Hebahan

Perkhidmatan Imunisasi Murid Di Klinik Kesihatan Diteruskan- KKM

158
SHARES

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan perkhidmatan imunisasi murid masih diteruskan. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sepanjang tempoh penutupan sekolah, perkhidmatan imunisasi akan diberikan di fasiliti kesihatan kerajaan seperti Klinik Kesihatan atau Klinik Kesihatan Ibu dan Anak atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan.

KEUTAMAAN KEPADA MURID TAHUN SATU

Menurutnya, untuk tahun ini, imuninasi akan diberikan keutamaan kepada murid tahun satu.

“Imunisasi adalah cara yang paling berkesan dalam menangani kejadian penyakit berjangkit dalam kalangan kanak-kanak. Perkhidmatan imunisasi sekolah adalah satu daripada perkhidmatan yang diberikan KKM kepada murid di sekolah dalam usaha untuk mencegah penularan penyakit berjangkit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), penyampaian perkhidmatan imunisasi di sekolah tidak dapat dijalankan seperti biasa kerana sekolah masih lagi ditutup.

DAPAT CEGAH PENYAKIT BERISIKO

Katanya, pemberian imunisasi mencegah penyakit demam campak (Measles), Rubella, Difteria dan kancing gigi (Tetanus) untuk murid tahun satu, imunisasi Human Papillomavirus (HPV) bagi murid perempuan tingkatan satu dan imunisasi ATT (dos tambahan vaksin Tetanus) bagi murid tingkatan tiga.

Menurut laporan Harian Metro, ibu bapa atau penjaga diminta membawa anak yang berada dalam tahun satu untuk mendapatkan imunisasi di fasiliti kesihatan berhampiran apabila menerima jadual temujanji perkhidmatan imunisasi melalui pihak sekolah.

Kementerian Kesihatan Malaysia juga sudah mendapatkan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membantu dalam menyelaras pemakluman kepada ibu bapa atau penjaga mengenai perkhidmatan imunisasi ini.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×