Suami Isteri

Menopause Bukan Penghalang, Hubungan Cinta Lebih Nikmat Jika Guna Pelincir Ini

12
SHARES
PELINCIR UNTUK WANITA MENOPAUSE

Pelincir untuk wanita menopause sangat penting kerana masalah kekeringan faraj ketika hubungan seksual boleh menyebabkan pasangan tidak puas dan iritasi di bahagian tersebut.

Bagi memastikan ia tidak berlaku, anda perlu memilih pelincir untuk wanita menopause yang bersesuaian agar hubungan seksual dapat dinikmati oleh kedua-duanya.

Baca juga: Jangan Guna Taktik Ambil Tempat Duduk Orang Lain Dalam Masjid & Terus Solat Sunat

PELINCIR UNTUK WANITA MENOPAUSE, ADA 3 JENIS

PELINCIR UNTUK WANITA MENOPAUSE

1. Pelincir guna minyak

Pelincir untuk wanita menopause yang pertama adalah dengan menggunakan minyak. Pelincir ini merupakan pilihan terbaik dan tahan lama sekiranya anda mudah mengalami masalah kekeringan faraj.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan sekiranya menggunakan pelincir berasaskan minyak ini perlu berhati-hati kerana boleh membuatkan kondom itu koyak.

Sekiranya perkara ini berlaku, ia boleh meningkatkan risiko jangkitan vagina kepada suami dan isteri.

2. Pelincir berasaskan silikon

Seterusnya, pelincir berasaskan silikon boleh digunakan juga wanita menopause keranaa tidak mengandungi air atau bahan pengawet.

Pelincir menggunakan silikon ini lebih tahan lama, selamat dan selesa untuk digunakan. Jadi, anda tidak perlu risau tentang kenikmatan ketika melakukan hubungan seksual.

3. Pelincir menggunakan air

Pelincir untuk wanita menopause yang seterusnya adalah berasaskan air. Rata-rata pasangan suka menggunakan pelincir ini kerana sesuai digunakan kondom getah.

Guna pelincir ini akan rasa lebih nyaman dan menambah kenikamatan seksual selepas menopause. Pelincir ini juga mudah untuk dibersihkan dan tidak meninggalkan sebarang kesan pada cadar.

Pelincir air juga banyak mengandungi bahan alami dan vitamin E, di mana mampu membuatkan kulit kekal lembut dan tidak iritasi.

MACAM MANA PELINCIR BERFUNGSI?

Pelincir berfungsi untuk membantu masalah kekeringan faraj yang dialami oleh kaum wanita terutama sudah menopause.

Estrogen yang berkurang membuatkan dinding miss V menjadi kering dan tidak dapat kenikmatan ketika melakukan hubungan seksual.

Perlu diingatkan bahawa pengunaan pelincir secara kerap boleh menyebabkan penyakit kelamin dan kadangkala meningkatkan risiko kehamilan.

Setiap jenis pelincir mempunyai risiko tersendiri dan buat pilihan terbaik untuk diri sendiri. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Hukum Laungkan Azan Sebelum Bertolak Ke Mekah, Dibolehkan Atau Sebaliknya?

Sumber: Wanita Moden

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×