Sihat

Patutlah Mahal, Rupanya Ini 7 Keunikan Kurma Ajwa Yang Dikenali Sebagai ‘Kurma Nabi’

10.2K
SHARES

“Wah, rupanya inilah kurma ajwa kegemaran Nabi tu. Tapi boleh tahan harga kurma ajwa ni… Kenapa mahal sangat ya?”

Buah kurma memang cukup sinonim dengan bulan Ramadhan yang mulia ini kerana adalah sunnah untuk dimakan ketika bersahur dan berbuka puasa.

Ramai mengetahui keistimewaan kurma ini terutamanya dalam membekalkan tenaga di bulan puasa.

Tapi apa agaknya kelebihan kurma ajwa hingga menjadikannya begitu mahal? Sebenarnya, terdapat beberapa kajian saintifik yang dilakukan untuk mencari kelebihan kurma ajwa.

Berikut adalah beberapa keunikan dan manfaatnya secara spesifik.

7 Keunikan & Kelebihan Kurma Ajwa Berbanding Kurma Lain

1. Disebut Dalam Hadis

Terdapat lebih 1400 jenis kurma di seluruh dunia namun kurma ajwa inilah yang pernah disebutkan secara spesifik dalam salah sebuah hadis sahih, iaitu:

Sa’ad radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَنِ اصْطَبَحَ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ عَجْوَةٍ لَمْ يَضُرَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ سَمٌّ وَلاَ سِحْرٌ
Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma ‘Ajwah, tiada racun atau sihir dapat memudharatkannya pada hari itu.
[Sahih al-Bukhari, Kitab at-Thibb, Bab Syurb al-Sum…, hadis no: 5779].

Disebabkan hadis yang cukup popular ini, kurma ajwa mendapat permintaan yang cukup tinggi di seluruh dunia.

2. Ciri Yang Unik

Kurma ini disifatkan berwarna lebih gelap, saiznya lebih kecil.

Isinya pula lebih tebal dan tidak terlalu manis berbanding kurma lain.

Sekali pandang, kurma ini kelihatan seperti kurma lain, namun kurma ajwa memiliki kandungan khasiat yang unik berbanding kurma lain.

Kurma bukan dimakan pada bulan Ramadan sahaja

3. Sumber Antioksidan

Kurma ajwa mengandungi flavonoid glycosides yang membekalkan antioksidan kepada tubuh. Kajian oleh King Saud University mendapati kadar antioksidan ini setara dengan produk antioksidan yang terdapat di pasaran.

cara ganti puasa

Foto Kredit: new-muslims.info

4. Melindungi Daripada Jangkitan

Antioksidan ini membantu melindungi tubuh kita daripada jangkitan, meningkatkan kesihatan jantung, serta bersifat anti-kanser.

Kurma ajwa juga didapati kaya dengan zat magnesium iaitu mineral yang penting sebagai anti-radang. Kurma ini juga secara spesifiknya mengandungi zat anti-radang yang tertinggi setanding dengan ubat-ubatan seperti aspirin dan ibuprofen!

cara buat jus kurma

Foto Kredit: babycenter.com.my

5. Khasiat Untuk Ibu Menagdung & Menyusu

Kurma memang sinonim dengan ibu hamil dan menyusu kerana ia dikatakan dapat memberi tenaga. Bulan-bulan puasa ni, ramai yang kongsikan resepi jus kurma susu, kurma oat, air rendaman kurma dan sebagainya untuk ibu mengandung dan menyusu.

Secara saintifiknya, Journal of Environmental & Analytical Toxicology juga mendapati bahawa kurma ajwa ini membantu ibu meningkatkan susu badan serta melindungi tubuh mereka daripada penyakit dan jangkitan.

Ia juga membantu ibu-ibu mencegah anemia oleh kerana kandungan zat besi yang tinggi.

cara buat jus kurma susu

Foto Kredit: farmilly.com

6. Lebih Sesuai Dimakan Oleh Pesakit Diabetes

Uniknya kurma ajwa ini adalah kandungan gula yang terdapat di dalamnya hanyalah monosakarida, iaitu komposisi gula yang paling ringkas dan tak perlu diuraikan lagi.

Ini menjadikannya sesuai dimakan oleh pesakit diabetes type 2.

Tanda kencing manis

7. Melancarkan Penghadaman

Bulan puasa ini memang mudah untuk kita terkena sembelit atau sukar menghadam makanan kerana kekurangan air pada siang hari dan waktu makan yang berubah.

Amat digalakkan untuk amalkan kurma ajwa pada bulan ini kerana kandungan serat yang dijumpai didalamnya didapati berkesan dalam melancarkan sistem pencernaan dan seterusnya membolehkan usus berfungsi dengan lebih baik.

Tanda gastrik

Foto Kredit: stasiareport.com

Antara Kurma Termahal Di Dunia

Di Malaysia harga kurma ajwa memang agak mahal, iaitu sekitar RM100+ sekilo, bergantung kepada gred kualiti.

Ini adalah disebabkan permintaan yang tinggi di pasaran seluruh dunia berbanding kurma jenis lain yang boleh didapati pada harga sekitar RM 30 sekilo atau kurang.

Apapun, buah kurma secara umumnya (tak kiralah jenis apapun), turut memiliki pelbagai khasiat yang telah dibuktikan oleh pelbagai kajian seluruh dunia selain disebutkan di dalam al-Quran. Jadi, tak perlu risau kalau kita hanya makan kurma biasa sebab ia juga mengandungi bermacam-macam kebaikan!

 

*Sumber: King Saudi University, NCBI, Journal of Environmental dan Analytical Toxicology

Most Popular

To Top