untuk kita yang dewasa, boleh rendam kaki je kalau takde bath tub. Nikmat dia sampai boleh tertidur terus waktu tengah rendam tu.
– Untuk minyak, boleh sapu 1-3 titik setiap tapak kaki kiri atau kanan, ikut umur anak.
– Untuk lotion, boleh je sapu di mana-mana yang korang nak.
*Kalau nak beli boleh cari sahaja di Shopee. Senang je beli online.
Sumber: Facebook Mazliana Mazlan