Famili

Mak Ayah Pergi Beraya Tinggalkan Anak Kembar Berkunci & Panas Dalam Kereta, Sampai Hati!

13
SHARES
cara mendidik anak

Seringkali kita melihat banyak kes yang melibatkan kecuaian ibu bapa dalam hal menjaga anak-anak. Kadang-kadang dirasakan perkara itu tidak akan berlaku lagi apabila terdapat isu, namun ternyata kepekaan dalam hal ini masih belum selesai. Mungkin masih ramai dalam kalangan mak ayah yang tidak tahu cara mendidik anak dengan betul.

Semalam, timbul lagi satu kes yang melibatkan anak-anak yang diitinggalkan di dalam kereta berkunci. Paling mengejutkan oang ramai adalah, mak ayah kepada kanak-kanak ini sedang beraya di rumah terbuka! Tinggal anak macam itu sahaja ya!

Baca juga: Tak Perlu Tengking, Mak Ayah Boleh Guna 5 Cara Tenang Tapi ‘Deep’ Ini Untuk Marah Anak

TIDAK TAHU CARA MENDIDIK ANAK TAPI JANGANLAH DITINGGALKAN BEGITU SAHAJA!

cara mendidik anak

Perkara ini dikongsikan oleh pemilih Facebook bernama Nana Nandos apabila dirinya sendiri terserempah dengan dua kanak-kanak ini yang berada dalam kereta dimatikan enjin. Hanya tingkap sahaja dibuka sedikit dan kanak-kanak kembar ini sedang menangis ketakutan dan dahaga. Sampai hati!

Anak-anak ditinggalkan di dalam kereta berkunci untuk beraya ke rumah terbuka. Enjin kereta dimatikan hanya tingkap di buka sedikit. Terdengar tangisan budak dari dalam kereta, anak kembar dalam keadaan takut dan menangis. Sempat berikan air kotak untuk tenangkan mereka dan tunggu lebih kurang 30min untuk parents kembali.

Eh.. parents dengan atuk nenek sekali laaa pi beraya.. cucu dalam kereta ek.. Dapat laa angkat tangan sambil sengih-sengih kerang manja dari parents. Mak dia.. buat bodoh jer.. muka tak bersalah..

Kalau dulu macam tak percaya ini boleh berlaku…sekarang depan mata. Raya tu raya juga…tapi anak-anak itu amanah kita. Kira bagus aku tak report polis..

Situasi ini mendapat pelbagai reaksi dari warganet yang rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan mak ayah kepada kanak-kanak ini. Bahaya sebenarnya untuk membiarkan mereka di dalam kereta yang tidak mempunyai pengudaraan yang baik serta dalam cuaca panas sekarang ini.

Apalah yang difikirkan ya semata-mata hanya untuk pergi beraya…

Sumber: Nana Nandos via Kisah Dunia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×