Asuh

“Ibu Hilang Sekejap Pun Anak Takut”- Pakar Kongsi Idea Permainan Yang Boleh Dicuba

2
SHARES

Kebiasaanya apabila anak memasuki umur setahun, pasti mereka lebih gemar berkepit bersama ibu dan takut ditinggalkan sendiri meskipun sekejap. Hal ini menyebabkan aktiviti ibu lebih terhad kerana si kecil hanya mahu tinggal bersama ibu termasuklah tidak membenarkan si ibu ke tandas.

Untuk ibu-ibu yang mengalami masalah di atas, jangan risau ada jalan penyelesaian seperti dikongsikan oleh pakar Siti ‘Aisyah di Facebooknya.

Baca juga: [VIDEO] Ibu Kongsi Idea Messy Play Menarik Untuk Anak, Ingatkan Lumpur Tanah Betul!

“IBU HILANG SEKEJAP PUN ANAK TAKUT”

Anak 1.5 tahun memang dalam fasa “attachment”. Mereka takut bila ibu hilang dari pandangan. Jadinya, kita akan rasa anak kita ni asyiklah.

Nak dukung, Nak duduk di pangku, Sampailah mommy dia nak pergi toilet pun dia nak ikut juga. Kenapa jadi macam tu?

Sebab itu tandanya anak kita membesar sihat.

  • dia dah kenal siapa orang yang dia boleh bergantung
  • dia dah tahu dia nak minta tolong pada siapa
  • dia dah tahu orang yang selamat untuk dia dan tidak

Anak yang dalam fasa attachment ni, mereka sedang belajar konsep “object permanence”. Mereka tengah nak faham, kalau mommy tak ada dekat depan mata sekarang, mommy tetap ada di suatu tempat, dan mommy akan pulang juga sekejap lagi.

Anak kita yang belum faham konsep object permanence ni akan rasa resah bila tak nampak kita depan mata. Sebab dia ingat kita dah hilang terus.

MACAM MANA NAK AJAR ANAK KEKAL TENANG?

Tapi, macam mana nak ajar anak kecil kita itu untuk boleh tenang dan relaks kalau kita nak ke tandas atau ke dapur sekejap. Mahu stress juga mommy kalau dia asyik melekat sahaja. Cuba main game ni:

1. SEMBUNYI DALAM KOTAK

Masukkan anak kita dalam kotak besar, tutup kotak tu dengan kain, dan “chak!” anak kita lepas kita kira sampai 5.

2. MANA PERMAINAN TADI?

Sorok permainan anak di sekitar kawasan yang anak boleh nampak. Pastikan anak nampak masa kita sorok tu tau. Jadi, anak kena pergi pada tempat yang kita sorokkan tu dan akan belajar konsep object permanence tu bila dia dapat jumpa semula barang yang disorokkan tadi.

3. AJAR ANAK MAIN SENDIRI

Sediakan permainan di tempat yang mudah untuk anak akses. Mulakan dengan teman anak main. Setiap kali anak dah “ralit” main tu, kita pindah dan duduk di belakang anak. Bila anak cari, kita tunggu dan diam sampai anak pusing dan jumpa kita sendiri. Bila dia “ralit” lagi, kita duduk jauh lagi. Dan tunggu anak jumpa kita sendiri.

Dalam permainan ini, anak akan belajar untuk cari kita dan dia akan belajar bahawa jika kita tiada depan mata, kita ada di suatu tempat yang dia boleh cari. Bolehlah try main 3 games ni dengan anak yang dalam fasa attachment ni.

Sumber: Facebook Siti ‘Aisyah Rozalli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×