Euforia Bola 2026
Sponsored Post

Anak Bijak Bukan Sekadar Genetik? Ini Penjelasan Dr. Rakhee Di Solek Podcast Tentang Perkembangan Minda Anak

Ramai sangka anak bijak bergantung pada genetik, tapi benarkah begitu?

Bersempena Hari Otak Sedunia (World Brain Day), Solek Podcast membawakan perbincangan bersama Dr. Rakhee Yadav, Pakar Perunding Pediatrik dan Ketua Jabatan Pediatrik Hospital Pakar Damansara KPJ untuk mengupas persoalan sama ada kebijaksanaan anak ditentukan oleh genetik semata-mata, atau sebenarnya dibentuk melalui pengalaman, persekitaran dan nutrisi tepat sejak tahun-tahun awal kehidupan kanak-kanak. 

Dalam episod ini, Dr. Rakhee turut menjelaskan mengapa perkembangan otak sejak awal usia begitu penting, serta bagaimana nutrien sokongan minda seperti DHA pada tahap saranan pakar* dan MFGM  membantu menyokong perkembangan otak dan kognitif kanak-kanak.

5 tahun terawal ialah ‘golden window‘ perkembangan otak

Menurut Dr. Rakhee, lima tahun terawal kanak-kanak merupakan tempoh paling penting kerana ketika inilah otak mereka berkembang dengan sangat pantas.

Pada fasa ini, setiap pengalaman harian seperti bermain, membaca buku, berbual, mendapat kasih sayang dan tidur yang mencukupi membantu membina sambungan antara sel-sel otak kanak-kanak.

Bagi menyokong proses ini, nutrien seperti DHA pada tahap saranan pakar membantu pembentukan dan fungsi membran sel otak, manakala MFGM menyokong sambungan antara sel-sel otak bagi membantu perkembangan minda anak.

Sebab itu, asas yang dibina dalam tempoh ini bukan sahaja mempengaruhi pembelajaran, malah perkembangan emosi, tingkah laku dan kesihatan anak untuk jangka panjang.

Justeru, pengambilan nutrisi yang mencukupi memainkan peranan penting dalam menyokong perkembangan otak sepanjang fasa kritikal ini.

Ibu bapa sibuk? Yang penting beri perhatian apabila bersama anak

Ramai ibu bapa bekerja dan sering rasa bersalah kerana tidak dapat meluangkan masa yang lama bersama anak.

Namun menurut Dr. Rakhee, anak tidak memerlukan ibu bapa berada di sisi mereka sepanjang masa. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian sepenuhnya apabila bersama mereka.

Walaupun hanya 15 hingga 20 minit sehari, aktiviti seperti:

  • Membaca buku bersama
  • Berbual tentang aktiviti harian
  • Bermain permainan imaginasi
  • Makan bersama tanpa gangguan telefon

Aktiviti ini mampu memberi rangsangan yang besar kepada perkembangan otak anak. Selain rutin harian yang berkualiti, ibu bapa juga boleh memastikan anak mendapat nutrien seperti DHA pada tahap saranan pakar* dan MFGM sebagai sebahagian daripada pemakanan harian mereka.

Genetik beri potensi, nutrisi & persekitaran bantu membentuk perkembangan anak

Salah satu mitos yang sering dipercayai ialah anak bijak kerana mewarisi gen ibu bapanya.

Hakikatnya, genetik hanya memberikan potensi. Persekitaran yang menyokong, interaksi harian, kasih sayang, tidur yang berkualiti serta nutrisi sokongan minda yang tepat memainkan peranan besar dalam membantu perkembangan otak dan membolehkan anak mencapai potensi mereka.

Dalam kata mudah, genetik menyediakan “blueprint“, tetapi pengalaman harian dan nutrisi yang diterima sejak kecil membantu membentuk “rumah”.

Permainan ‘role play‘ sebenarnya bantu perkembangan anak

Kalau anak suka role play jadi doktor, memasak menggunakan batu atau bermain imaginasi, jangan cepat melarang.

Menurut Dr. Rakhee, permainan seperti ini membantu perkembangan symbolic thinking, iaitu asas kepada kemahiran berfikir secara abstrak.

Selain itu, role play turut membantu anak belajar:

  • Menyelesaikan masalah
  • Membuat keputusan
  • Berkomunikasi
  • Mengawal emosi
  • Memahami perspektif orang lain

Semua kemahiran ini penting apabila mereka mula memasuki alam persekolahan. Perkembangan ini turut disokong oleh pemakanan yang seimbang dan nutrien seperti DHA pada tahap saranan pakar* serta MFGM bagi membantu perkembangan otak secara menyeluruh.

Tidur, nutrisi dan interaksi berkualiti saling melengkapi

Ramai menganggap tidur sekadar waktu berehat, sedangkan ketika tidur, otak sedang menyusun dan menyimpan maklumat yang dipelajari sepanjang hari.

Dr. Rakhee menjelaskan bahawa perkembangan otak yang optimum berlaku apabila tiga perkara ini berjalan seiring:

  • Tidur yang mencukupi
  • Pemakanan yang seimbang
  • Interaksi harian yang berkualiti bersama ibu bapa

Selain itu, DHA pada tahap saranan pakar* membantu pembentukan dan fungsi membran sel otak, manakala MFGM menyokong sambungan antara sel-sel otak. 

Gabungan nutrisi, tidur yang mencukupi dan rangsangan harian inilah yang membantu menyokong perkembangan minda anak.

Saksikan penjelasan lanjut daripada Dr. Rakhee mengenai peranan nutrisi dalam perkembangan otak anak menerusi Solek Podcast di bawah.

Sokong perkembangan minda anak bersama Enfagrow A+ MindPro

Seperti yang dikongsikan Dr. Rakhee dalam Solek Podcast, perkembangan otak yang optimum memerlukan gabungan rangsangan harian, tidur yang mencukupi dan nutrisi yang tepat.

Enfagrow A+ MindPro mengandungi MFGM serta DHA pada tahap saranan pakar* untuk membantu melengkapkan keperluan nutrisi harian anak dalam menyokong perkembangan minda mereka, seiring dengan amalan tidur yang mencukupi, rangsangan harian dan persekitaran yang positif seperti yang dikongsikan oleh Dr. Rakhee.

Sempena Hari Otak Sedunia, Enfagrow A+ MindPro turut membawakan kempen 30 Fakta Otak daripada 30 pakar di Malaysia bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa tentang kepentingan perkembangan otak kanak-kanak sejak awal.

Saksikan lebih banyak Fakta Otak yang menarik daripada pakar di SINI.

Perkembangan otak yang optimum bukan bergantung kepada satu faktor sahaja, tetapi hasil gabungan nutrisi yang tepat, tidur yang mencukupi, interaksi berkualiti dan kasih sayang setiap hari.

*Memenuhi saranan pakar bagi pengambilan DHA harian dengan pengambilan 3 hidangan sehari. Rundingan Pakar Bersama FAO/WHO mengenai Lemak dan Asid Lemak dalam Pemakanan Manusia mengesyorkan pengambilan DHA harian sebanyak 10–12 mg/kg berat badan untuk kanak-kanak berumur 12–24 bulan, atau 100–150 mg DHA + EPA sehari bagi kanak-kanak berumur 2–4 tahun. Rujukan: FAO (2010), Fats and Fatty Acids in Human Nutrition.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×