Negeri yang mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO kerana kekayaan nilai sejarahnya memiliki berbagai tarikan. Selain tempat tarikan pelancong seperti Bangunan Merah, Jonker Walk, dan Kubu A’Famosa, Melaka semakin pesat membangun dengan tarikan baru seperti Sky Tower, Toy Museum, Muzium Kapal Selam, dan sebagainya.
Tambahan pula, ada banyak makanan ‘viral’ yang mesti dicuba di Melaka. Senang kata, memang tak cukup sehari kalau nak ronda satu Melaka. Jadi, tak rugi ajak keluarga bermalam di Melaka!
13 Hotel & Homestay Di Melaka Yang Unik Dan Menarik. Harga Berbaloi!
Disini disenaraikan beberapa lokasi hotel, villa retreat, atau homestay di Melaka bagi anda bersama keluarga atau rakan-rakan.
1. Ke Cabin Bungalow
Sebuah rumah banglo dan 4 unit bilik berkonsepkan kontena kabin yang unik pasti memberikan pengalaman penginapan yang tidak dapat dilupakan semasa anda di Melaka. Boleh memuatkan seramai 40 orang jika anda sewa kesemua 4 unit kontena dan sebuah banglo ini. Sesuai sangat untuk aktiviti gathering bersama keluarga atau rakan-rakan.
Di banglo fasilitinya lebih lengkap dengan ruang tamu yang besar, dapur dan ruang menonton TV yang selesa. Unit kontena juga tidak mengecewakan kerana sungguhpun ruang dalaman agak terhad, namun kawasan luarnya sangat lapang. Ruang parking pun tiada masalah. Siap ada kolam renang dan ruang BBQ untuk bersantai. Yang penting, anak-anak mesti suka!
Alamat: Lot 463, Jalan Bunga Kemboja 8, Jalan Semabok Dalam, Melaka.
No Tel: Shakirah 0123080929
Facebook: Ke Cabin By Bungalow In A Village
Harga: RM199-RM 250/malam (unit kontena maksimum 4 orang), RM990/malam (banglo dengan maksimum 15 orang)
2. The Hut, Serkam
Chalet The Hut terletak di Kg Serkam Pantai, 500 meter dari Medan Ikan Bakar Serkam yang popular. Chalet The Hut adalah homestay di Melaka yang amat sesuai bagi mereka yang ingin merasa suasana kedamaian kampung. Ia dibina dengan menggunakan semula kayu-kayu lama bersama atap nipah yang menyerlahkan lagi unsur-unsur senibina Melayu.
The Hut menyediakan sebuah kolam renang untuk bermain air. Tentu anak-anak seronok! Selain itu, The Hut ada menyediakan perkhidmatan menyewa basikal untuk anda bersiar-siar sambil menikmati keindahan pemandangan sekitar kawasan tersebut.
Terdapat 5 unit bilik berasingan dengan kapasiti maksimum untuk 20 orang (4 orang setiap bilik)
Alamat: KM 18, Kg. Serkam Timur, 77300 Melaka
No Tel: 012-320 2611
Facebook: The Hut Malaysia
Harga: RM 160 – RM200 / malam (1 bilik 4 orang)
3. Limastiga, Umbai
Limastiga adalah antara homestay di Melaka yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Sesuai dengan namanya, penginapan berbumbung limas ini mendapat sentuhan senibina serta landskap yang amat mengagumkan. Segenap ruang tampil ekslusif dan dipenuhi tumbuh-tumbuhan yang redup serta elemen air yang menyegarkan.
Terletak berdekatan dengan Muara Ikan Bakar Umbai, serta beberapa lagi tarikan menarik seperti, Restoran Ikan Bakar terapung dan Perigi Hang Tuah, ia sangat sesuai untuk dijadikan tempat untuk berehat dan bersantai bersama keluarga.
Terdapat 3 buah rumah limas yang boleh memuatkan sehingga 24 orang dalam kawasan yang cantik ini.
Alamat: Jalan Paya Dalam, Umbai, 77300 Melaka
No Tel: 0126581381 / 0126237687
Facebook: LimasTiga
Harga: Pakej berharga sekitar RM 2300 – RM2800 (untuk 3 buah rumah yang boleh memuatkan 24 orang)
4. Masbro Village Homestay
Jika datang dari Melaka melewati Tol Alor Gajah, pasti akan terpandang beberapa buah rumah berbentuk segi tiga berwarna-warni. Memang ceria!
Terletak kira-kira 7km dari pusat bandar Air Keroh, penginapan unik ini merupakan antara tarikan rumah penginapan terkini di Melaka yang dikatakan mirip dengan Brighton Beach, Australia. Ia juga menjadi pilihan lokasi videoklip lagu Jaga-jaga oleh penyanyi terkenal, Amira Othman.
Dengan laman yang cantik serta kolam renang yang besar, setiap sebuah rumah 2 tingkat ini dapat memuatkan sehingga 6 orang. Sesuai untuk dikunjungi keluarga kerana ia bukan saja selesa dan cantik, tetap juga convenient. Tesco Cheng Stadium Hang Jebat hanya 5 minit berjalan kaki. Bagi yang bawa anak-anak, tak perlu risaukan tentang keselamatan, kerana kawasan ini berpagar.
Alamat: Masbro Village Homestay, Lot 291, Batu 7 ½, Paya Rumput, Jalan Paya Rumput Perdana, 76450 Melaka
No Tel: 6013-313 6872 – Mazlan, +6011732242 – Suraya
Facebook: Masbro Village Boutique Homestay
Harga: RM280 untuk seunit/ malam (6 orang)
5. Agrofarmstay, Durian Tunggal
Terletak di Durian Tunggal, Melaka, resort ini menjanjikan suasana hijau alam semulajadi kepada semua pengunjung. Mempunyai kolam renang yang besar (1 kolam untuk dewasa dan 2 kolam kanak-kanak), ia sesuai untuk seisi keluarga.
Pelbagai aktiviti riadah keluarga boleh dijalankan di sini antaranya memancing, karaoke, berkayak dan sukaneka yang boleh diaturkan dengan pihak resort.
Anak-anak tentu teruja dengan adanya pet house yang menempatkan beberapa jenis haiwan seperti kuda, burung, arnab, kambing, ayam dan lain-lain.
Alamat: Lot 453, Batu 13, Jalan Tebong Machap, 76100 Durian Tunggal, Melaka.
No Tel: 012-211 8246
Facebook: Agrofarmstay at Skilltech
Harga: Harga dari RM88 (twin bed room) dan RM 1090 (villa 9 bilik)
6. 45 Lekiu
Bagi mereka yang ingin menginap di dalam bandar UNESCO tanpa perlu memandu jauh, alami permata sejarah di tengah-tengah bandar bersejarah Melaka dengan menginap di 45 Lekiu. Rumah tamu ini merupakan bangunan rumah kedai 3 tingkat lama yang dibina pada 1941 dan diberi nafas baru dengan dekonya yang kontemporari di samping mengekalkan ciri-ciri sejarahnya. Penginap juga mudah untuk bersiar-siar di tapak bersejarah seperti Stadhuys dan Bukit St. Paul dengan berjalan dari rumah tamu.
Terletak di celah-celah rumah kedai berhampiran Jonker Street, rumah tamu ini menawarkan penginapan beserta kemudahan lengkap dan kolam renang bagi pengunjung. Anda juga pasti jatuh cinta dengan balkoni rooftopnya yang dipenuhi dengan hiasan bunga kertas.
Alamat: 45, Jalan Hang Lekiu, 75200 Melaka, Malaysia
No. Tel: +60 12-698 4917
Facebook: 45 Lekiu Melaka Guesthouse
Harga: RM1299 – RM 1499 / seluruh rumah (4 orang)
7. D’Brug Homestay
D’Brug Homestay yang terletak di tepi Sungai Melaka ini pasti mudah dijumpai kerana warna bangunannya yang kuning terang. Landskap luarnya juga dihiasi dengan perabot berwarna warni yang menyerlah. Terletak hanya lima minit dari Jonker Walk, penginapan yang bertemakan moden mewah ini berani bermain dengan warna dari pilihan perabot bagi hiasan dalaman serta muralnya yang berkonsepkan klasik.
Homestay di Melaka ini menawarkan beberapa pakej menarik mengikut bilangan penginap dengan reka bentuk yang berbeza-beza. Jika menginap di sini, maka mudahlah untuk bersiar-siar di tepi sungai Melaka. Banyak mural yang cantik-cantik terlakar di bangunan tepi sungai yang menceritakan sedikit sebanyak tentang sejarah dan warisan Melaka.
Alamat: 18, Jalan Kampung Pantai, 75200 Melaka, Malaysia
No Tel: +60 12-374 6916
Facebook: D’Brug Homestay
Harga: Pakej bermula RM380 / bilik untuk 4-5 orang. Terdapat 6 buah pakej untuk satu-satu masa.
8. Fantasy Hotel
Selain penginapan antik atau berkonsepkan moden, terdapat juga hotel bagi peminat kartun. Melaka juga menawarkan penginapan unik yang berkonsepkan kartun popular seperti Doraemon, The Avengers dan Winnie The Pooh. Harganya juga amat berpatutan.
Fantasy Hotel yang terletak di tengah bandar Melaka sangat strategik dan memudahkan pengunjung ke lokasi menarik sekitar bandar. Antara kemudahan unik yang disediakan di hotel ini adalah servis menjaga anak kecil serta sewa kereta dan basikal. Pengunjung juga boleh memesan makanan dengan menu yang disediakan.
Alamat: G8, Jalan PM 7, Plaza Mahkota, Melaka Raya, 75000 Melaka
No Tel : +60 62926028
Facebook: Fantasy Hotel
Harga: Bermula RM88/malam untuk bilik 2 orang
9. Rucksack Caratel
Bagi yang inginkan kelainan bolehlah menginap di Rucksack Caratel iaitu hotel yang memberikan pengalaman suasana berkhemah bersama yang tersayang. Dengan pelbagai jenis bilik untuk dipilih, terdapat juga pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Bagi yang ingin meluangkan masa lapang bersama, boleh ke Caravan Park iaitu ruangan interaktif di mana pengunjung boleh bermain foosball, bola keranjang, atau bersantai di tempat duduk yang disediakan.
Terdapat juga kolam renang luas untuk kegunaan penginap di sini. Dengan kemudahan sistem pembesar suara yang lengkap, kawasan ini juga sesuai untuk diadakan acara seperti majlis hari jadi ada keramaian.
Alamat: 107 Jalan Banda Kaba 75000 Melaka
No Tel: +6 06 2922107
Facebook: The Rucksack Caratel
Harga: Bermula RM120/malam untuk bilik 2 orang
11. Yunus Homestay Kampung Morten
Bagi yang pernah menaiki River Cruise, mesti pernah lalu Kampung Morten, sebuah perkampungan Melayu di tepi Sungai Melaka. Apabila waktu malam, memang sarat dengan hiasan lampu yang menaikkan lagi seri perkampungan tradisional tersebut. Perkampungan ini amat unik kerana terletak di tengah-tengah bandar Melaka, dan ia dipelihara oleh kerajaan Melaka kerana nilai sejarah dan senibinanya.
Sekarang, anda juga boleh menginap di perkampungan tengah bandar ini. Penginapan di sini pasti mengimbau kenangan ketika berada di desa. Dengan strukturnya rumah dan perabot dan diperbuat dengan kayu, anda dapat merasai pengalaman tinggal di rumah tradisional Melayu Melaka. Nak pergi mana-mana pun dekat!
Alamat: 104, Lorong Tun Mamat 1, Kampung Morten, Melaka
No Tel: 013-778 2525
Facebook: YUNUS Homestay Kg Morten
12. Fuga Village
Bagi yang ingin mendapatkan ketenangan jauh dari bandar Melaka, penginapan di Fuga Village merupakan pilihan yang ideal. Kawasan penginapan berkonsepkan moden kontemporari ini agak terasing dengan dinding yang tinggi berserta kolam renang.
Kawasan ini juga dekat dengan tarikan pelancong seperti pusat pemuliharaan penyu Padang Kemunting, restoran ikan bakar, serta pusat sukan seperti bola tampar, jet ski banana boat, badminton, berbasikal dan lain-lain. Buka pintu saja dah jumpa pantai tau!
Alamat: Lorong 13, Jalan Padang Kemunting, 78300 Masjid Tanah, Melaka, Malaysia
No Tel: +60 17-603 8224
Facebook: Fuga Village
Harga: Bermula RM 170/malam
13. BUSTEL Melaka
Sesuai dengan namanya, BUSTEL merupakan salah satu hotel unik di Melaka bagi yang inginkan kelainan. 40 bas awam yang lama yang menjadi pengangkutan utama dahulunya kini diubahsuai menjadi hotel berhawa dingin, restoran dan kedai cenderamata. Hotel ini sangat strategik bagi pelancong kerana terletak di Pantai Klebang.
Senanglah nanti jika mahu menikmati Coconut Shake Klebang dan kuih keria viral yang sering menjadi buah mulut orang-orang disini. Lebih kurang 10 minit saja dari sini. Di Pantai Klebang juga bermacam aktiviti boleh dilakukan seperti menaiki kuda atau berjalan di pasar hujung minggunya. Muzium Kapal Selam juga terletak tidak jauh dari sini.
Alamat: Dataran 1 Malaysia, Pantai Klebang, Melaka
No. Tel: 0197414113
Facebook: Bustel Klebang Melaka
Harga: RM90-RM130/malam
Rambang Mata Dibuatnya!
Tidak kiralah sama ada anda penggemar suasana tradisional yang tenang, suasana moden yang dekat dengan tarikan pelancong, yang bajet, yang comel, semuanya ada.
Dengan pelbagai pilihan hotel dan homestay di Melaka ini, pasti mudah untuk merancang percutian di Melaka dengan lebih lancar. Jom bercuti!