Rakyat

Ahli i-Sinar Boleh Buat Pindaan Tambah Jumlah Pengeluaran Bermula 8 Mac

19
SHARES

Sudah pasti ramai dalam kalangan kita yang telah membuat permohonan pengeluaran KWSP yang telahpun dibatalkan segala syarat-syarat tertentu. Ini bagi memudahkan sesiapa sahaja pemegang akaun untuk membuat pengeluaran untuk menampung sara hidup yang terjejas akibat wabak Covid-19. Namun, jika anda tersalah letak amaun yang sedikit ketika awal-awal pemohonan beserta syarat dahulu, ini anda boleh mengubah amaun tersebut.

SALAH LETAK AMAUN SEMASA PERMOHONAN ASAL?

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan bahawa hanya pindaan menambah jumlah pengeluaran sahaja boleh dibuat untuk pengeluaran i-Sinar.

Menurut perkongsian di akaun Twitter rasminya, ahli KWSP boleh membuat pindaan tersebut bermula 8 Mac 2021 ini.

“Bagi anda yang tidak memilih amaun yang betul semasa permohonan asal dibuat, anda boleh mula membuat pindaan bermula 8 Mac 2021 melalui i-Sinar Online.

Walau bagaimanapun, KWSP juga memaklumkan bahawa pindaan hanya boleh dibuat sekali sahaja. Seperti yang dinyatakan di atas, ahli hanya boleh membuat pindaan bermula esok (8 Mac), hanya untuk penambahan jumlah pengeluaran sahaja. Pun begitu, ianya tertakluk kepada jumlah maksimum kelayakan semasa permohonan asal dibuat.

“Sekiranya anda telah memohon amaun kelayakan maksimum semasa permohonan asal dibuat, tiada lagi pindaan amaun boleh dibuat.”

Sumber: KWSP

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×