Sihat

Petua Hilangkan Rasa Kebas Menggunakan Bahan Dapur, Rasa Tak Selesa Kini Hilang!

27
SHARES
rasa kebas

Rasa kebas pada bahagian tertentu seperti hujung jari, tapak kaki dan tapak tangan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja pada bila-bila masa. Keadaan ini terjadi disebabkan oleh iritasi saraf atau saraf periperi terhimpit. Kebas membuatkan seseorang rasa tidak selesa sehinggakan mengganggu produktiviti aktiviti harian mereka.

Walaupun kebas merupakan keadaan normal untuk semua orang, namun ia juga boleh menjadi simptom penyakit. Justeru itu, anda tidak boleh mengambil ringan jika kerap mengalami kebas. Oleh itu, ada petua yang boleh diamalkan untuk menghilangkan rasa kebas. Jom ikut perkongsian penulis!

Baca juga: Tangan Kebas Menyucuk Menaip Sampai 5-6 Jam Sehari, Anda Terdedah Sindrom Carpal Tunnel!

PETUA HILANGKAN RASA KEBAS HANYA DENGAN BAHAN DAPUR

rasa kebas

Bahan-bahan:

  • 1 genggam halba
  • 2 batang serai
  • 1 sudu asam jawa
  • 4 cm halia

Cara penyediaan:

  1. Rebus kesemua bahan di atas sehingga mendidih.
  2. Apabila sudah mendidih, air tersebut perlu dicampurkan dengan air asam jawa.
  3. Kacau dan akhirnya air sedia diminum.

Halba berfungsi merehatkan otot-otot dan mengelakkan daripada berlaku kekejangan manakala serai pula bertindak menyingkirkan toksin untuk melancarkan peredaran darah serta mengurangkan lenguh-lenguh badan.

rasa kebas

Selain itu, sifat anti-radangan asam jawa mampu melindungi sendi-sendi dan melancarkan peredaran darah. Halia pula membantu membuang angin yang berlebihan dari badan.

rasa kebas

Amalkan air ni setiap malam sebelum tidur. Anda disarankan supaya minum air ini sewaktu ia panas atau suam untuk keberkesanan yang lebih cepat. Pasti esok hari badan akan rasa segar dan rasa kebas pun hilang selepas minum air ini. Selamat Mencuba!

Sumber: Facebook Viral Oh Viral

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×