Asuh

Anak Selalu Demam Sejak Lahir, Rupanya Ini Sebab Yang Ibu Bapa Terlepas Pandang

2
SHARES

Kebanyakan ibu bapa masih lagi tidak tahu bahawa bayi seawal usia enam bulan sudah boleh menerima makanan selain bergantung pada susu ibu sahaja. Bagi memastikan anak-anak membesar dengan sempurna dan sihat, aspek pemakanan haruslah dijaga supaya nutrisi cukup dan berkhasiat.

Hal ini seperti perkongsian pengguna Facebook bernama Amira Abd Kadir yang bekerja di farmasi dan menerima kedatangan pelanggan membeli vitamin buat anaknya yang sering jatuh sakit.

Baca juga: Sebelum Belajar Gunting Kertas, Anak-Anak Kena Cekap ‘Skills’ Ini Dulu…

ANAK SELALU DEMAM SEJAK LAHIR, RUPANYA INI SEBABNYA….

Menurut Amira, anak pelanggan tersebut dikatakan sering demam kerana tidak menerima sebarang makanan bernutrisi lain selain susu ibu dan hanya memberikan jajan sahaja.

SUSU IBU HANYA PELANGKAP, BUKAN SUMBER ZAT

Bermula 6 bulan, dah boleh start perkenalkan makanan sebenar pada bayi. Susu hanya sebagai pelengkap. Bukan lagi sumber utama untuk bayi dapatkan zat.

Bubur atau puree daripada nasi, ikan ayam, kentang, sayur, buah ataupun real food ni sangat penting sebagai sumber carbohydrate, protein, fibre, vitamin yang bantu kuatkan immune badan, pembinaan otot, tulang, minda dan saraf.

Lambat introduce real food pada bayi, menyebabkan bayi tak dapat nutrient yang mencukupi. Banyak masalah kesihatan boleh berlaku. Tumbesaran terbantut, aneamia, kerapuhan tulang, lemah immune badan dan senang dapat penyakit, senang demam dan lain lain.

TAK PERLU MAKANAN MAHAL, IKAN KEMBUNG PUN BAGUS

Tambah Amira lagi, bukan hanya makanan mahal mempunyai zat yang mencukupi malah makanan seperti ikan kembung dan pisang juga bagus untuk diberikan pada bayi anda.

Tak perlu beli makanan fancy fancy macam ikan salmon atau buah avokado. Cukup sekadar ikan kembung dan buah pisang. Sangat banyak kandungan nutrient bayi boleh dapat.

Jajan? Buah pinggang kanak kanak belum cukup matang untuk proses garam, gula, pewarna dan perasa tambahan. Takda khasiat untuk anak, malah akan menyebabkan anak jadi ‘picky eater’ – memilih makanan/ suka makanan yang berperasa saja.

Perlu atau tak bagi supplement pada kanak kanak? Boleh perkenalkan supplement pada kanak kanak mengikut dose yang disarankan. Tapi kena faham, bahawa supplement hanya sebagai pelengkap. Perkenalkan real food seawal 6 bulan dan susu ibu sehingga 2 tahun, itu yang paling terbaik.

Sumber: Amira Abd Kadir

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×