Famili

“Jangan Mengeluh Anak Lasak, Itu Rezeki…”

472
SHARES

“Ya Allah lasaknya anak saya ni. Stress betul lah…” 

Itulah ungkapan yang sering diluahkan oleh ibu ayah apabila melihat anak-anak mereka melompat, memanjat dan tak henti-henti berlari. Lagi pening kalau makan di restoren, habis satu restoren dipusingnya dan berlari-lari. Betul tak?

Sebagai ibu bapa sudah tentunya perasaan marah dan kecewa itu timbul kerana terlalu penat untuk menghalang mereka tetapi tidak didengari. Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian seorang bapa, beliau menasihati agar ibu bapa tidak mengeluh malah sentiasa bersyukur jika anak lasak. Nak tahu kenapa?

Baca juga: 6 Tanda Mak Ayah Dah Didik Anak Jadi Pembuli, Elakkan!

“JANGAN MENGELUH ANAK LASAK, ITU REZEKI…”

Menurut Mohd Fhais Salim, mempunyai anak yang lasak merupakan satu rezeki dan sebagai ibu bapa patut bersyukur. Hal ini kerana, jika anak-anak lasak, ini membuktikan otak, fizikal, emosi dan tumbesaran mereka sihat.

Jangan mengeluh anak lasak, tapi syukur!

Itu la rezeki yang kita duk doa setiap hari nak anak yang:

  • sihat otaknya
  • sihat fizikalnya
  • sihat emosinya
  • sihat tumbesarannya
  • dalaman & luaran dia sihat walafiat

Yang buat anak jadi tak sihat bila kita suruh dia duduk diam ontok ontok dan ikut arahan macam orang dewasa. Hah, itu bahaya! Fitrah anak yang lasak & gasak ni learning capacity mereka adalah kena sentiasa bermain dan bergerak.

Neuron otak mereka berhubung bila di benarkan bergerak bebas. Otot kaki dan tangan dia jadi kuat dan kental dengan aktiviti lasak begitu. Malah emosi dia juga jadi terurus dan aman sentiasa bila dapat bergerak bebas.

anak lasak

Andai di kongkong dan di perintah perintah ikut arahan maksudnya kita dah “bunuh” kebolehan belajar dan kemampuan untuk membesar anak kita sendiri.

LEBIH BANYAKKAN BERKATA POSITIF

Ayat mudah, kita “tak bersyukur” pada rezeki yang Allah dah beri pada kita. Lagipun, anak yang lasak & gasak ni sebenarnya ada potensi jadi orang yang sangat hebat kemudian hari nanti.

anak lasak

Sebabnya sejak lahir lagi mereka dah ada Growth Mindset semulajadi. Ramai anak tak ada benda ni. Itu yang kita patut rasa bertuah sangat.

Cuma dengan mereka kita kena kurangkan berkata:

  • diam
  • tak boleh
  • jangan
  • tidak
  • big no

Sebaliknya banyakkan berkata:

  • lebih baik
  • bertuah
  • hebat
  • hati-hati
  • aktif
  • boleh

Baru la Growth Mindset anak tu akan lebih berkembang dan dapat unlock potensi diri sebenarnya. Pandai polish, pandai groom lasak pun boleh jadi orang yang hebat kelak.

Sumber: Facebook Mohd Fhais Salim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×