Suami Isteri

Tak Sangka Geletek Kaki & Badan Pasangan Boleh Capai Tahap Klimaks. Wow!

33
SHARES
geletek kaki

Sudah menjadi lumrah apabila seseorang geletek kaki atau badan anda pasti akan ketawa kerana kegelian. Namun, tindakan itu sebenarnya boleh membuat seseorang mencapai tahap klimaks sekiranya dilakukan bersama suami atau isteri.

Menerusi satu kajian dilakukan di Pusat Perubatan Univerisiti di Jerman, geletek pasangan sebelum melakukan hubungan seksual adalah penting. Hal ini kerana perasaan gembira dan ketawa bersama itu boleh membuatkan nafsu syahwat pasangan meningkat berbanding biasa.

Baca juga: Suami Kerja Offshore Kecewa Isteri Kantoi Curang & Bawa Lelaki Lain Masuk Rumah

GELETEK KAKI & TUBUH BOLEH BUAT PASANGAN PUAS?

geletek kaki

Menerusi perkongsian artikel Mashable Middle East, kajian yang dilakukan mendapati bahawa dengan menggeletek pasangan, mereka boleh mencapai tahap klimaks yang diimpikan walaupun tanpa bantuan rangsangan alat kelamin.

Sensasi fizikal ini boleh dilakukan dengan beberapa cara seperti menutup mata pasangan menggunakan kain dan mula menggeletek mereka sehingga ‘lemah’. Ia sudah pastinya akan membuatkan pasangan anda lebih bersemangat untuk melakukan hubungan seksual.

Sesetengah orang juga menganggap bahawa menggeletek pasangan adalah sebahagian daripada cara foreplay, yang membawa kepada aktiviti seksual.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa geletek kaki atau bahagian lain badan pasangan boleh mendatangkan risiko kerana tindak balas badan yang semula jadi.

Risiko lebih serius sekiranya geletek pasangan secara beterusan boleh mengakibatkan kematian. Keupayaan seseorang itu untuk menggerakkan otot boleh berlaku jika ketawa terlalu lama.

Kesimpulannya, berhati-hati jika anda ingin menggunakan cara ini. Berbincang dengan pasangan terlebih dahulu kerana tidak semua orang suka digeletek kerana kadangkala ia boleh menyebabkan kesakitan bukan kepuasan.

Baca juga: Menopause Bukan Penghalang, Hubungan Cinta Lebih Nikmat Jika Guna Pelincir Ini

Sumber: Mashable Middle East & Suara

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×