Famili

Gara-Gara Tak Pandai Kupas Mangga, Calon Menantu Disindir ‘Pedas’ Oleh Bakal Mak Mentua

37
SHARES
tips pikat mentua

Siapa yang tidak gementar bila tiba masanya untuk bertemu dengan keluarga bakal mentua bukan? Tambah pula buat golongan wanita, berjumpa dengan bakal mak mentua khususnya memang merupakan pengalaman yang ‘menyeramkan’. Belum lagi masuk babak perlu ke dapur, terketar-ketar dibuatnya. Ada tak tips pikat mentua yang berkesan?

Namun, tidak semua dalam kalangan mak mentua yang menyukai calon yang dibawa pulang oleh anak-anak. Ada yang akan bertindak secara negatif dan ada juga yang akan mengeluarkan kata-kata yang bakal mengguris hati calon tersebut. Memang seram!

Baca juga: Tak Sengaja Runtuhkan Kabinet Dapur Mertua, Impian Jadi Menantu Idaman Musnah!

TAK TAHU TIPS PIKAT MENTUA, TAK PANDAI KUPAS MANGGA, KENA PERLI PEDAS!

tips pikat mentua

Begitulah kisah yang dikongsikan seorang wanita bernama Area Julid di mana dia baru sahaja pergi bertemu calon ibu mertuanya pada 17 Januari lalu, seperti yang dilapor oleh Detik Food.

“Aku diajak ke rumah teman lelaki untuk berjumpa dengan ibunya. Lalu, ibunya nak makan mangga dan minta tolong aku kupaskannya.

“Aku yang tak pandai kupas mangga, cakap jujur je (tak reti kupas mangga),” jelasnya.

Menurut Detik Food lagi, Area Julid sempat meminta maaf kepada calon ibu mentuanya itu dangan mengatakan hal yang sebenar. Namun tanpa disangka, ibu teman lelakinya itu menyindir dengan mengeluarkan kata-kata pedas yang menusuk kalbu. Banyak hal tu!

“Mesti kau ni ratu kan kat rumah? Yang semua benda mak kau kena sediakan? Takkan kupas mangga pun tak boleh?” sindir ibu teman lelakinya yang buatkan hatinya sedih.

 

“Ye maaf makcik, saya memang tak diajar. Bukan tak diajar, saya yang taknak belajar kupas mangga,” balasnya.

Curahan hati yang dibuat di laman Twitternya itu mendapat ribuan respon oleh warganet, selain turut meraih lebih 1,900 komen berbeza.

“Ye makcik, kalau kat rumah macam ratu, takkan kat sini jadi pembantu,” tulis salah seorang pengguna Twitter.

“Boleh pulak makcik tu suruh tetamu yang kupaskan mangga, kalau dah jadi menantu takpe lah. Tapi ni suruh-suruh anak orang, suruhlah anak sendiri,” tulis seorang lagi warga Twitter.

tips pikat mentua

Sumber: DetikFood

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×