40 Minggu

Isteri Koma Lebih 17 Hari Lepas Bersalin, Suami Luah Rasa Rindu & Rayu “Bangunlah Isteriku..”

3
SHARES
melahirkan anak

Bertarung nyawa semasa mengandung dan melahirkan anak merupakan pengorbanan terbesar yang dilakukan oleh seorang wanita bernama isteri. Namun, tidak semua pertarungan ini berjalan lancar dan ada juga yang hampir ‘tewas’ di dewan bersalin seperti kisah seorang ibu bernama Syerah, berusia 22 tahun ini.

Terbaharu dalam perkongsian di laman Tiktok, seorang lelaki yang dikenali sebagai Awie yang juga suami kepada Syerah, meluahkan rasa rindu terhadap isterinya yang kini sedang koma akibat komplikasi melahirkan anak secara ’emergency caesarean’.

Baca juga: Dr Imelda ‘Dedah’ Sindrom Ekstrem Bayi Satu Mata & Tanpa Hidung Berlaku 1 Dalam 100,000 Kelahiran

ISTERI KOMPLIKASI SEMASA MELAHIRKAN ANAK, DAH LEBIH 17 HARI KOMA…SUAMI LUAH RINDU

melahirkan anak

Foto: Awie & Syerah

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Awie di akaun Tiktok milik isterinya,  Syerah sudah lebih 17 hari tidak sedarkan diri selepas alami kecederaan di bahagian otak. Dia mengakui bahawa ujian yang dihadapi ini cukup berat, namun Awie tidak pernah berhenti berdoa agar isterinya kembali sedar untuk melihat anak mereka yang sudah selamat dilahirkan.

“17 hari dah isteri saya di unit rawatan rapi (ICU) akibat emergency caesarean yang mengakibatkan komplikasi jantung berhenti tiga atau empat minit sehingga kecederaan otak. Berat ujian kita kali ini sayang, b hari-hari doa agar sayang kembali sembuh dan sedar dari tidur mu yang panjang, bangun lah isteriku.

“Anakmu sedang menunggu ibunya, hari-hari b gelap sayang, b rindu nak dengar suara sayang, rindu nak usik sayang nak gelak sama-sama,” luahnya.

Menurut Awie lagi, sebelum menjalani pembedahan isterinya menunjukkan reaksi positif namun, sangkaannya itu meleset kerana pada ketika itu keadaan Syera rupanya sudah lemah.

“Sebelum sayang koma b nampak muka sayang senyum b yakin sayang kuat sebaliknya b tak sangka yang sayang dah lemah. Sayang terlalu risaukan baby dalam perut sampai sayang sanggup ambil risiko ini,” luahnya lagi.

Dalam pada itu, Awie berjanji akan menjaga isteri dan anaknya selagi nyawa dikandung badan dan menyifatkan Syera sudah menjadi suri hati yang terbaik buat dirinya.

“Terima kasih sayang sanggup berkorban untuk b, selagi b bernyawa b akan jaga sayang dan anak kita. Di mata b sayang dah menjadi isteri yang sangat sempurna. Semoga syurga buat mu nanti sayang,” ujarnya.

“AWAK TOLONGLAH BERCAKAP DENGAN DIA WALAUPUN KOMA..”

melahirkan anak

Foto: Semasa mula tahu hamil pada Ogos 2024.

Perkongsian sayu lelaki itu menerima lebih 1.2 juta tontonan dan rata-rata netizen mendoakan agar Syerah pulih segera manakala Awie terus kuat demi anak dan isteri. Mereka juga baharu mendirikan rumah tangga 28 April 2024 lalu.

“Ya ALLAH semoga ada keajaiban untuk Syerah, semoga family Syerah kuat,”- netizen.

“Maaf saya pernah koma selepas czer. Awak please bercakaplah dengannya. Dia mendengar. Ketika saya koma saya dengar tetapi tidak boleh bergerak. Apabila awak bercakap dengannya insya-ALLAH dia akan kuat,”- netizen.

*Semoga rindu seorang suami ini terubat dengan mendengar khabar gembira tentang keadaan isteri tidak lama lagi. Sama-sama kita doakan supaya ibu ini dapat melihat cahaya matanya…

Baca juga: Senarai Harga Pakej Bersalin C-Section Di 8 Buah Hospital Dalam Malaysia, Cecah Belasan Ribu!

Sumber: Freepik (Foto)Tiktok @syeerahhh

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×