Nur

Hukum Laungkan Azan Sebelum Bertolak Ke Mekah, Dibolehkan Atau Sebaliknya?

3
SHARES
HUKUM AZAN

Sudah menjadi kebiasaan, setiap kali sebelum bertolak ke Mekah atau Madinah, pasti laungan azan akan berkemundang. Walau bagaimanapun, perbuatan itu menjadi tanda tanya sesetengah pihak mengenai hukum azan sebelum bermusafir.

Perkara ini ada dijelaskan dengan lebih lanjut oleh Mufti Wilayah Persekutuan dan Ustaz Azhar Idrus menerusi ceramahnya. Ikuti perkongsian penuh di bawah ini.

Baca juga: Puasa Arafah 2024 Di Malaysia Jatuh Pada Hari Ahad Ini (16 Jun)

HUKUM AZAN SEBELUM BERTOLAK KE MEKAH/MUSAFIR

HUKUM AZAN

Isu mengenai hukum azan selain solat, terdapat beberapa pendapat berkenaan perkara ini. Menurut Syeikh Abu Bakar al-Dimyati, sunat untuk azan selain solat seperti jika seseorang itu berada dalam keadaan dukacita atau kegusaran.

Hal ini kerana, kegusaran dan kesedihan dapat dihilangkan apabila dilaungkan azan. Sekiranya ia tidak hilang dengan sekali azan, maka dituntut untuk mengulangi semula azan.

Selain itu, jika seseorang beradalam dalam keadaah marah, hendaklah diazankan pada telinganya agar ketenangan dapat dirasai.

Menurut pendapat Imam Ibn Hajar al-Haitami pula, sunat melaungkan azan bayi baru lahir, dalam keadaan sedih, diganggu jin, ketika marah dan jika berlaku kebakaran.

Syarih menjelaskan bahawa seseorang yang ingin bermusafir disunatkan untuk melaunkan azan. Tetapi jika musafir tersebut dalam bentuk maksiat, maka ia tidak disunatkan.

Menerusi perkongsian Ustaz Azhar Idrus, laungan azan tidak semestinya hanya untuk ke Mekah tetapi boleh juga sekiranya seseorang itu ingin berangkat ke luar negara atau bermusafir.

“Walau bagaimanapun, jangan azan terlalu kuat sehingga mendatangkan kekeliruaan waktu solat. Risau sekiranya ada yang salah faham,” jelasnya.

Jadi, dapat disimpulkan bahawa hukum azan sebelum bertolak ke Mekah untuk menunaikan haji atau umrah dan bermusafir adalah dibolehkan.

Laungan azan tersebut  ada banyak kelebihan seperti mampu menginsafkan seseorang dan menentukan niat ke arah baik. Maksud azan tersebut juga boleh membuktikan kebesaran Allah SWT.

Semoga artikel ini memberi manfaat!

Baca juga: Doa Ketika Masuk Dan Keluar Kota Mekah, InsyaAllah Diberkati Allah

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan & YouTube Pencinta Ilmu

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×