Famili

Tatap Gambar Lelaki Kacak Boleh Meningkatkan Kesihatan Otak- Kajian

13
SHARES
lelaki kacak

“Mengantuknya mata dekat pejabat hari ini. Jom pergi ‘cuci mata’ tengok lelaki kacak kejap di kafe..” 

Ini merupakan antara aktiviti yang sering dilakukan oleh wanita dan lelaki apabila bosan dan mengantuk di pejabat. Mencuci mata dengan melihat individu yang kacak dan cantik dengan serta-mertanya dapat menghilangkan rasa mengantuk tadi dan kembali ceria.

Rupa-rupanya, pakar mengatakan bahawa melihat gambar atau individu berwajah kacak dan cantik ternyata bermanfaat untuk ransangan dan kesihatan otak.

Baca juga: ‘Prince Charming’ Di Alam Nyata, Ini Biodata Penuh Tengku Hassanal Yang Ramai Nak Tahu!

TATAP GAMBAR LELAKI KACAK, WANITA CANTIK BAGUS UNTUK OTAK

lelaki kacak

Foto: Henry Golding pernah disenaraikan antara 50 Lelaki Terkacak Dunia.

Penyelidikan menunjukkan bahawa melihat wajah yang kacak dan cantik boleh membuatkan orang lebih bersemangat untuk bekerja keras dan mempunyai ingatan yang lebih baik. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Evolutionary Psychology itu telah menjalankan dua eksperimen bagi menentukan kesan setelah melihat wajah lelaki kacak dan wanita cantik pada otak.

Pertama, penyelidik dari East Carolina University telah mengkaji 58 pelajar. Separuh daripada peserta diminta melihat wajah individu yang kurang tampan dan cantik selama tujuh saat. Separuh lagi diminta melihat wajah kacak dan cantik berlainan jantina juga selama tujuh saat.

Peserta kemudiannya diberi pembacaan cerita dan kebolehan mereka kemudiannya diuji dengan ujian ingatan sebagai rujukan untuk mengukur fungsi otak. Hasilnya, peserta yang melihat wajah yang menarik dapat mengingati lebih banyak butiran daripada peserta yang melihat wajah biasa.

Secara khususnya, kajian ini mendapati lelaki lebih banyak dipengaruhi oleh wajah yang cantik berbanding wanita. Lelaki cenderung untuk mengingati lebih banyak butiran mengenai wanita cantik tersebut atau perkara lain.

Dalam eksperimen kedua, penyelidik menganalisis 123 pelajar. Kaedah kajian lebih kurang sama seperti dahulu, cuma kali ini pengkaji mengubah susunan kajian.

Kumpulan pertama bermula dengan melihat wajah yang menarik, mendengar cerita, melihat wajah biasa, dan mengambil ujian ingatan. Kumpulan kedua bermula dengan melihat muka biasa, mendengar cerita, melihat wajah yang menarik, dan mengambil ujian ingatan. Dan kumpulan ketiga, hanya melihat muka biasa sebelum dan selepas mendengar cerita, kemudian mengambil ujian ingatan.

Hasilnya, penyelidik mendapati wajah lelaki kacak dan wanita cantik boleh mencetuskan keupayaan seseorang untuk menarik perhatian pasangannya.

“Memori adalah proses kognitif asas yang dikaitkan dengan kemahiran kelangsungan hidup yang penting,” kata penyelidik yang dipetik oleh Medical Daily.

Sebaliknya, melihat wajah orang yang berwajah biasa-biasa sahaja tidak akan mencetuskan seseorang untuk bekerja lebih keras. Penyelidikan mendakwa melihat wajah lelaki kacak atau wanita cantik sebenarnya lebih bermanfaat untuk kesihatan otak!

lelaki kacak

Foto: Vixen Daily

*Jadi, gambar siapakah yang bakal ditatap setiap hari tu?

Baca juga: Tular Dua Wanita Langkah Kubur Sambil Gelak Ketawa, Ustaz Jelas Hukum

Sumber: CNN Indonesia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×