Bilakah kali terakhir anda melawat Melaka? Sedar tak sedar, Melaka kini telah mempunyai pelbagai tempat baru untuk dilawati dan tidak terhad kepada kawasan Bandar Hilir semata-mata.
Di sini, kami senaraikan beberapa tempat terbaru yang sesuai untuk seisi keluarga. Jom pergi jalan-jalan!
11 Tarikan Di Melaka, Terbaru 2017!
Berikut adalah senarai tarikan di Melaka yang terbaru dan pastinya membuat anda rambang mata.
1. The Shore Toy Museum
Mungkin ramai yang dah tahu tentang The Shore Sky Tower atau The Shore Gallery, iaitu pusat membeli-belah yang terletak berdekatan dengan Sungai Melaka.
Di dalamnya, terdapat sebuah muzium yang memaparkan lebih 10,000 koleksi permainan yang ‘limited edition’! Bagi sesiapa yang berminat dengan animasi dan komik, jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan hero anda. Antara yang menarik termasuklah replika Storm Trooper, Iron Man, dan Tumbler Batmobile yang berskala manusia. Menariknya, semua ini dibolehkan untuk bergambar tanpa tertutup dengan kaca!
Bukan sekadar seronok untuk anak-anak, tetapi orang dewasa juga dapat bergembira sambil mengembalikan memori masa kanak-kanak anda.
Alamat: Level 1, The Shore Shopping Gallery, 193, Pinggiran @ Sungai Melaka, Jalan Persisiran Bunga Raya
75200 Melaka
Tel: 06-282 3733
Waktu Operasi:
10.30 pagi hingga 9 malam setiap hari. Kemasukan terakhir jam 8 malam.
Harga tiket
Dewasa RM30, Kanak-kanak RM20
Facebook: https://www.facebook.com/Theshoretoymuseum

Foto Kredit: Fuad Hassan
2. The Shore Oceanarium
Di The Shore Oceanarium, memang seronok membawa anak-anak kecil untuk melihat dan belajar tentang haiwan, terutamanya haiwan laut. Uniknya, terdapat juga pengalaman untuk anda melawati tempat-tempat tertentu menggunakan kaca mata 3D.
Secara peribadinya, saya menggemari tempat ini kerana ia turut membeli peluang kepada pengunjung untuk memegang beberapa jenis haiwan laut seperti tapak sulaiman dan memberi makan kepada penyu.
Waktu Operasi: 10.30 pagi hingga 9 malam setiap hari. Kemasukan terakhir jam 8 malam.
Harga Tiket
Dewasa RM35, Kanak-kanak RM25, Warga Emas RM25
Alamat: 2F-01, The Shore Shopping Gallery,193, Pinggiran @ Sungai Melaka,Jalan Persisiran Bunga Raya, 75100 Melaka, Malaysia
Tel: 06-2829966
Facebook: https://www.facebook.com/oceanariummelaka/

Foto Kredit: Boleh Go 可游
3. Mamee Jonker House
Walaupun telah wujud sejak 2013, mungkin masih ramai yang belum tahu kewujudan The Mamee Jonker House sebagai ‘concept store’ pertama oleh Mamee Group. Ia juga telah mengalami proses baikpulih selama 3 tahun untuk dalam usaha mengekalkan struktur senibina di Jonker Street ini.
Terdapat 4 tarikan yang boleh anda lawati di dalam Mamee Jonker House Ini, iaitu
Mamee Cafe: Di sini terdapat pelbagai hidangan istimewa yang disediakan oleh Chef-chef handal menggunakan Mamee Chef tarik Noodle Cakes sebagai bahan asas. Rugi tak cuba!
Mamee Merchandise: Di sini terdapat penjualan merchandise yang ekslusif dan semestinya unik, tak jumpa di tempat lain!
Noodle Doodle: Di sini anda boleh menunjukkan kreativiti dengan membuat rekaan pada Mamee Chef Noodle Cup. Lepas dah siap lukis, boleh bawa balik sebagai souvenir.
Lil Monster Kitchen: Nak tahu bagaimana snek Mamee Monster dibuat? Sesi workshop ini akan berlangsung selama 90 minit pada setiap hari Sabtu dan Ahad. Terdapat 3 slot iaitu 11pagi, 1.30 pagi, dan 3.30 pagi. Mesti tempah awal untuk menyertai sesi ini ya. Hubungi nombor 012-618 0778 (Charlotte) untuk maklumat lanjut.
Waktu Operasi:
10 pagi hingga 5 petang – Isnin hingga Khamis
10 pagi hingga 7 malam – Jumaat, Sabtu dan Ahad
Ditutup pada hari Selasa kecuali cuti umum.
Alamat: No 46 & 48 Jalan Hang Jebat (Jonker Street)
Tel: 60 6-286 7666
Facebook: Mamee Jonker House

Foto Kredit: Mamee Jonker House FB Fanpage
4. Time Machine Gallery
Tarikan di Melaka yang seterusnya terletak tidak jauh daripada Mamee House tadi.
Time Machine Gallery menempatkan pameran mural 3D Trick Art yang menarik termasuklah beberapa lagi tarikan seperti Rumah Terbalik (Upside Down House), dan Green Screen. Sesuai untuk mereka yang minat untuk mengambil gambar bersama keluarga. Selain itu, anda boleh memakai pelbagai jenis kostum percuma dan props hiasa agar dapat menjiwai lagi pengalaman 3D tersebut.
Harga Tiket: Dewasa Rm 15, Kanak-kanak Rm 10
Waktu Operasi:
9 pagi hingga 9 malam – Sabtu Dan Ahad
10 pagi hingga 6 petang – Isnin hingga Jumaat
Alamat: 54, Jalan Hang Jebat
Tel: 06-283 6322
Facebook: https://www.facebook.com/timemachinegallery/

Foto Kredit: Time Machine Gallery FB Fanpage
5. Cat Walk Studio
Anak-anak memang gemarkan kucing, bukan? Di sini, mereka berpeluang untuk bermain dengan pelbagai baka kucing yang comel dan mesra pelanggan. Bukan itu saja, anda boleh menjamu selera seisi keluarga dalam suasana yang kondusif dan bersih di kafe ala ‘hipster’.
Cat Walk Studio juga menawarkan perkhidmatan produk-produk penjagaan kucing, grooming, dan hotel untuk kucing. Bagi mereka yang gemarkan kelainan, bolehlah mencuba untuk berkunjung ke Cat Walk Studio. Memang santai!
Alamat:No. 7 & 7-1, Jalan TU 40, Taman Tasik Utama, Ayer Keroh 75450 (*sebaris dengan Ikan Bakar Malim MITC)
Waktu operasi:
11 pagi hingga 9 malam – Setiap hari, kecuali Khamis
Tel: 017-6357242 / 013-6834564
Facebook: https://www.facebook.com/catwalkstudiomelaka/

Foto Kredit: Cat Walk Studio FB Fanpage
6. Bayou Lagoon
Dalam Bayou Lagoon ini terdapat taman tema air, service apartment (hotel), dan Magic Art Museum. Boleh masuk asing-asing tanpa perlu menempah hotel tersebut. Di Melaka, terdapat 2 lagi taman tema air iatu Melaka Wonderland dan A’ Famosa Resort. Bayou Lagoon adalah yang terbaru yang dibuka pada 2014.
Taman tema air ini lebih sesuai untuk anak-anak kecil, kerana gelungsurnya agak terhad dan tidaklah begitu mencabar seperti di A’Famosa atau Melaka Wonderland. Tapi, ciri menjadikan ibu bapa lebih mudah memantau anak-anak yang masih kecil.
Alamat: G13, G15 G16, Bayou Square, Jln Wakaf Utama, Bukit Katil, Melaka.
Tel: 0 6-231 1604
Harga Tiket:
Dewasa RM 22, Kanak-kanak RM 16, Warga Emas RM 11
Waktu Operasi:
10 pagi hingga 7 malam, Isnin hingga Jumaat
8 pagi hingga 7 malam, Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah dan Cuti Umum
Laman web: http://www.bayoulagoon.com.my

Foto Kredit: bayoulagoon.com.my
6. V Goat Farm
Dalam tengah kesibukan, terdapat sebuah tarikan di Melaka terletak sedikit jauh dari Bandar Melaka. Lokasinya yang betul-betul di dalam suasana kampung memberikan sebuah kelainan, terutamanya kepada anak-anak kecil yang sudah tidak lagi mengenal kehidupan di luar kota.
Pengalaman mengendalikan, memberi makan, dan memandikan kambing tentunya akan menjadi sebuah kenangan yang melekat dalam memori mereka. Di samping itu, terdapat juga ladang-ladang berhampiran seperti ladang jagung dan pisang. Pemiliknya mengendalikan tempat ini secara persendirian dan anda perlu membuat tempahan 2 minggu awal. Untuk maklumat lanjut, layari laman web dan nombor telefon yang tertera di bawah.
Alamat: Lot 4620, KM 53, Kampung Bukit Palembang, Kg. Gubah, Melaka 77100, Malaysia
Tel: 01-867 2469
Laman web: https://vgoatfarm.com/

Foto Kredit: vgoatfarm.com
7. Melaka Thousand Tales of Adventure
Mula beroperasi pada tahun 2016, Melaka Thousand Tales of Adventures disediakan untuk hiburan unik dengan menggabungkan teknologi pawagam 7D interaktif terkini.
Dengan berkonsepkan ‘escape challenges’ dan memecah kod teka-teki, pengembaraan tertutup bersimulasi ini menjejaki pelayaran The Adventures of Sinbad: The Dark Army Arises. Terdapat 7 cabaran 7D yang menghiburkan buat seisi keluarga.
Harga Tiket: Dewasa Rm 25, Kanak-kanak RM 20
Waktu Operasi:
Isnin- Khamis: 10 pagi hingga 7 malam
Jumaat- Ahad & Cuti Umum: 10 pagi hingga 9.30 malam
Alamat: No. G-30, 1-30, 2-30, 3-30, Jalan PM 9, Plaza Mahkota, 75000 Melaka
Tel: 010-978 8805
Facebook: https://www.facebook.com/melaka1001

Foto Kredit: Melaka Thousand Tales of Adventure FB Fanpage
8. Illusion 3D Art Museum
Illusion 3D Art Museum yang terletak di Dataran Pahlawan ini menempatkan 38 lukisan tangan 3D untuk anda merasai pengalaman berada di ruang angkasa lepas, hutan belantara mahupun berada di lautan dalam yang terbentang luas.
Walaupun ia mirip dengan 3D Trick Eye Museum atau Magic Art Museum, salah satu ciri yang istimewa adalah Augmented Reality Video yang menjadikan anda seolah-olah berada dalam dunia maya. Malah, pengunjung seolah-olah boleh berinteraksi dengan haiwan-haiwan tersebut. Lihat video di bawah, unik bukan?
Alamat:
Tel: 06-221 3002
Facebook: https://www.facebook.com/illusion.3DartDP/
9. Upside Down House
Memang semakin banyak tarikan di Melaka yang berkonsepkan ‘virtual’ dan ‘indoor’ dan ianya memang mendapat sambutan ramai. Salah satunya adalah Upside Down House.
Ini adalah antara tempat seumpamanya yang terawal di Melaka. Bagi yang belum berkunjung ke sini, bolehlah cuba merasai pengalaman di sana.
Alamat: G12, Jln PM 7,Plaza Mahkota, Melaka
Tel: 011-1072 2260
Waktu Operasi:
10 pagi hingga 7 malam – Isnin hingga Khamis
10 pagi hingga 9 malam – Jumaat, Sabtu, Ahad, dan Cuti Umum
Facebook: https://www.facebook.com/upsidedownhousemelaka/
10. Skytrex
Bagi yang meminati sukan ‘outdoor’ ini berita baik untuk anda! Skytrex telah melebarkan cawangannya di Taman Botani Ayer Keroh, Melaka. Sebelum ini mereka telah mempunyai cawangan di Langkawi dan Shah Alam.
Di Skytrex, anda boleh merasai keseronokan berjalan dari pokok ke pokok dengan siri halangan udara yang digantung pada ketinggian 3-22 meter di udara!
Di samping menghirup udara segar dan merasai suasana alam, boleh juga mengeluarkan peluh. Kalau nak tahu gayat atau tak, kenalah cuba sendiri. Tinggi minimum untuk menyertai aktiviti ini adalah 120cm. Jadi, boleh bawa anak-anak berusia sekitar 8-9 tahun yang menepati syaratnya.
Waktu Operasi: 9 pagi hingga 3 petang setiap hari
Harga Tiket:
Little Dino RM50 (Beginner), Pahlawan Thrill RM 60 (Intermediate), Extreme Warrior RM 70 (Advanced)
Facebook: https://www.facebook.com/skytrexadventure/
Laman Web: skytrex-adventure.com

Foto Kredit: skytrex.com
11. Muzium Kapal Selam
Kapal Selam FS Ouessant Agosta 70 ini sebenarnya adalah kapal selam latihan krew-krew Kelas Perdana Menteri Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Menurut PERZIM, Kapal selam ini telah dibawa pulang ke tanahair oleh Kementerian Pertahanan Malaysia dan diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk diabadikan sebagai muzium di Kompleks Muzium Maritim, Pantai Berlian, Klebang, Melaka.
Di sini, anda boleh memasuki kapal selam dan merasai pengalaman yang berbeza sambil menyingkap sejarah negeri Melaka. Apa yang menarik, pihak muzium Melaka juga ada mempunyai pakej Bermalam di Dalam Kapal Selam. Jumlah minima peserta untuk pakej bermalam ini ialah 25 orang dan harga untuk seorang ialah RM 150. Tempahan boleh dibuat melalui pegawai PERZIM.
Harga Tiket: Dewasa RM 5, Kanak-kanak RM 3
Waktu Operasi: 9 pagi hingga 5 petang setiap hari
Alamat: Dataran 1Malaysia, Klebang, 75200 Melaka.
Tel: 06-281 4226
Jom Bercuti!
Dah tahu tempat-tempat ini, bolehlah cari kelainan di Melaka bersama keluarga. Banyak lagi tempat yang boleh anda kunjungi seperti Pantai Klebang, Bandar Hilir, River Cruise, Menara Taming Sari, dan muzium-muzium di sekitarnya. Ada juga banyak tempat lain di sekitar Ayer Keroh seperti Taman Rama-rama dan Muzium Lebah.
Kalau nak baca info tarikan di Melaka yang lain, ikuti artikel kami yang terdahulu: 10 Tempat Menarik Di Melaka, Ramai Tak Tahu!