Selain terdapat banyak tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi, Melaka juga menawarkan macam-macam makanan terbaik untuk penggemar makanan. Ayuh mulakan food hunting di Melaka dengan 11 tempat makan di Melaka ini DAN banyak lagi!
Senarai 11 Tempat Makan Best Di Melaka. Mesti Cuba!
Berikut adalah senarai 11 tempat makan di Melaka pilihan kami.
1. Melaka Food Truck Park
Ini antara pilihan tempat makan di Melaka yang terbaru di perkarangan Melaka Mall. Terdapat 10 Food truck yang akan beroperasi diiringi dengan persembahan santai buskers. Antara pilihan makanan yang terdapat di sana adalah:
- La Famiglia Pasta
- N’licious Taco
- Kebab Melawati
- Cendol Durian Bachang
- 8th Street Coffee & Burger
- Time Out Coffee
- Nasi Ayam Penyet
- NFC (Fried Chicken)
- Waffle Mobile (Pilihan pelbagai dessert)
- Mirarichgold (Meehun Sup)
Alamat: Food Truck Park, Melaka Mall, Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka.
Waktu Operasi: 6petang- 12 malam setiap hari
2. Mee Besen
Mee besen adalah antara pilihan makanan unik di Melaka. Ia digelar Mee besen kerana saiz hidangannya yang besar. Tapi, jangan takut kalau tak boleh habis, boleh pilih saiz hidangan yang bersesuaian.
Saiz S: RM6.00 (1–2 orang makan)
Saiz M: RM10.00 (2–3 orang makan)
Saiz L: RM15.00 (3–4 orang makan)
Selain mee besen, terdapat juga pilihan hidangan ala western seperti chicken chop, spaghetti, meatball & fries. Macam-macam ada!
Alamat: PNo 17, Jalan PNDD 1, Pusat Niaga Durian Daun
Waktu Operasi: 3:30petang – 10:00malam (Hari Isnin tutup)
Facebook: Mee Besen Ori Melaka
3. Cendol Jam Besar
Tak perlu diperkenalkan lagi, Cendol Jam Besar @ Cendol Clock Tower memang cukup terkenal di Melaka. Selain menikmati panorama bangunan lama Jonker Street, anda juga boleh beralih angin dan nikmati cendol di tengah-tengah mercu tanda bersejarah Melaka.
Berhadapan dengan Bangunan Merah di tepi Sungai Melaka, anda boleh menikmati cendol pulut istimewa apabila sudah penat melawat tempat-tempat bersejarah.
Menurut mereka, kedai ini dibuka sejak 1952 dan merupakan antara kedai cendol paling lama di Malaysia!
Alamat: 8, Jalan Laksamana 1, Melaka 75200, Malaysia
4. Puteri Erra Roti John
Salah satu tempat makan roti john yang best adalah di warung ini. Menariknya, harga mereka memang sangat berpatutan dan berbaloi dengan hidangan mereka. Tak percaya, lihat saja contoh harga roti john di sana:
1/2 batang biasa = RM2.30
1 batang biasa = RM4.50
1/2 batang special = RM3.00
1 batang special = RM6.00
Selain itu, ada juga jus buah gelas besar dengan harga hanya RM2! Mee kari special pun ada. Ia terletak di Pengkalan Rama, berhadapan dengan Hotel Sentral, Melaka. Sebaris dengan Klinik Pergigian Tun Sri Lanang dan Mahkamah MBMB.
Alamat : Jalan Bunga Raya Pantai, Melaka
Tel: 017-682 7177
Waktu Operasi: 6 petang- 11 malam. Tutup setiap hari Selasa.
Facebook: Puteri Erra Roti John
5. Big Bowl Ice
Di terik panas, sejukkan badan dengan menikmati ais parut berperisa dengan hirisan buah-buahan segar. kunjunlah Big Bowl Ice untuk mencuba pelbagai perisa ais parut yang dihidangkan dengan pelbagai jenis buah-buahan, kekacang dan puding. Ais parut ini didatangkan dengan pelbagai perisa seperti durian, mangga, susu, teh hijau dan macam-macam lagi.
Anda pasti akan rambang mata dengan pelbagai pilihan yang ada di kedai ini. Semuanya sedap-sedap belaka! Selain itu, keistimewaan kedai ini ialah anda boleh minta supaya ais parut dihidangkan dengan sukatan yang sangat besar.
Yang paling besar ialah untuk 30 orang makan! Sebab itulah namanya ‘Big Bowl Ice’. Mat Dan pun pernah kunjungi kedai ini tau! Anda bila lagi?
Alamat: 11, Jalan Kota Laksamana 1/2
Tel: 06-281 6796
Waktu Operasi: 12 tengah hari – 12 malam
6. Eat Canteen
Di Melaka (terutamanya di kawasan Bandar Hilir) memang ada banyak kafe, tapi tidak semuanya yakin untuk makan di sana kerana ragu-ragu dengan status halalnya. Jadi, jika anda berkunjung di Melaka, singgahlah ke Eat Canteen. Ia diusahakan oleh orang Melayu dan menawarkan citarasa menarik serta ambience ala hispter yang menyegarkan.
Kafe ini menyediakan pelbagai menu fusion Western dan Asian yang membuka selera. Selain kafe yang terdapat di Bandar Hilir, mereka juga ada satu lagi branch yang terdapat di Tampin dengan konsep yang sama.
Alamat: No.34 Jalam PM3, Melaka
Tel: 0 12-680 4636
Waktu Operasi: 6 petang – 1 pagi
Facebook: Altitude Emporium / Eat Canteen
7. Cofeology Bukit Beruang
Cofeology Café & Restaurant adalah satu lagi kafe milik anak tempatan yang mempunyai asmosfera yang menyegarkan dan cukup unik.
Dengan senarai hidangan makanan Western dan selera tempatan, harga di sini juga amat berpatutan. Antara hidangan signature di sini adalah Nasi Lemak Bonda dengan harga serendah RM3.80 sahaja!
Selain itu, kafe ini juga sangat sesuai untuk menyambut harijadi kerana terdapat bermacam-macam seleksi kek dan hidangan pencuci mulut yang cukup sedap. Kalau anda bernasib baik, di sini juga terdapat persembahan akustik pada hari-hari istimewa.
Alamat: Lot 21 & 23, Ixora Condomunium, Jalan Bukit Beruang, Bukit Beruang, 75450 Bukit Beruang, Melaka, Malaysia
Tel: 013-288 6792
Waktu Operasi: 9pagi – 11malam (Isnin & Selasa), 9pagi – 12.30malam (Rabu – Ahad)
Facebook: Cofeology Cafe & Restaurant
8. Taste Better Cream Puff
Peminat cream puff pasti teruja untuk merasai cream puff ini. Menggunakan 100% bahan yang disahkan halal, cream puff berintikan durian atau yogurt ini boleh dijumpai di Jonker Walk dan Dataran Pahlawan. (Ia juga mempunyai banyak lagi outlet di seluruh Malaysia seperti Sunway Pyramid dan Bukit Indah Jusco).
Satu gigitan sahaja sudah membuatkan anda jatuh cinta. Isinya yang penuh dan berkrim pasti menambat hati anda.
Alamat: 96, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka, Malaysia
Telefon: 0 12-862 6575
Waktu Operasi: 9 pagi-10 malam
Facebook: TasteBetter.my
Laman web: Taste-Better.com
9. Truly Two Cafe
Anda boleh cuba pelbagai jenis hidangan dessert di sini. Antara tarikan utamanya ialah waffle dan penkek bersama aiskrim Magnum dan hidangan sofistikated lain seperti sizzling brownies dan milkshake pelbagai perisa!
Memang cantik mata memandang hidangannya pasti membuatkan anda mahu mengambil gambar berkali-kali!
Alamat: No. 9, Jalan PNBB 2, Pusat Niaga Bukit Baru, Seksyen IV, Mukim Bukit Baru
Telefon: 06-284 3488
Waktu Operasi: 12.00 tengah hari – 10.30malam
Facebook: Truly Two Cafe
10. Cengkerang Shell Out, Kota Laksamana
Ini adalah salah satu tempat makan menarik yang agak baru di Melaka di mana ia mengutarakan adalah trend makan makanan laut yang ditaburkan di atas meja atau shell out. Dengan harga serendah RM 38.80, anda boleh memilih pelbagai menu seafood mengikut citarasa anda. Ianya semestinya segar dan lazat.
Terletak di Kota Laksamana, ia semestinya mesti dicuba oleh peminat seafood tegar!
Alamat: No. 10 Jalan KLJ 1A, Taman Kota Laksamana Jaya, Melaka
Waktu Operasi: 5petang – 11malam
Facebook: Cengkerang Seafood Jumble
11. Medan Ikan Bakar Crystal Bay, Alai
Kalau datang ke Melaka, memang tak sah kalau tak cari ikan bakar. Medan Ikan Bakar Alai atau Cystal Bay ini adalah salah satu tempat makan di Melaka yang boleh anda kunjungi untuk mendapatkan pilihan seafood yang segar dan lazat.
Dalam kawasan medan selera ini, terdapat beberapa buah warung dan antara yang terkenal adalah Haji Nasir Ikan Bakar dan Mukmin.
Alamat: Crystal Bay, Sungai Punggur, Alai, Melaka
Waktu Operasi: 6 petang- 12 malam
Banyak Lagi Tempat Makan Di Melaka Yang Special!
Selain tempat-tempat di atas, tentulah ada banyak lagi tempat makan di Melaka yang tak muat untuk kami ulaskan di sini. Antaranya:
- Molten Chocolate Cafe, Dataran Pahlawan
- The Old Kitchen, Batu Berendam
- Ikan Bakar Umbai
- Roti Canai Kayu Arang
- Coconut Shake Klebang / Batu Berendam
- Asam Pedas Claypot / Pasar Borong
- Cendol Bakar Alor Gajah
- Nasi Beriani Haji Tamby
- Roti John Barkat
- Handmade Bakery & Cafe
- Keria Gula Melaka Viral
Kini banyak sebab lagi untuk anda berkunjung ke Melaka. Jangan lupa untuk mencuba pelbagai pilihan makanan bila ke sini. Pasti akan membuatkan anda merindui Melaka lagi.