Asuh

Kalau Anak Kurus & Tak Suka Makan, Boleh Bagi Minum Susu Kurma Ini

“Susahnya anak nak makan, kurus je badannya…”

Memang penat kalau anak jenis tak suka makan. Puas dipujuk tapi hanya dia mulut makan sudah kenyang. Ini menyebabkan berat badan mereka tidak bertambah dan boleh membantutkan pembesaran. Salah satu cara untuk meningkatkan dan menambah khasit dalam badan anak adalah dengan mengamalkan jus kurma ini. Kesemua bahan ini terlalu banyak khasiat, lebih-lebih lagi ianya adalah makanan sunnah.

Bahan-bahan

1) Segelas susu

2) Sesudu besar kismis (kalau nak guna kurma pun boleh, tp jgn campur kurma dan kismis) * rendam 2jam

3) Sesudu besar badam *rendam 6 jam atau semalaman.

4) Sesudu kecil madu.

Cara-caranya

1. Campurkan semua bahan dan kisar.

2. Setelah sebati boleh tapis untuk minum, tapi saya suka tak bertapis sebab dapat rasa crunchy badamnya.

3. Minum 2 kali sehari setiap hari. InsyaAllah

Sumber : Norliza Mohd Salleh

Yang Popular

To Top