Sihat

Haid Tak Teratur & Naik Bulu Badan Mungkin Jadi Tanda Anda Alami Sindrom Ovari Polisistik

122
SHARES

Wanita mana yang tidak inginkan haid yang teratur supaya mereka dapat tahu tahap kesihatan rahim mereka. Tapi, bagi sesetengah wanita akan rasa stress apabila menstrual cycle ini tidak normal kerana khuatir bahawa sistem pembiakan tidak subur. Oleh itu, doktor ini kongsi tentang sindrom ovari polisistik yang sering dialami wanita.

Sindrom Ovari Polisistik ( PCOS )

PCOS adalah keadaan yang boleh menganggu kesuburan wanita, hormon dan penampilan seseorang wanita. PCOS mempunyai kesan jangka masa panjang kepada kesihatan. Dalam setiap 100 wanita 2 hingga 26 wanita akan mengalami masalah ini.

Apakah ovari polisistik ni?

Ovari polisistik adalah ovari yang lebih besar dari ovari ovari yang normal dan mempunyai 2 kali ganda folikel ( ruang kosong dala ovari yang berisi air selepas ovari menetaskan telur dalam setiap ovulasi ) Maka, dengan mempunyai ovari polisistik tak bermakna anda mengalami PCOS. Tetapi wanita yang telah didiagnos dengan PCOS mempunyai ovari polisistik.

Apakah gejala-gejala PCOS?

1.Haid menjadi tak teratur atau tiada langsung

2.Pertumbuhan bulu lebih banyak di muka dan badan ( hirsuitism )

3.Kepala botak

4.Berat badan menjadi berlebihan – berat badan naik dengan cepat dan susah nak diturunkan

5.Kulit berminyak dan senang naik jerawat

6.Sukar untuk hamil

7.Kemurungan dan masalah psikologi

Gejala ini berbeza antara satu pesakit dengan yang lain. Ada yang mengalami gejala yang sedikit, walaubagaimanapun ada yang mengalami gejala yang melampau.

Apakah sebenarnya punca PCOS?

Tidak diketahui, tapi ianya diwarisi. Jika mak, makcik atau adik beradik mempunyai PCOS, kemungkinan anda mendapat PCOS pun meningkat. Perlu diketahui gejala yang timbul akibat PCOS sebenarnya berpunca dari ketidakseimbangan hormon dalam badan.

1. Hormon testosteron ( hormon lelaki ) dihasilkan dalam kuantiti yang sedikit oleh ovari semua wanita. Wanita yang menghidap PCOS mempunyai paras hormon testosteron yang lebih tinggi dari biasa dan menyebabkan seseorang wanita itu ‘menyerupai’ lelaki

2.Insulin adalah hormon yang bertanggungjawab mengawal atur paras gula dalam darah. Bagi wanita yang menghidap PCOS, insulin dalam badan menghadapi kerintangan dan tidak dapat berfungsi seperti biasa. Hasilnya paras gula dalam darah meningkat. Untuk mengatasi masalah ini, badan secara automatik akan menghasilkan lebih banyak insulin. Insulin yang banyak ini menjadi punca kepada masalah kegemukkan, haid tak teratur, masalah kesuburan dan paras hormon lelaki ( testosteron ) yang tinggi.

Bagaimanakah PCOS dikenalpasti?

Wanita yang menghidap PCOS mempunyai gejala yang datang dan pergi, lebih-lebih lagi jika berat badan mereka bertambah dan berkurang. Keadaan ini menyukarkan doktor membuat diagnosis dan mungkin mengambil masa yang sedikit lama untuk mengenalpasti PCOS.

Walau bagaimanapun, diagnosis PCOS dikenalpasti bila anda mengalami mana-mana 2 simptom di bawah :

• Haid tak teratur, atau tiada langsung

• Pertumbuhan bulu di muka dan badan yang berlebihan atau ujian darah hormon menunjukkan paras testosteron lebih dari biasa

• Pemeriksaan ultrasound menunjukkan ovari polisistik

Apa kesan PCOS kepada kesihatan dalam jangka masa panjang ?

Kerintangan Insulin / Diabetes. Jika paras gula darah tidak berada dalam lingkungan yang normal, keadaan ini boleh menyebabkan diabetes. 1 atau 2 dari 10 wanita yang menghidap PCOS akan menghidap kencing manis juga nanti . Diabetes yang tidak dirawat akan menyebabkan kesan buruk untuk jangka masa yang panjang. Jika anda penghidap PCOS, kemungkinan anda mendapat kencing manis meningkat sekiranya :

Umur lebih 40 tahun

Sejarah keluarga mengidap kencing manis

Menghidap kencing manis ketika hamil

BMI melebihi 30

Tekanan darah tinggi

Wanita yang menghidap PCOS akan mengalami tekanan darah tinggi yang mana disebabkan oleh kerintangan insulin dan berat badan berlebihan untuk mereka yang menghidap PCOS. Tekanan darah tinggi yang tidak dirawat boleh menyebabkan sakit jantung, masalah buah pinggang dan strok.

Kanser

Jika anda didatangi haid kurang dari 3 kali setahun, dinding rahim akan jadi tebal lebih dari biasa dan boleh menyebabkan kanser rahim pada sebilangan kecil wanita. Ada banyak cara untuk melindungi dinding rahim menggunakan hormon progesterone. Doktor akan berbincang dengan anda sama ada menggunakan pil hormon selama 5 hari berturut – turut untuk 3 atau 4 bulan, mengamalkan pil perancangan keluarga atau menggunakan alat dalam rahim ( Mirena ) . Cara-cara ini bergantung kepada hasrat pesakit sama ada mahu mengandung lagi atau tidak. PCOS TIDAK meningkatkan risiko wanita mendapat kanser payu dara atau kanser ovari.

Kemurungan dan perubahan mood

Simptom PCOS boleh menyebabkan seseorang. Wanita kemurungan memikirkan perubahan yang terjadi pada diri dan berasa rendah diri

Apa yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko jangka panjang ?

1. Mengamalkan gaya hidup yang sihat

Makan makanan yg seimbang, bersenam secara berkala ( 30 minit setiap sesi sekurang kurangnya 3 kali seminggu )

2. Dapatkan berat badan atau BMI yang ideal

3. Pemeriksaan doktor berkala untuk saringan kencing manis, darah tinggi, kanser Rahim atau masalah kemurungan

PCOS boleh sembuh?

PCOS tiada penawar dan tidak boleh sembuh. Rawatan perubatan yang diberikan adalah untuk mengurangkan simptom-simptom PCOS di samping mencegah komplikasi yang boleh timbul akibat PCOS. Rawatan yang sangat berkesan adalah dengan mengurangkan berat badan dan bersenam dan mengubah gaya hidup menjadi lebih sihat, bukan bergantung kepada ubat-ubatan semata-mata.

Ikhlas,
Doktor yg berkumis tapi takdak PCOS

*Pergi check up doktor ya kalau ada gejala-gejala ni. Untuk kesihatan di masa hadapan 🙂

Sumber: Muhammad Izzat

Most Popular

To Top