Dapur

Dari Saiz XL Ke Saiz M, Isteri Ini Kongsi Koleksi Menu Bekal Diet Suami Selama 3 Bulan

13K
SHARES

Siapa sahaja yang tidak mengimpikan tubuh yang langsing serta sistem badan yang sihat bukan? Bukan sahaja bagi golongan wanita, tubuh yang sihat serta ‘slim’ ini turut menjadi idaman golongan lelaki. Namun, agak sukar untuk golongan lelaki mengawal pengambilan makanan berbanding golongan wanita yang lebih teratur dalam mengikut jadual.

Jadi, apa yang menariknya perkongsian ini adalah si isteri menyediakan pelbagai menu bekal untuk suami turunkan berat badan dalam masa lebih kurang 3 bulan sahaja. Gembiranya hati suami dan isteri apabila berjaya menurunkan berat sehingga ke saiz  M dari XL!

KOLEKSI MENU DIET SUAMI DARI AIR TANGAN SI ISTERI

Sebahagian menu yang saya masak untuk bekal suami setiap hari.. start diet awal Oktober 2018 hingga skrg, lebih kurang 3 bulan. Suami saya on diet.  Tak makan nasi, tak minum manis. Dari size XL ke size M. Dari seluar size 36 ke size 28.

So saya masak makanan sihat, rendah kalori.  Kukus, panggang, rebus dan goreng (guna airfryer sahaja) Garam, guna garam bukit. Tiada bahan perisa. Seasoning macam-macam ada, blackpepper, whitepepper, paprika, chili flakes.. campak je apa ada. Paling mudah dan murah, tempe goreng. Sekarang tempe dah jadi menu wajib sebab dah boring makan telur. Siapa lagi nak diet? Bole la buat semangat.

1. Telur rebus dan ayam grilled

2. Ayam dan sayur-sayuran yang di grilled

3. Tempe goreng

4. Salad telur rebus

5. Telur rebus, ayam grilled, sayur

6. Salad dan ayam grilled

7. Tempe goreng dan salad bunga kubis

8. Lobak merah, bunga kubis rebus dan ayam grilled

9. Lobak merah dan ayam goreng

10. Ayam goreng, baby tomato dan sayur

11. Salad, pelbagai jenis sayur dan telur rebus

12. Nasi putih, telur rebus, salad

13. Ayam goreng, tempe dan sayur bendi

14. Ayam grilled, sos peri-peri dan sayur

*Anda pun boleh cuba!

Sumber : Darina Sekeri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×