Asuh

[VIDEO] Ibu Kongsi Idea Messy Play Menarik Untuk Anak, Ingatkan Lumpur Tanah Betul!

111
SHARES

Ramai dalam kalangan ibu bapa yang risau jika anak-anak bermain kotor kerana menganggap tiada ada sebarang kebaikan buat mereka. Kadang kala aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak mampu meransang perkembangan motor dan sensori mereka.

Messy play merupakan antara idea yang boleh dicuba oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak mahir dalam kemahiran deria badan. Kemahiran ini juga boleh mengelakkan anak-anak ada masalah sensori atau menjadi seorang yang geli dengan kawasan sekitar.

Jadi, apa antara aktiviti messy play yang boleh ibu bapa berikan pada anak-anak? Jom baca…

Baca juga: Anak Selalu Demam Sejak Lahir, Rupanya Ini Sebab Yang Ibu Bapa Terlepas Pandang

IDEA MESSY PLAY MENARIK UNTUK ANAK

messy play anak-anak

Menurut perkongsian seorang ibu di TikTok, dia memperkenalkan messy play ini seawal anaknya berusia enam bulan. Messy play itu dinamakan sebagai ‘lumpur tanah’ yang dibuat daripada bahan-bahan selamat untuk dimakan.

“Messy play untuk Hana 6m+. Lumpur tanah based daripada makanan. So jangan risau kalau baby masuk mulut,” jelasnya.

Tambahnya lagi, jika ada sebarang mainan lain seperti lori atau kereta juga boleh ditambah supaya bayi lebih tertarik dengan mainan sensori itu. Mudah sahaja nak buat lumpur tanah ini, tiga bahan sahaja rupanya.

Cara buat lumpur tanah, messy play untuk anak:

  • Air
  • Serbuk koko
  • Tepung

*Campurkan semuanya dan biarkan anak bermain dengan gembira.

“TERBAIK IBU, GOOD IDEA!”

Video yang menerima 339,800 tontonan itu juga sudah tentu dibanjiri komen daripada ibu-ibu yang tertarik dengan konsep itu dan berterima kasih kerana memberi idea. Ada juga yang berpendapat sambil bermain sambil anak mengemas jika sudah membesar.

Warganet juga sempat memuji sikap ibu itu yang menerapkan mainan seperti di kampung meskipun tinggal di bandar dan ia tidak menjadi halangan.

Sumber: TikTok Mama Shee_

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×